About Me

Bercuti ke Kuching : Merdeka RoadTrip 2014 (Part 2)

Hari ketiga kami bercuti ke Kuching, memang betul-betul jatuh pada Hari Kemerdekaan yang ke-57. Menjangkakan sambutan yang luar biasa di Kampung Budaya Sarawak, maka kami memang merancang untuk ke sana pada hari ini. Sebab tu pada hari semalam, kami banyak habiskan aktiviti bercuti nih di kawasan yang jauh dari pusat bandar. Supaya pada hari ini dapat bergerak ke Kampung Budaya Sarawak tepat pada masanya.

Bercuti ke Kuching : Merdeka RoadTrip 2014 (Part 2)


Hari Ahad (Day 3)
Oleh sebab nak menunggu kumpulan yang lagi satu nak ke Serikin, maka kami putuskan ke Kampung Budaya pada sebelah petang, iaitu semasa persembahan diadakan pada jam 4 petang. Maka sebelah paginya, kami akan habiskan masa melawat ke tempat menarik sekitar Pusat Bandar.

Sesi awal pagi macam biasa. Nasi lemak Kopi O Corner lah yang menjadi santapan awal pagi. Orang ramai macam biasa. Tapi servis memang tip top! So nak bergerak pun cergas lah sikit kan. Sebab perut dah kenyang terisi.


Dewan Bandaraya Kuching Utara
Selesai mengisi perut, maka kami pun bergerak ke bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara yang tersergam indah atas bukit. Tujuannya sebab nak tengok landmark tersebut dengan lebih dekat dan juga nak ke Muzium Kucing yang terletak di sana.

Dewan Bandaraya Kuching Utara

Dewan Bandaraya Kuching Utara


Muzium Kucing
Sampai di sana, terus ke Kaunter Pertanyaan. Rupanya Muzium Kucing tersebut tak dibuka pada hari pelepasan awam. Salah timing ler plak. Ada lagi pelawat lain yang mundar mandir depan kawasan Muzium Kucing tersebut. Maka sebab taknak menghampakan niat nak ke sana, bergambar lah sket depan Pintu masuk Muzium Kucing.

Muzium Kucing


Kemudian dari sana kami terus menuju ke dua kedai kek lapis Sarawak yang popular di Kuching. Tak lain tak bukan, Mira Cake House dan Kek Lapis Dayang Salhah. Oleh kerana lokasi kedua-duanya yang berdekatan, maka kami parking kereta di tengah-tengah, dan jalan kaki sahaja.'


Mira Cake House
Mira Cake House yang sinonim dengan warna merah nih memang agak menonjol atas sebab lokasinya. Ada banyak pilihan kek lapis Sarawak dengan warna dan perasa yang pelbagai. Kawasan pameran agak sesak memandangkan banyak sangat kek lapis yang nak dipamerkan. Tapi dari kawasan tersebut, anda dah boleh nampak beberapa pekerja yang sedang menyediakan kek lapis tersebut di bahagian dalam kedai.

Mira Cake House


Kek Lapis Dayang Salhah
Kek Lapis Dayang Salhah nih pula berada pada kedudukan yang tersorok sket di belakang Surau. Namun bagi pengunjung setia yang dah biasa, sememangnya tak ada masalah nak cari di mana beradanya kedai tersebut. Ruang dalam untuk memilih kek lapis memang lebih selesa. Bilik beraircond. Kawasan yang besar. 

Kek Lapis Dayang Salhah

Kek Lapis Dayang Salhah


Fort Margherita
Selesai membeli sedikit buah tangan untuk dibawa pulang ke Sibu, kami bergerak ke Fort Margherita yang terletak berdekatan dengan kawasan kedai kek lapis Sarawak tadi. Jalan nak ke Fort Margherita nih tak berapa nak cun sangat. Dan sampai di sana, pun tak dibuka jugak. Lepas diselidik, adalah juga yang bagitau tempat ini dah lama ditutup. Atas tujuan apa tak pasti lah plak.

Fort Margherita


Fort Margherita nih sebenarnya adalah satu kubu lama yang dibina oleh Charles Brooke, Rajah Putih Sarawak. Nama Margherita nih diambil daripada nama isteri Charles Brooke sendiri, iaitu Margaret Alice Lili de Windt. 

