Pada 11 September yang lalu, saya berkesempatan untuk bersama-sama terlibat dengan satu penggambaran dengan sebuah syarikat penerbitan di sekolah saya. Memang diorang ke sekolah bagi tujuan merakamkan video mengenai aktiviti saya. Untuk tujuan apa, nanti saya kongsikan. Sementara waktu nih nak fokus cerita pada pengalaman shooting bersama mereka-mereka profesional yang terlibat dalam industri kreatif.
Dua minggu sebelum didatangi oleh pasukan ini, saya sudah dihubungi oleh seseorang yang mengenalkan dirinya sebagai Hazel Fernandez. Katanya, mereka sepasukan akan ke Sibu, spesifiknya ke sekolah saya bagi tujuan menghasilkan video. So sedikit perbincangan dilakukan bagi memastikan kelancaran penggambaran yang bakal berlangsung pada tarikh yang ditetapkan.
So, maka pada tarikh yang dijanjikan, maka datanglah pasukan tersebut. Saya dikenalkan dengan beberapa nama, Kak Rosnah dan lain-lain (dah tak ingat nama.. ). Dengan peralatan penggambaran yang banyak dan terpaksa diangkut ke kelas yang berada di tingkat 4. Sengaja kan nak buat tinggi-tinggi?. He3..
Kemudian bermula lah sesi penggambaran.
Mula-mula penuh kelas dengan pelajar. Keh3.. Nervous pulak dok menghadap kamera sambil diperhatikan pelajar yang hampir 40 orang. So, terpaksa lah bagitau diorang berpindah sekejap ke Bilik Audio Visual, bagi membolehkan cikgu mereka mempamerkan 'aksi' yang menarik. Hu3..
Sikap Hazel dan juga Kak Ros (tak tau mana satu Pengarah / Penerbit) yang sempoi dan peramah, menyebabkan tak ler saya rasa stress sangat. Serius.. Mereka memang banyak membantu, terutamanya untuk saya rileks dan bersahaja sepanjang penggambaran. Supaya nampak natural lah kan..
Selesai saja sesi di kelas, sambung dengan dengan sesi konon-konon saya sedang mengajar di kelas. Keh3.. Part susah dan mencabar gak nih. Time biasa mengajar, memang ler ok. Sebab takde orang memerhati. Kali nih siap dengan kamera bagai, maka ibarat mengajar sambil diperhatikan 6 orang Nazir.. Tapi alhamdulillah, semua berjalan lancar.
Dengan kebenaran pihak sekolah, terus kami bergerak ke perkampungan Iban yang terletak tidak lah jauh sangat dari kawasan sekolah. Nanga Sekuau. Nanga tu adalah Muara. Penggambaran di sini adalah lebih kepada fokus penggunaan perahu dan sungai.
2 jam jugak lah kami di sini, sebelum bergerak ke penempatan semula Skim Sekuau. Terus bergerak ke Rumah Panjang Dingon. Bagi persiapan di rumah panjang ini, saya dah awal-awal memohon pertolongan daripada seorang guru yang juga menetap di rumah panjang tersebut, iaitu Cikgu Ngayon Muntegrai.
Pesan saya, hanya sediakan makanan dan minuman berkotak bagi kanak-kanak dan tetatmu yang datang sudah mencukupi.
Akan tetapi, sebaik sahaja melangkah keluar dari kereta, sudah kedengaran bunyi Betaboh Iban. OMG! Confirm dibuat segala upacara dan majlis sambut tetamu yang lebih meriah daripada yang saya maklumkan.
Memang betul!
Kami dijemput oleh Tuai Rumah ke dalam rumah panjang, sambil diiringi muzik Betabuh dan diiringi oleh 2 anak kecil yang lengkap memakai pakaian tradisional Iban yang dikenali sebagai Ngepan. Sempat juga Cikgu Ngayon berbisik kepada saya, ini kehendak Tuai Rumah yang nak mengalu-alukan kedatangan tetamu jauh ke rumah panjang ini. Maka, sangat lah saya rasa berterima kasih.
