Penerbangan kami dari Sibu ke Kuala Lumpur adalah jam 6 pagi pada hari berlangsungnya majlis. Maka seawal jam 4 pagi saya dan pelajar dah mula bersiap-siap untuk ke lapangan terbang Sibu. Awalnya kena bangun. Mujur juga ada Ustaz Faris Hakimi sudi untuk menghantar kami semua ke airport, walaupun beliau terpaksa bergegas untuk jaga peperiksaan selepas tu.
Sebelum Subuh kitorang dah berada di airport Sibu |
Oleh sebab penerbangan pada awal pagi, maka jam 8 pagi kami sudah tercegat di KLIA. Bila saya hubungi Anne, sekretariat LRK2014, katanya kami perlu menunggu ketibaan pasukan negeri lain yang akan menyusul tiba kemudian. Hanya pada jam 11 pagi barulah semua akan bergerak ke Angkasapuri. Hmm... Tunggu lagi..
Dah sampai awal, cenggini ler gayanya nak tunggu orang lain sampai |
Dalam sejam kemudian, mula ternampak kelibat 4 orang pelajar perempuan dengan seorang guru. Confirm datang untuk LRK2014 nih! Saya tegur dan sempat berkenalan dengan guru pengiring mereka, Cikgu Mariani dari kontinjen Pulau Pinang. SMK Tun Syed Sheh Barakbah kalau tak salah nama sekolah mereka.
Kemudian makin lama, makin ramai plak pasukan yang kunjung tiba di KLIA. Tak sempat pula nak berkenalan dengan yang lain sebab sibuk nak menguruskan pelajar saya. Nampak mereka pun bergegas ke sana ke sini.
Dalam jam 11 pagi, Cik Anne kita dah mula menunjukkan diri. Memang sibuk. Ke hulu ke hilir terpaksa bercakap di telefon menguruskan pengangkutan kitorang semua dari KLIA ke Angkasapuri. Dah berkumpul di tempat menunggu bas, barulah sempat nak berkenalan dengan pasukan lain dari negeri Perlis, Kedah, Terengganu, Kelantan. Tak banyak masa. Jadi terus naik bas ke Angkasapuri RTM.
Sampai saja di tempat yang nak dituju, pelajar diberi penerangan ringkas mengenai perjalanan majlis oleh big boss LRK2014, Encik Tahir Musa. Penerangan adalah berkisar mengenai apa yang perlu pelajar buat semasa berada di dalam studio dan juga semasa berada di atas pentas.
Penerangan ringkas oleh orang besar LRK, Encik Tahir Musa |
Kami kemudiannya dijemput menjamu selera terlebih dahulu sebelum masuk ke majlis pada jam 2 petang. Makan tengahari. Nasi ayam. Di sini saya bertemu dengan Cikgu Azme, guru pengiring pasukan negeri Selangor dari SMK Bandar Tasik Puteri.
Bersama dengan Cikgu Azmi, dari pasukan Selangor |
Berpeluang juga nak bertemu dengan beliau setelah sekian lama berkenalan melalui blog dan facebook. Makan tengahari semeja dengan beliau, dan juga anak-anak didik beliau yang sangat peramah, Azhan dan kawan-kawannya.
Sementara nak menunggu majlis yang bermula pada tepat jam 2 petang, maka kami bergerak ke masjid berhampiran untuk solat Zohor terlebih dahulu. Surau yang disediakan di bahagian bawah Angkasapuri tu terlalu sempit untuk menampung jumlah penonton yang melimpah ruah.
5 minit sebelum jam 2 petang, maka kami mula memenuhkan ruang dalam Angkasapuri. Seingat saya, dah 4 5 kali juga saya dah masuk kat dalam nih. Tapi semuanya sebab Liga Remaja Kreatif la.. Kalau tak, confirm tak merasa.. Macam biasa, bahagian kanan dan kiri tempat duduk dikhaskan untuk penonton dan pemenang. Manakala VIP dan guru-guru dibahagian tengah.
VIP yang hadir, Datuk Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia |
Sebelum acara bermula dalam studio, pengurus produksi memberitahu beberapa perkara yang perlu diambil perhatian semasa berada dalam studio. Ini bagi menjamin kelancaran majlis dan juga rakaman yang diadakan. Benda sekali jalan, kalau salah dah tak dapat nak repeat-repeat dah.
Selesai taklimat ringkas, maka muncullah pengacara majlis untuk tahun ini. Kalau tahun lepas kita ada Alif Satar, tahun nih kita ada pelakon yang juga pengacara, iaitu Karl Shafek.
Karl Shafek sebagai pengacara majlis |
Majlis dimulakan dengan persembahan nyanyian daripada sekumpulan anak muda. Tak ingat nama kumpulan mereka, tapi gayanya macam budak sekolah menengah. Terhibur! Lebih menarik sebab mereka menggunakan peralatan muzik yang dinamakan 'Sapelele', gabungan alat muzik Sarawak, Sape dan juga ukulele (yang gitar kecik hawaii tu..).