Bangunan Fort Margherita ini juga cantik apabila dipandang pada waktu malam daripada Waterfront yang terletak di seberang sungai.'


Dewan Undangan Negeri
Kemudian kami terus bergerak ke Dewan Undangan Negeri Sarawak yang baru dan tersergam indah berdekatan dengan kawasan ini. Bentuk kubah Dewan Undangan Negeri ini memang menarik dan unik. 


Dewan Undangan Negeri Sarawak


Sampai di pintu masuk, kami minta kebenaran daripada pengawal yang menjaga pintu masuk tersebut. Selepas dah diberi kebenaran secara bersyarat, iaitu tak boleh berhentikan kereta dan sekali pusing sahaja, maka kami pun naik ler ke atas. '


Dewan Undangan Negeri Sarawak


Memang cantik kawasan Dewan Undangan Negeri yang baru nih. Struktur binaan dan rekabentuknya jauh lebih menarik berbanding dewan undangan yang lama. Maka tak hairan lah sekarang Dewan Undangan Negeri ini selalu dijadikan bangunan ikon kepada Sarawak.'


Rumah Hijau Cafe
Selesai di Dewan Undangan Negeri, kami bergerak untuk makan tengahari. Nak makan tengahari yang paling best di Kuching, iaitu di Rumah Hijau Cafe. '
'
'
Rumah Hijau Cafe Kuching


Konsep Rumah Hijau Cafe nih memang menarik. Kedai makan, tapi seperti berada dalam rumah sendiri. So memang layan lah. Kebetulan pada hari Ahad, ada disediakan menu istimewa iaitu Nasi Beriani. Maka kami pun mencuba lah menu tersebut. Memang terbaik!


Rumah Hijau Cafe Kuching


Dah kenyang menjamu selera, maka kami pun bergeraklah ke Kampung Budaya Sarawak yang terletak lebih kurang 45 minit perjalanan dari Kuching. 


Kampung Budaya Sarawak
Kampung Budaya Sarawak nih terletak di Santubong. Maka dalam perjalanan ke sana, nampak lah gunung Santubong yang popular dengan lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang. 

Kampung Budaya Sarawak


Dah banyak kali sebenarnya saya dah datang ke Kampung Budaya nih. Tapi dalam banyak-banyak kali tu, rasanya kali ini persembahan dia memang tip top habis! Sangat ler terhibur dengan persembahan tarian daripada 6 etnik utama yang ada di Sarawak. Ada kelainan berbanding dengan kunjungan saya yang sebelum-sebelum nih.


Kampung Budaya Sarawak

Bagi yang nak berkunjung ke Kampung Budaya Sarawak, pastikan anda tahu masa persembahan ini dijalankan, iaitu pada jam 11.00 pagi atau pun pada jam 4.00 petang. Timing mesti bagus. Barulah kunjungan jadi sangat bermakna dan berbaloi. 


Persembahan Kampung Budaya Sarawak


Selesai persembahan tarian di dewan utama, kami bergerak ke rumah-rumah tradisional yang ada dalam perkampungan tersebut. Dimulakan dengan Rumah Bidayuh, Rumah Iban, Rumah Penan, Rumah Orang Ulu, Rumah Melanau, Rumah Melayu dan akhir sekali Rumah Cina.

Kali ini kami salah timing!

Rupa-rupanya, selesai persembahan pada jam 4.45 petang tadi, bermakna tiada juga sambutan daripada penjaga rumah-rumah tradisional berkenaan. Mereka pun kerja sampai jam 5.00 petang juga. Maka banyak lah rumah-rumah yang sudah ditutup atau yang tidak ada penjaga.

Rumah Bidayuh Kampung Budaya Sarawak

Rumah Bidayuh Kampung Budaya Sarawak

Rumah Orang Ulu Kampung Budaya Sarawak

Rumah Melanau Kampung Budaya Sarawak

Rumah Melayu Kampung Budaya Sarawak

Rumah Cina Kampung Budaya Sarawak

Rumah Cina Kampung Budaya Sarawak


Tak dapatlah nak tengok tarian sambutan di rumah-rumah tersebut, serta aktiviti yang dijalankan oleh penjaga di sana. 

Maka kamu hanya luangkan masa yang ada dengan bergambar dengan rumah tersebut sahaja. So lain kali kena datang pada waktu pagi jika nak merasa pengalaman paling bermakna di Kampung Budaya Sarawak.


