1. Kenaikan Pangkat Lebih Cepat
Laluan kecemerlangan ini merupakan laluan fast-track yang paling laju jika anda berhajat untuk naik pangkat dengan paling cepat. Untuk DG41, kebiasaannya kita perlukan 8 tahun perkhidmatan untuk kenaikan pangkat secara time-based ke DG44. Itupun mesti melalui TBBK, Time-Based Berasaskan Kecemerlangan yang perlu melalui proses yang lebih kurang sama dengan memohon Guru Cemerlang, iaitu perlukan dokumentasi apa yang kita buat 3 tahun kebelakang. Itupun kenaikan bukan secara automatik. Maka adalah juga kes yang gagal TBBK. Jadi, jangan seronok sangat.
Boleh juga tengok jadual perbandingan di atas bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas mengenai tempoh tahun perkhidmatan. Dalam kes saya, saya dilantik DG44, 2 tahun lebih awal berbanding rakan-rakan yang memilih laluan timebased walaupun kami sama-sama posting pada tahun 2007. Malah ketika mereka sedang mengumpul bahan untuk memohon TBBK bagi gred DG44, saya pula sudah layak untuk memohon Guru Cemerlang bagi gred DG48!
2. Gaji Besar
Ini juga antara motivasi utama bagi sesetengah orang yang memohon Guru Cemerlang. Dengan gred yang lebih besar, sudah tentu kita akan mempunyai gaji yang lebih besar, secara logiknya. Dengan kenaikan 2 tahun lebih awal bagi gred DG44, ataupun 5/6 tahun bagi gred DG48, maka sudah tentu ini merupakan galakan terbaik bagi guru yang berhajat nak menambah pendapatan sebagai guru dengan cara yang lebih cepat.
Kenaikan tahunan juga akan berubah. Semasa di gred DG41, kenaikan tahunan adalah sebanyak RM225. Bagi gred DG44 pula, kenaikan tahunan adalah sebanyak RM250. Dan bagi gred DG48 pula, kenaikan tahunan adalah RM275. Ini bermakna, beza gaji hampir RM1000 bagi tahun ke-8 untuk 2 orang yang posting pada tahun yang sama, tetapi dengan laluan timebased dan laluan kecemerlangan. Tepuk dada, tanya selera.
3. Gelaran Guru Cemerlang
Ada juga yang memohon laluan kecemerlangan ini untuk gelaran Guru Cemerlang tersebut. Mungkin pada beliau, ini merupakan satu cara yang boleh menunjukkan status beliau pada guru-guru lain. Kalau tidak masakan, ada sesetengah Guru Cemerlang yang dengan bangganya sekali asyik mengaku Guru Cemerlang, setiap kali berjumpa dengan guru-guru lain di mesyuarat, bengkel atau apa-apa lain. Untuk tujuan apa tak pasti. Tapi saya mohon berlindung dengan Allah, semoga dijauhkan dengan perasaan ujub dan syok sendiri ini. Amin!
Betulkan niat, inshaAllah pasti apa yang anda dapat itu dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya dengan rakan guru yang lain. Anda jangan risau, spesies yang sebegini tak banyak. Tapi kalau anda berpeluang berjumpa, maka ambil masa dan Selamat Berkenalan.. ;)
4. Tidak Terlibat Pentadbiran
Ada juga mereka yang memohon Guru Cemerlang kerana tidak mahu terlibat dengan bidang pentadbiran. Maknanya guru ini hanya mahu memfokuskan kepada kerja mengajar sahaja. Kerja pentadbiran yang saya maksudkan di sini adalah kerja pentadbiran hierarki tinggi seperti Ketua Bidang, dan Guru Penolong Kanan. Ini kerana, bagi mereka yang dilantik sebagai Guru Cemerlang, mereka perlu melepaskan jawatan tersebut jika permohonan mereka sebagai Guru Cemerlang berjaya.
Bermaksud juga mereka yang sudah dilantik sebagai Guru Cemerlang, tidak boleh dilantik sebagai Ketua Bidang atau Penolong Kanan di sekolah. Manakala bagi Ketua Bidang dan Penolong Kanan yang berjaya dalam permohonan mereka sebagai Guru Cemerlang, perlulah meletakkan jawatan mereka.