Maka dibawa lah kami dari satu hujung rumah panjang, sehingga ke hujung satu lagi sebelum dibawa duduk di Ruai (ruang berkumpul dengan bilik-bilik) yang dah siap dihias dengan motif Iban.
Kemudian kami dipersembahkan dengan tarian Ngajat Iban. Nak lagi special, Tuai Rumah, Encik Dingon juga berbesar hati mempersembahkan tarian Ngajatnya yang tersendiri. Terima kasih lah banyak-banyak untuk layanan yang sampai sebegitu. Sempat juga Tuai Rumah memberi ucapan alu-aluan bagi mengalukan kedatangan para tetamu.
Selesai upacara sambutan, kami terus sambung balik shooting bagi scene yang terakhir, iaitu scene di rumah panjang. Di sini pun tak banyak masalah yang berlaku. Dan berlangsung dengan sangat terkawal. So cepat saja lah semuanya berlangsung.
Sesi penggambaran berakhir lebih awal daripada yang dijangkakan. Perancangan yang betul dan rapi, banyak membantu sesi ini berlangsung dengan baik. Mujurlah saya juga ada sedikit pengalaman dalam perkara-perkara sebegini, maka dapatlah berkomunikasi dengan baik.
Secara jujurnya, memang penat. Terkejar ke sana, terkejar ke sini. Sebelum nih senang jer 'buli' pelajar-pelajar saya untuk berlakon dan terlibat dengan video camnih. Tapi bila dah diri sendiri yang mengalaminya, baru lah tahu, betapa penatnya kerja-kerja sebegini. Tapi tetap best!
Best sebab dapat pengalaman berharga. Banyak juga input pembikinan yang saya dapat daripada Hazel, Kak Ros dan kru yang lain. Pengalaman perlu ada dengan sesi kutip ilmu sekali. Barulah bermakna setiap apa yang kita lakukan.
Paling teruja, tentulah tak sabar nak tengok hasil video tersebut bila dah disiapkan. InshaAllah dalam masa terdekat nih, mungkin ada peluang untuk melihat hasil tersebut dalam Youtube (atau mungkin TV?.. jeng.. jeng.. jeng..)
InshaAllah moga dengan kesempatan dan peluang yang diberikan ini, dapat membuka jalan lain yang selebarnya kepada saya untuk terlibat lebih aktif dengan perkara yang sebegini. Paling penting, ke arah usaha nak memartabatkan lagi profesyen perguruan. Kan saya nih cikgu!
p/s: Hazel dan Kak Ros adalah antara mereka yang pernah bekerjasama dengan Allahyarham Jasmin Ahmad untuk filem 'Mualaf'.. Hebat kan?.
- HOME
- SAINS KSSM
- _SAINS T1
- _SAINS T2
- _SAINS T3
- _SAINS T4
- _SAINS T5
- IDEA SAINS KREATIF
- PEMBELAJARAN ABAD KE-21
- STEM
- _PANDUAN
- GURU CEMERLANG
- __1: BORANG
- __2: FILING
- __3: PDPC
- __4: NAZIR
- _REFLEKSI
- __REFLEKSI 2013
- __REFLEKSI 2014
- __REFLEKSI 2015
- __REFLEKSI 2016
- __REFLEKSI 2017
- __REFLEKSI 2018
- __REFLEKSI 2019
- GURU GLOBAL
- _80 HARI DI KOREA
- _STELR STEM BANDUNG
- _GURU NASA @USA
- _KI HAJAR DEWANTARA
- _CERN @GENEVA
- CIKGU HAILMI
9 Ulasan
amboi cikgu .....nanti jadi retiss la tuu
BalasPadamretis suam2 kuku.. hu3
Padamretis ler sangat..
hoho..memang best la kalau jadi pelakon kejap nih.
BalasPadamUtk dokumentari ke cikgu hailmi?
BalasPadammantap, cikgu…kalau dah release nnt, bolehlah bagi kami tengok.. :D
BalasPadamTahniah!
BalasPadamcikgu nih terbaiklah
BalasPadamberkesempatan jumpa cekgu hailmi kat KL Converge!... Segak orangnya....hehehhehe
BalasPadamhu3.. komen paling tak bleh blah... ;)
Padambiasa2 je..