Sesi pitching diadakan pada 18 dan 19 September bersempena dengan berlangsungnya KL Converge. 5 buah sekolah dengan apps dan web portal terbaik seluruh Malaysia telah dijemput bagi sesi ini. Sesi pitching nih lebih kurang macam sesi nak memperjelaskan lagi fungsi dan apa-apa tujuan lain yang berkaitan dengan produk kita. Ini juga untuk meyakinkan para juri supaya memilih apps dan web portal yang kita sediakan.
Kebetulan saya dan 2 orang pelajar saya juga berada di KL Converge bagi sesi perkongsian pemenang LRK 2013, maka kesempatan yang ada kami singgah sekejap ke bilik LRK 2014. Nak melihat siapakah calon-calon pemenang hadiah tunggal bagi kategori apps dan juga web portal. Menang iPhone 4 biji beserta wang tunai RM5000 tu!
Selain itu juga, nak ambil pengalaman dan pengetahuan sket mengenai sesi pitching. Mana tau masa depan ada juga rezeki pelajar-pelajar saya yang dapat peluang sebegini. Dapat juga buat persediaan dengan lebih baik.
Sesi pitching bagi kategori apps dan web portal diadakan pada hari yang berbeza. Saya hanya sempat ikut bagi kategori apps sahaja. Itu pun tak dapat nak tunggu sampai 2 pasukan terakhir disebabkan persiapan yang perlu dibuat bagi sesi perkongsian saya dan pelajar-pelajar saya.
Pelajar yang membentangkan beberapa kelebihan dan keistimewaan berkaitan dengan apps yang mereka hasilkan. Menakjubkan! Banyak juga apps yang bagus, dan paling tak sangka bila ianya dihasilkan oleh anak remaja Malaysia. Tahniah saya ucapkan.
Pembentangan mereka disusuli oleh sesi soal jawab bersama juri. Ada 4 orang juri semuanya, mewakili MCMC, KPM dan 2 lagi agensi lain. Kebanyakan soalan daripada juri adalah berkisarkan kepada mahukan lebih penjelasan bagaimana apps tersebut berfungsi serta kesahan maklumat yang disiarkan pada apps tersebut.
Secara jujurnya, saya perhatikan adik-adik yang terpilih ini mempunyai persediaan yang agak bagus dari segi penampilan, persembahan powerpoint dan juga persembahan semasa membentangkan. Bukan main pakai redah. Sebaliknya menunjukkan persiapan rapi bagi memberikan yang terbaik. Tahniah!
Ada beberapa kesilapan teknikal yang berlaku, dan sepatutnya dielakkan lebih awal. Sebagai contoh keserasian komputer yang digunakan dengan LCD projektor yang disediakan. Mungkin pada masa akan datang, perlu sedikit masa untuk menguji terlebih dahulu, sebelum pembentangan bermula.
Dari segi apps pula, memang terbaik! Salute dengan anak-anak Malaysia yang kreatif. Cuma saya perhatikan hampir kesemua apps yang berjaya ke peringkat pitching ini menggunakan konsep kuiz dan juga nota online. Mungkin boleh kreatifkan lagi kepada bentuk permainan dan juga video atau apa-apa lagi yang lebih interaktif dan menarik.
Apa-apa pun tahniah saya ucapkan kepada semua finalis! Cikgu yakin, InshaAllah sedikit masa lagi, kita akan dapat lihat lebih banyak apps berkualiti hasil anak tempatan. Teruskan berkarya dan menghasilkan kandungan kreatif yang terbaik dan bermanfaat!
Untuk pemenang, seawal-awal TAHNIAH saya ucapkan!
* kena tunggu hujung Oktober untuk tau pemenangnya sapa, sekali dengan pemenang video peringkat kebangsaan. May the best group win.. ;)
4 Ulasan
budak sekolah pandai buat apps? wah..dasyat nye sekarang.
BalasPadamhebat kan anak2 Malaysia zaman sekarang.. ;)
PadamMemang hebat.anak murid hebat sebab guru yg hebat jugak, kan.teruskn berbakti cikgu hailmi...
PadamSalam, Cikgu ada URL portal yg menang tak tahun lepas..boleh tengok contoh..
BalasPadam