Ini juga antara sebab kenapa saya memohon Guru Cemerlang. Sebab saya tak berminat dalam bidang pentadbiran, dan rasanya kurang berkemahiran. Maka lebih baik untuk saya fokuskan kepada kerja-kerja mengajar yang saya suka. Tahukah anda, menguruskan 1000 orang murid adalah jauh lebih mudah daripada menguruskan 10 orang cikgu? ;)
5. Berkongsi Pengetahuan
Ini juga antara sebab kenapa saya memohon Guru Cemerlang. Iaitu bagi tujuan untuk berkongsi pengetahuan saya dengan rakan guru yang lain. Diulangi yer, berkongsi. Bukan mengajar guru-guru lain. Saya percaya, setiap guru ada kaedah mereka sendiri. Ada yang berkesan, ada yang kurang berkesan. Sama juga yang berlaku pada saya. Maka, jika kita ada sedikit kaedah yang boleh membantu, apa salahnya jika kita berkongsi dengan rakan guru yang lain demi kebaikan pelajar.
Dengan gelaran Guru Cemerlang juga maka lebih mudah anda dikenalpasti oleh sekolah dan pihak-pihak lain bagi dijemput untuk berkongsi pengetahuan. Maka gunakan peluang ini dengan sebaik mungkin bagi mencurahkan ilmu dan pengetahuan anda kepada mereka yang memerlukan. InshaAllah peluang untuk anda berkongsi ilmu akan lebih terbuka luas apabila anda bergelar seorang Guru Cemerlang.
Pelik juga apabila ada sesetengah guru yang suka betul "simpan ilmu" dan tak mahu berkongsi dengan rakan guru yang lain, demi nak memastikan peratus kejayaan di sekolahnya adalah yang paling tinggi. Kedekut dan kejam! Jika ada dalam kalangan kita yang bersikap begitu, maka buanglah jauh-jauh sifat tersebut. Percayalah, ilmu akan lebih banyak bertambah, jika kita lebih banyak memberi.
6. Motivasi Bekerja Lebih Kuat
Gelaran Guru Cemerlang ini juga boleh menjadi sumber motivasi kepada kita untuk bekerja dengan lebih kuat. Sudah tentu kita nak menghasilkan sesuatu yang lebih luar biasa bagi memenuhi tanggungjawab sebagai Guru Cemerlang. Secara tak langsung ini mendorong kita untuk menghasilkan kaedah mengajar, teknik, dan inovasi yang lebih berkesan dalam pdp. Perkara ini kemudiannya dikongsikan dengan rakan guru yang lain dan dapat juga menggalakkan rakan guru untuk turut serta menghasilkan perkara-perkara luar biasa.
7. Idola Kepada Rakan Guru Lain
Dengan mutu kerja yang hebat dan status Guru Cemerlang sebagai bukti kecemerlangan anda, maka tak mustahil anda menjadi idola dan ikutan kepada rakan guru yang lain yang juga mahu berjaya seperti anda. Kehebatan anda di bilik darjah dan di luar, perlulah cukup mengkagumkan guru-guru lain. Baru sesuai gelaran tersebut dengan anda.
Maka untuk itu, saya menyeru kepada semua rakan Guru Cemerlang menunjukkan mutu kerja yang betul-betul cemerlang, sesuai dengan gelaran yang anda perolehi. Gelaran Guru Cemerlang bukan satu lesen untuk kita duduk selesa tanpa perlu berusaha apa-apa lagi. Masih banyak perkara yang perlu dilakukan. Masih banyak tanggungjawab dan amanah yang perlu ditunaikan. Maka bekerja lah dengan sebaik mungkin.
Walau apa pun alasan anda, saya yakin bahawa anda mempunyai alasan anda yang tersendiri untuk memohon Guru Cemerlang. Berusahalah sebaik mungkin jika ada peluang. Peluang perlu direbut, sebab peluang tak akan datang banyak kali. Jika gagal, maka berusahalah lagi. Jangan cepat putus asa. Dan jika berjaya, tunaikanlah tanggungjawab dan amanah anda sebagai Guru Cemerlang dengan sebaik mungkin!
p/s: Bagi yang berminat nak memohon Guru Cemerlang, anda boleh teruskan bacaan entri ini untuk Panduan Memohon Guru Cemerlang
36 Ulasan
gua tunggu 2,3 tahun lagi kot. baru nak apply. hoho
BalasPadamwah.. tak lama dah tu..
