Saya dihubungi melalui panggilan telefon oleh Puan Munirah, Unit ICT UPSI mengenai kemenangan ini. Surat pemberitahuan datang lewat sket. Majlis penyampaian hadiah diadakan di Shah Alam Convention Centre, bersempena dengan NUCeL2014, iaitu Karnival e-Pembelajaran Universiti Peringkat Kebangsaan.
Pada 15 November, maka bergeraklah saya ke venue seperti yang dijanjikan. Dalam surat, dinyatakan pada jam 2 petang, maka saya tiba pada jam 1.30 petang. Awal setengah jam daripada waktu yang dinyatakan. Tercari-cari juga pegawai yang menguruskan, tapi tak ketemu. Hanya jawapan yang saya dapat dari sekretariat, "boleh tunggu di dalam dewan..".
Selepas itu saya disapa oleh seorang sekretariat yang menyatakan majlis akan bermula pada jam 4 petang. Adeyh.. kena tunggu lama lagi. Pelik juga sebab tak dimaklumkan langsung oleh mana-mana pihak. Tapi bagus juga. Dapat saya meronda dulu melihat karnival e-pembelajaran yang sedang berlangsung. Boleh baca catatan pengalaman saya berkunjung ke Karnival e-Pembelajaran Universiti Peringkat Kebangsaan.
Dah habis berlegar-legar di kawasan karnival, saya bergerak ke pentas. Dalam perjalanan dah boleh dengar panggilan nombor bagi pengunjung yang bertuah. Dah melepas.. Hadiah cabutan bertuah, fuuuhhh.. Ada smartphone, ada ipad, ada laptop dan lain-lain lagi.. Aiseh, camana la boleh tak register pulak masa masuk tadi!
Bukan rezeki..
Keadaan pentas masa jam 2 petang |
EDU2014
1) Blog Pendidikan (Sekolah)
2) Blog Pendidikan (Terbuka)
3) Joota Edu (Institusi Pengajian Tinggi)
4) Joota Edu (Sekolah)
Saya duduk bersama pemenang-pemenang lain. Sempat juga berkenalan dengan pemenang tempat kedua, Encik Syahril (http://www.shahrilkhairi.com/) pensyarah Politeknik Sabak Bernam dan juga pemenang tempat ketiga, Cikgu Zaki (http://cikgu-zaki.blogspot.com/) yang datang bersama keluarga beliau. Cikgu Zaki merupakan pensyarah IPGM Kampus Ipoh, Perak.
Di barisan depan pula, sempat saya bertegur sapa dengan Cikgu Asma, yang merupakan Johan bagi Kategori Sekolah dengan blog program intervensi beliau, http://prodtas.blogspot.com/ .
Poster yang ada pada booth Unit ICT UPSI semasa Karnival e-Pembelajaran |
Encik Syahril, menurut beliau, baru setahun bergiat aktif dalam dunia blog. Alhamdulillah dah ada rezeki camnih. Manakala Cikgu Zaki pula, memang orang senior dalam dunia blogging pendidikan. Katanya, pada tahun lepas, beliau juga merupakan pemenang tempat ke-2 bagi pertandingan yang sama! Alhamdulillah.. Lagi ler bertuah.. ;)
Bersama Pemenang Tempat Kedua, Encik Syahril dan Ketiga, Cikgu Zaki |
Bergambar ramai-ramai dengan semua pemenang |
Korang posing kat sana, kitorang posing kat sini... hu3 |
Mengikut syarat yang dinyatakan, hadiah kepada pemenang adalah berupa gajet. Tapi tak pula dinyatakan apa gajetnya. Maka melihat kepada gambar yang disediakan dalam laman web mereka, maka saya jangka kan mungkin seketul iPad lah yang saya akan bawak balik hari ini.
Tapi sangkaan saya meleset. Rupanya hadiah dah bertukar pada tahun ini. Lebih advanced! Tempat ketiga adalah telefon pintar Samsung Galaxy, Tempat kedua iPad air, dan Tempat pertama akan membawa pulang Microsoft Surface 2! Yeay.. Bling Bling mata saya bila mendengarnya.. ;)
Microsoft Surface 2 dan Sijil Penyertaan |
Alhamdulillah, bersyukur sangat diberi peluang untuk menang kali ini. Sekurang-kurangnya, ada juga hasil daripada penat lelah menulis dan berkongsi maklumat.
Kemenangan ini saya anggap sebagai satu suntikan motivasi dan perangsang kepada saya untuk berusaha memperbaiki mutu kandungan bahan yang saya sediakan. Mudah-mudahan juga, lebih ramai yang mendapat manfaat daripada blog saya ini.
Untuk pengguna setia blog saya, TERIMA KASIH!!!!!!!! ;)
4 Ulasan
Tahniah tuan memang layak memenangi hadiah pertama tu...
BalasPadamTerima kasih ... inshaAllah mudah2an boleh jadi perangsang untuk saya bergiat lagi dalam dunia blogging nih.. ;)
PadamTahniah!
BalasPadamTerima kasih sahabat.. ;)
Padam