Persembahan menarik yang menggunakan Sapelele |
Konsep pada tahun ini lain sikit berbanding tahun sebelumnya. Kali ini, para pemenang daripada setiap negeri dijemput ke atas pentas satu kumpulan demi satu kumpulan, ditunjukkan sedutan video mereka dan diperkenalkan kepada penonton. Ala-ala meraikan pemenang lah tema nya.
Steady team Sarawak! |
Nak lagi best, yang menjemput pelajar adalah terdiri daripada orang-orang feymes dunia seni, iaitu Yana Shamsudin, Zain Saidin dan juga Ajak Shiro. Team Sarawak dijemput oleh Zain Saidin a.k.a Papa Zain. Paling happening tentulah masa Ajak Shiro. Spontan dan kelakor habis! Menteri pun tumpang ketawa dengan gurauannya yang bersahaja.
Yana Shamsudin yang shomel |
Zain Saidin aka Papa Zain |
Ajak Shiro yang kelakor |
Diselang selikan dengan acara memperkenalkan para pemenang, ada persembahan nyanyian disediakan. Kali ini banyak menampilkan penyanyi-penyanyi yang memang betul-betul mewakili budaya Malaysia.
Kita ada Waris yang terkenal dengan lagu "Gadis Jolobu", Iwere yang terkenal dengan lagu "Oghe Kito" dan penyanyi cantik dari Youtube yang dah mula meningkat naik namanya, iaitu Elizabeth Tan dengan lagu popularnya "Knock Knock".
Waris yang popular dengan lagu "Gadis Jolobu" |
Elizabeth Tan yang cantik sedang mendendangkan lagu "Knock Knock" |
Selesai sahaja semua persembahan, dan akhirnya, bermula lah acara yang paling dinanti-nantikan, iaitu acara penyampaian hadiah. Tetiba saja terus laju jantung berdegup. Sama saja rasa debarannya seperti tahun lepas.
Majlis penyampaian hadiah dimulakan dengan kategori aplikasi mudah alih dan juga portal internet. Kategori ini adalah kategori baharu yang buat pertama kalinya dipertandingkan dalam Liga Remaja Kreatif 2014. Sesi penilaian bermula semasa sesi pitching bersempena dengan KL Converge! yang berlangsung pada bulan September yang lalu.
Hadiah adalah berupa wang tunai RM5,000 beserta 4 biji iPhone 5S. Giler.. Mana tak jeles kalau tengok hadiahnya. Dan pemenang nya adalah...
JOHAN
Kategori Aplikasi Mudah Alih
Kolej Yayasan Saad, Melaka |
JOHAN
Kategori Web Portal
SMK Imtiyaz Besut, Terengganu |
Bagi kategori video, majlis penyampaian hadiah dimulakan dengan Video Paling Popular. Pemenang bagi Video Paling Popular ditentukan melalui undian pada My1Content. Kesemua 140 video (10 terbaik dari 14 negeri) layak untuk merebut title ini.
Dan khabarnya, ada sekolah yang undiannya mencecah sehingga 10 000 undian! Hu3.. nak lawan yang sekolah saya, hanya dapat 9 undian je. Kesian toi. Mereka akan membawa pulang trofi dan wang tunai bernilai RM2,500. Dan pemenang Video Paling Popular jatuh kepada ..
Video Paling Popular
SMK Kota Kemuning
Acara disambung lagi dengan penyampaian hadiah tempat ketiga, kedua dan johan. Punyalah lama dia nak sebut. Pengacara nih memang dah dilatih yer nak bagi saspen? Dia punya nak sebut nama pemenang tu, alahai.. kalau ada yang sakit jantung, confirm dah rebah! Maka dimulakan dengan ..
Ketiga
SMK Cherang Ruku, Kelantan
Kedua
SMK Kuhara, Sabah
Dan
JOHAN Liga Remaja Kreatif 2014,
Jatuh kepada ....
JOHAN
SMK Luar Bandar No.1 Sibu, Sarawak
Alhamdulillah! Tak terucap rasa kesyukuran kerana pasukan kami masih berpeluang menjuarai pertandingan ini. Dengan kualiti video yang jauh lebih baik berbanding tahun-tahun sebelum nya, dah tentu pertandingan kali ini berlangsung dengan sengit dan penuh saingannya.
Tahniah saya ucapkan kepada anak didik, Charry Fressly yang tak pernah serik kena marah dengan saya semasa membimbing untuk menghasilkan video ini. Juga kepada rakan-rakan beliau, Ester Maxcuel, Lilian Tan May Fern dan Roderick Renggie.