Padamdah ble wat persiapan dah
cikgu hailmi, terima kasih atas perkongsian ini. mmg ada hajat ini....tengah buat persiapan bermula tahun 2013,2014,2015 (LNPT yg ke3). Apakah 2016 atau 2017 baru boleh mohon?
PadamAssalamualaikum... persediaan dari segi filing ni, mmerlukan persediaan dari 3 tahun sblm permohonan ker?
BalasPadamSalam.. yer! jika cikgu nak mohon tahun depan, 2015, maka persiapan filing adalah untuk tahun 2012, 2013, 2014 dan tahun semasa, iaitu 2015. Semoga berjaya!
PadamAssalammualaikum wrth. ada dak cikgu kongsikan filing2 tersebut. Saya nak study tgk...terima kasih cg.
PadamAde dengar tak gc x boleh jadi pensyarah ipg yg sama level? Maksudnya gc44 tak boleh mhn pensyarah 44di ipg?
BalasPadamSlm cikgu. Insha allah tahun ni sy memohon GC. Doakan kejayaan sy cikgu.
BalasPadamSama jer bro. Cuma ada kelebihan masing2. Ada LA sikit beza gaji. Bergantung kepada minat masing2. Ada banyak lagi laluan Utk fast track. Bukan GC shj. Semoga kita semua dapat yg terbaik dariNya di dunia dan akhirat.
BalasPadamCikgu hailmi...anda mmg hebat...semoga terus cemerlang....
BalasPadamPengalaman sy..6 thn berada di dg 41..dpt dg 44....mohon dg 48 setlh hampir 4 thn di dg 44...sbb iklan utk dg 48 tak keluar masa tu...jadi jgn lepaskan peluang jika iklan utk gred berikutnya...bersedia sentiasa...11 thn berkhidmat..alhamdulillah baru ni dpt dg 48....kita yg ciptakan keseronokan bekerja tu....susah senang menyiapkan dokumentasi tu...biasa...itu lah yg membezakan kita dgn guru lain....
Terima kasih cikgu. Tahniah untuk cikgu juga.. bukan kerja mudah tu.. inshaAllah setimpal dengan apa yang kita usahakan dan yang kita peroleh hasil..
PadamCg Hailmi, permohonan GC bg tahun 2015 dah dibuka ke belum? Sy tak nampak apa2 info di laman KPM. Terima kasih.
BalasPadambetul cikgu sophyta. sy kerap tengok iklan dlm portal kpm , takde pun iklan permohonan gc 2015, bila la agaknya ?
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamSaya GC 32, saya memohon semula utk GC 44 pada 2013 tetapi x berjaya, bagaimana kita nak tahu di bah manakah ruang untuk kita perbaiki kelemahan dari segi mana yang perlu diadakan penambahbaikan kerana bila menghubungi pihak pejabat jnjk kata sulit
Padamkawan saya guru akademik tingkatan 6, baru mengajar 11 tahun sudah dapat dg48.
BalasPadamsaya dah mengajar 15 tahun, sudah memegang gc selama 7 tahun, kena tunggu tahun depan cukup 8 tahun baru dapat naik pangkat ke gc dg 48 secara timebase...rasanya kurang adil...laluan kerjaya guru cemerlang nampaknya kurang cemerlang lagi...
saya agak aktif juga tidak kira di dalam atau di luar sekolah, sentiasa dipanggil keluar dari sekolah menjalankan tugas dan kerja sebagai guru cemerlang di daerah dan negeri saya...jadi ju, jun...hakim, penceramah...banyak tugas khas di sekolah...
Padamsaya dapat gc dg44 pada tahun 2008, saya cuba memohong gc dg48 pada tahun ke-5, ke-6 dan ke-7 tapi tiada respon dari pihak berkenaan.
bila saya buat panggilan telefon utk buat pertanyaan, pegawai itu beritahu saya "mungkin cikgu akan ditawarkan gc dg48 secara TBBK"...so, samalah macam guru biasa.
guru di sekolah saya bukan gc, baru naik pangkat ke dg44 3 tahun, mohon gc dg48, dapat pula pada tahun ke-4.
saya sangat kecewa dan tiada motivasi untuk "move" lagi...
maaf cikgu.. saya sedikit keliru dengan kenyataan "ditawarkan gc dg48 secara TBBK"..
Padammengikut pemahaman saya, jawatan GC akan hilang jika kita dinaikkan ke DG48 secara Timebased.. maksudnya kita dah berubah dari laluan "Cemerlang" kepada laluan "Timebased".. maka tiada lagi gelaran Guru Cemerlang.
mohon betulkan saya jika saya tersilap. :)
Setuju..GC sekarang sudah disisihkan...