Damai Puri
Selepas sejam meronda, akhirnya kami keluar dan menuju ke Damai Puri yang terletak bertentangan dengan Kampung Budaya. Ini kali pertama saya ke sini. Maknanya memang dah lama tak datang area Kampung Budaya sampaikan ada bangunan baru yang dah siap didirikan pun saya tak tahu.

Damai Puri


Kawasan Damai Puri nih memang menarik. Penuh dengan pengunjung. Penuh juga dengan kedai-kedai cenderamata dan kedai makan. Pengunjung juga ada peluang untuk menonton matahari terbenam pada kawasan yang dah disediakan khusus. Kawasan ditandakan dengan binaan Kenyalang gergasi ala-ala tugu Helang di Langkawi. 

Damai Puri

Damai Puri

Damai Puri

Mee kolok Damai Puri


Sunset di sini boleh tahan meriahnya. So yang belum pernah ke sini, jemput datang yer!

Dari sini, kami terus pulang ke Kuching. Aktiviti malam, macam biasa. Lepak di Waterfront sambil melayan geng-geng pemuzik jalanan yang ada di sana. Pastu balik tido, dan ready untuk hari seterusnya.


Hari Isnin (Day 4)
Ini hari terakhir kami berada di Kuching. Hari untuk perjalanan pulang ke Sibu. Atas jemputan seorang rakan, maka kami bersarapan pada pagi ini di tempat baru yang terletak di Batu 7, iaitu Serapi Corner.

Serapi Corner
Ini kali pertama kunjungan saya ke Serapi Corner. Walaupun dah banyak kali ke Kuching, tapi balik-balik pegi kedai yang sama jugak. So, bersarapan pagi di Serapi Corner bersama Cikgu Ken LSC. 

Serapi Corner


Memang tak rugi kami dibawa ke sini. Menu yang disediakan, memang best! Confirm lepas nih Serapi Corner akan masuk list dalam senarai kedai makan wajib pergi lepas nih. Pilihan makanan pagi yang banyak dan juga keadaan kedai yang sangat selesa. Jadi tak hairan lah kenapa kedai makan ini sentiasa dipenuhi orang ramai.

Selepas sesi sarapan yang best, kemudian kami terus bergerak pulang ke Sibu. Dalam perjalanan hanya singgah di Layar untuk berhenti makan dan solat. Kami tiba di Sibu pada jam 5.00 petang. 


Rasa agak ok bila dimaklumkan oleh Tuan Bendahari kami, Cikgu Hafiz apabila kami hanya mengeluarkan bajet lebih kurang RM250 setiap seorang bagi semua perbelanjaan sepanjang di Kuching. Perbelanjaan adalah termasuk duit minyak kereta, penginapan, makan 4 hari 3 malam dan tiket masuk ke semua tempat yang berbayar. 

Sebelum ini tak pernah nak catat-catat berapa bajet yang dikeluarkan. Semoga panduan ini boleh digunakan bagi mereka yang nak merancang bercuti ke Kuching, terutamanya bagi mereka yang nak adakan Road Trip macam kami nih. Soal bajet dan keselamatan harus diutamakan. Sampai kita berjumpa lagi dalam trip yang seterusnya!



Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Banyak rupanya tempat menarik di Kuching

    BalasPadam
  2. hoho..rajin berjalan betul nih..

    BalasPadam
  3. serapi corner tu makan tghhari dia best....pasal lauk2 dia ada rasa selera semanjung....tp kena dtg awal...kalau lmbat lauk2 yg best cepat abis

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum tuan. Saya Editor Buku Sekolah ingin memohon ihsan untuk menggunakan gambar Muzium Kuching Waterfront dalam Buku Teks Pendidikan Moral. Harap tuan dapat menghubungi saya melalui e-mel hadi@dbp.gov.my. Terima kasih.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum tuan. Saya Editor Buku Sekolah ingin memohon ihsan untuk menggunakan gambar Muzium Kuching dalam Buku Teks Pendidikan Moral. Harap tuan dapat menghubungi saya melalui e-mel hadi@dbp.gov.my. Terima kasih.

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. semoga percutian anda ke kuching menjadi lebih mudah.

      Padam
  7. Saya nak sangat berkenalan dgn cikgu yg boleh mengajar tarian..

    BalasPadam