About Me

Pengalaman di Sesi Penilaian Biasiswa Peneraju Tunas Geliga (Zon Sarawak)

Perkenalan saya dengan Puan Ana (QSC) telah memperkenalkan saya dengan satu program pendidikan yang sangat bagus dan sangat bermanfaat kepada pelajar Bumiputera. Terutamanya yang datang dari keluarga yang susah dan mempunyai tanggungan yang besar. Program yang saya maksudkan adalah Biasiswa Peneraju Tunas Geliga.


Sesi Penilaian Biasiswa Peneraju Tunas Geliga 2014 (Zon Sarawak)


Seperti yang saya pernah iklankan, Biasiswa ini adalah dikhaskan kepada pelajar Darjah 6 yang mendapat keputusan cemerlang dalam percubaan UPSR, iaitu 3A dan ke atas. Keutamaan akan diberikan kepada pelajar yang datang dari keluarga berpendapatan rendah dengan tanggungan yang ramai. Nak tahu syarat-syarat permohonan, boleh tengok IKLAN yang pernah saya siarkan dalam blog ini.


Baru-baru ini, saya berpeluang mengikuti sendiri sesi penilaian anak-anak pelajar yang bakal menerima Biasiswa Peneraju Tunas Geliga ini. Penilaian berlangsung di Riverside Hotel, Kuching. Secara ringkasnya, selepas melalui proses saringan pertama melalui borang permohonan, pelajar-pelajar yang layak ini akan dipanggil ke satu sesi penilaian, untuk dinilai secara face-to-face oleh pihak Peneraju.


Sesi Penilaian Biasiswa Peneraju Tunas Geliga 2014 (Zon Sarawak)


Sesi Penilaian Biasiswa Peneraju Tunas Geliga 2014 (Zon Sarawak)


Serius banyak kelebihannya jika adik-adik pelajar menerima Biasiswa ini. Elaun bulanan selama 5 tahun persekolahan! Bantuan baju sekolah! Bakal ditempatkan di Sekolah Berasrama Penuh atau MRSM! Kem pembangunan di KL pada cuti hujung tahun bagi semua anak-anak penerima Biasiswa!

Wow! Wow! Wow!


Untung benar bagi anak-anak yang menerima biasiswa ini. Malah lebih menguntungkan bila yang dapat pula adalah anak-anak pelajar yang benar-benar memerlukan bantuan ini bagi menambahbaik peluang mereka dalam pendidikan, sekaligus dapat membaiki masa depan keluarga.


Pada hari penilaian tak banyak yang saya dapat lakukan. Lebih banyak memerhati, memandangkan ini kali pertama saya bersama Puan Ana dan juga teamnya. InshaAllah masa akan datang, mungkin lebih banyak bantuan dapat saya hulurkan selepas saya dah mula faham sikit sistem mereka.


Sesi Penilaian Biasiswa Peneraju Tunas Geliga 2014 (Zon Sarawak)


Kelibat anak-anak ini dah mula saya lihat sejak awal pagi lagi. Ada yang datang dengan keluarga dan ada juga yang hanya ditemani guru. Kagum saya melihat usaha guru dan ibubapa yang bersungguh-sungguh sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menghadiri interview ini. Usaha yang inshaAllah berbaloi.

Bila ditanya semasa sesi, majoriti daripada anak-anak ini mengatakan bahawa mereka ke sini disebabkan usaha guru yang menolong mereka untuk mengisi dan menguruskan semua borang mereka. Serius bangga sangat saya dengan usaha guru-guru ini! 


Sesi Penilaian Biasiswa Peneraju Tunas Geliga 2014 (Zon Sarawak)


Sesi Penilaian Biasiswa Peneraju Tunas Geliga 2014 (Zon Sarawak)


Sesi Penilaian Biasiswa Peneraju Tunas Geliga 2014 (Zon Sarawak)


Sekalung tahniah buat mereka. InshaAllah dengan usaha kecil rakan guru ini, moga ada manfaat yang besar kepada anak-anak pelajar mereka ini nanti. Betullah yang dikatakan, guru sebagai agen perubahan.


Aturcara untuk hari penilaian ini tak banyak. Bermula dengan pendaftaran, diikuti dengan sesi pengenalan oleh Kak Ana dan Encik Badrol. Kemudian proses semakan dokumen bagi mengesahkan segala maklumat yang dinyatakan dalam borang. 

Sementara itu, anak-anak pula bersama Kak Ana bagi sesi perkongsian yang juga bertujuan mengenalpasti bakat dan potensi anak-anak ini. Malu-malu kucing mereka pada mulanya. Tapi semakin ok selepas mula membiasakan diri dengan suasana baru.

Sesi Penilaian Biasiswa Peneraju Tunas Geliga 2014 (Zon Sarawak)


Sesi Penilaian Biasiswa Peneraju Tunas Geliga 2014 (Zon Sarawak)


Sesi Penilaian Biasiswa Peneraju Tunas Geliga 2014 (Zon Sarawak)


Secara keseluruhannya sesi penilaian berlangsung dengan baik seperti yang dirancangkan. Gembira juga saya melihat ibubapa dan anak-anak pelajar yang berpuas hati dengan apa yang telah mereka lakukan sepanjang sesi ini. Sayangnya ada juga beberapa ibubapa yang perlu melakukan sedikit lagi kerja tambahan disebabkan dokumen yang disertakan adalah kurang lengkap.


Sesi Penilaian Biasiswa Peneraju Tunas Geliga 2014 (Zon Sarawak)


Sesi Penilaian Biasiswa Peneraju Tunas Geliga 2014 (Zon Sarawak)


Disebabkan Biasiswa Peneraju Tunas Geliga ini adalah satu program yang sangat bagus, saya menyeru kepada rakan guru di Sekolah Rendah, pelajar-pelajar di Sekolah Menengah dan Rendah serta anda-anda yang mengenali pelajar Tahun 5 yang berpotensi dan cemerlang, serta datang dari keluarga yang memerlukan, bantulah mereka untuk memohon Biasiswa ini pada tahun depan. 

Manalah tahu dengan usaha anda, adik-adik ini ada rezeki untuk menerima biasiswa yang inshaAllah membantunya dalam pelajaran!


Bagi yang berminat dengan program ini, teruskan mengikutinya di blog saya. Manalah tahu ada peluang untuk saya bekerjasama sekali lagi dengan pihak yang menguruskan Program Tunas Geliga ini.




Catat Ulasan

2 Ulasan