BalasPadamSalaam Cikgu Hailmi. First of all tahniah dan terima kasih sbb sudi share info ttg GC. Need some clarification on the documentation. Cikgu ada check list tak untuk dokumentasi yg perlu disediakan.
BalasPadamSalam. Check list filing adalah bergantung kepada keperluan cikgu sendiri.. tapi cikgu boleh rujuk Panduan GC saya Fasa 2.. inshaAllah ada maklumat yg boleh membantu cgu
PadamSaya gc lantikan 2010.projek mega time tu rancang n bina sc garden..mmg laluan gc agak sukar since diperkenalkan sic plus..dlm eoperasi pun xde button boleh clik title gc..hanya guru akademik biasa..utk ke dg48..bukan mudah sebenarnya..saya dh prepare dokumentasi n all things..nazir xdtg..so mmg xdptla..mmg gc disisihkan..
Padammalas baca buku. Tidak pernah baharui azam. Tidak mencintai ilmu. Hanya cemerlang sekali seumur hidup. Ilmu tidak diperbaharui. Mewarisi pekerjaan malas membaca!
BalasPadamBoleh saya dapatkan senarai nama guru cemerlang
BalasPadamsalam..saya berhasrat mohon gc..sy slrg mengajar d srwak.. dan jngin tukar ke terengganu...adakah dgn memperolehi guru cemerlang memudahkan sy utk tukar ke negeri asal terengganu atau sebaliknya...
BalasPadamSalam sejahtera. Saya ingin dapat pendapat dari Cikgu. Saya sudah dalam DG48 pada tahun 2012. Saya adalah adalah agak tua untuk memohon jadi GC..Apa pendapat cikgu?
BalasPadamsaya nak mohon GC 48. Nak tanya, jadi GC kena serve sekolah2 di sekitar ke? maksud saya bagi ceramah, saya mmg x suka bagi ceramah2. Kalau saya jadi GC 48 but refuse untuk bagi ceramah..adakah ditarik balik GC tu?
BalasPadamArtikel ini memang baik untuk cikgu-cikgu yang baru. Wujudnya GC ini akan menjadi antara sebab cikgu-cikgu sentiasa komited untuk mengajar dengan baik :-)
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian..byk ilmu yg dpt melalui blog cikgu hailmi ini..semoga cikgu mdapat keberjatan
BalasPadamSaya pom ada mohon gcpc baru baru ni... Utk kolej vokasional.... Xtahulah mcmana dpt ke tadk lagi.. Saya skrg dg 44 3thn lagibnk ke 48
Padammohon dijadikan bahan rujukan, cikgu. mintak halal ya. terima kasih.
BalasPadamSebuah artikel yang boleh dijadikan panduan dan sangat bermanafaat...
BalasPadamSaya sering baca artikel cikgu Hailmi, berkali-kali tanpa jemu. Alhamdulillah, percubaan kali pertama memohon jawatan guru cemerlang DG48 membuahkan hasil. Saya dapat lantikan setelah berkhidmat selama 12 tahun 4 bulan. Agak sayang, peringkat awal GC44 saya tidak memohon kerana tiada motivasi. Alhamdulillah rezki saya ada untuk GC DG48. Saya mohon setelah cukup syarat dalam gred semasa (44) iaitu 3 tahun 4 bulan. Betul betul cukup syarat. Terima kasih cikgu Hailmi, anda merupakah sumber inspirasi saya.
BalasPadamThe most effective Jabodetabek private tutoring for kindergarten, elementary, junior high school. The top private teachers graduated from well-known state universities. Closest tutoring place online to the home at inexpensive ... go to https://privat-matematika.vercel.app/les-privat-matematika-senen.html for further
BalasPadamVery best along with Least expensive Jabodetabek Personal Training, all of our staff and also tutors occur to your residence, collection your very own examine plan and can select any kind of industry regarding examine ... visit https://kursus-ekonomi.netlify.app/les-privat-ekonomi-jakarta-selatan.html for further
BalasPadamPerhaps you will find a cheaper fee compared to the table above, ensure again around the qualifications in the teacher / Kindergarten teacher recommended to your account ... click for more information https://biologi-exed.blogspot.com/2022/07/les-privat-biologi-di-kalideres.html
BalasPadam