Selfie dengan Karl Shafek, Abang Syafik dan Kak Farah dari ASWARA yang datang bagi sokongan |
Walaupun semuanya masih di Tingkatan 3, namun usaha dan kerjasama yang ditunjukkan adalah sangat mengkagumkan. Saya doakan kejayaan mereka di masa mendatang!
Terima kasih juga kepada semua juri dan pihak MCMC yang telah memberi peluang kepada kami untuk menunjukkan bakat dan kemahiran. Tanpa peluang yang disediakan oleh MCMC ini, mana mungkin anak-anak di Malaysia mengerah tenaga kreatif mereka bertanding dalam mencari yang terbaik.
Selfie dengan Encik Tahir Musa |
InshaAllah dengan sokongan MCMC ini terhadap anak-anak muda Malaysia, tak mustahil suatu hari nanti, industri kreatif Malaysia bakal lahirkan generasi kreatif yang hebat dan terkenal di mata dunia!
Saya pula secara jujurnya, cukup terharu dengan kemenangan kali kedua ini. Bak kata seorang rakan, tak susah nak jadi JUARA. Yang jauh lebih susah adalah nak mengekalkan keJUARAan! Alhamdulillah, kami mampu melakukannya!
Selesai majlis, kami dijemput untuk menjamu selera bersama di ruang yang disediakan. Saya dan ketua kumpulan, Charry Fressly dijemput menjamu selera bersama Datuk Shabery Cheek. Turut semeja dengan kami adalah Cikgu Aziz dari Sabah beserta anak muridnya dan juga Cikgu Faiz dari Kelantan beserta anak muridnya.
Saat-saat manis kenangan semasa makan ini juga diabadikan oleh Datuk Shabery Cheek, dan dikongsikan bersama dalam facebook rasmi beliau. Siapa tak gembira kan kalau tiba-tiba dapat tumpang glamer pak Menteri. Beliau seperti biasa, seorang yang ramah, tidak protokol dan sempoi. Betul-betul terbaik!
Selesai minum petang, ada sedikit temuramah dengan para wartawan dan juga pihak berita MCMC. Di samping itu sempat juga merakamkan kenangan dengan pasukan-pasukan lain yang sempat meluangkan masa di perkarangan Angkasapuri. Ada yang tak sempat, sebab terpaksa balik awal. Boleh tengok gambar-gambar kenangan di bawah.
Berakhirnya majlis penyampaian hadiah Liga Remaja Kreatif 2014, maka berakhirlah juga acara penting tahun ini bagi pasukan kami. InshaAllah juga dengan kemenangan ini bermakna, usaha lebih perlu diperkuatkan lagi untuk tahun mendatang. Kualiti penyertaan semakin bagus, maka persaingan akan tentunya menjadi lebih sengit. Hanya yang terbaik akan menjuarai.
Bagi yang belum menonton video kami, dijemput untuk menontonnya di Youtube. Sebarang komen membina dan boleh menambahbaik penghasilan video kami pada masa mendatang, adalah amat dialu-alukan.
p/s: Ada juga yang bertanyakan rahsia kejayaan video pasukan kami. Kunci nya adalah, berlatih! Hasilkan video sebanyak dan sekerap yang mungkin, dah tentu video anda yang seterusnya akan jauh lebih baik berbanding sebelumnya. ;)
Kredit Foto : Terima kasih kepada Cikgu Aziz dari Albumkasih dengan gambar yang menarik, facebook MCMC, Syafik ASWARA, Cikgu Azmi (SMK Bandar Tasik Puteri) dan koleksi peribadi Cikgu Hailmi.
9 Ulasan
taniah CH dan team LRK2014.
BalasPadampas ni, boleh buat video org kahwin pulak :P
TQ cikgu Zamrud..
Padamvideo kawen blom levelnya kot.. hu3
Cikgu, saya minta maaf, bukan Imtiaz Kuala Terengganu tapi Imtiaz Besut. Sekolah saya. :)
BalasPadamSaya mintak maaf!! Salah petik nama sekolah arituh.. saya dah betulkan.. TQ Syza untuk info yer.. ;)
Padamha.....Imtiaz Besut tu cg Hailmi...ore besut oyat dah tu
BalasPadamahahahhah... oke3.. dah betulkan..
Padamsalah catat lak ari tu.. ;)
minta maaf, tumpang tanya, macammana nak buat aplikasi mudah alih ? nak guna application apa ?
BalasPadamWah!! muka saya ada... hehehe... tq cikgu, atas tunjuk ajar dan ilmu yang diberikan selama ini... harap berjaya untuk pertandingan tahun ni...
BalasPadamHa3.. ingatkan dah tahu.. entri lama nih.. mesti kena masukkan gambar cikgu Azme.. saya pun ada belajar daripada cikgu jugak..
PadamYa! saya doakan kita sama2 berjaya untuk tahun ini.. dan tahun2 seterusnya! Amin!