Program ini akan berlangsung sepanjang satu tahun bermula daripada tarikh guru tersebut ditempatkan di sekolah. Dan dalam tempoh tersebut, guru baharu tadi akan dibimbing oleh guru mentor yang akan bertindak memberi tunjuk ajar dan pendedahan kepada guru baharu.
Pendedahan yang dimaksudkan adalah yang pembelajaran melalui bimbingan terus yang melibatkan aspek pengajaran dan pembelajaran, pengurusan tugas dan juga program sekolah, pengurusan kelas, pelaksanaan aktiviti ko-kurikulum, pengurusan majlis dan juga hal-hal lain yang berkaitan dengan pengurusan murid.
Jadi, boleh juga dikatakan program PPGB ini adalah proses pementoran terus kepada guru baharu dalam menyediakan mereka dengan situasi sebenar dunia pendidikan. Secara tak langsung ini juga dapat meningkatkan profesionalisme keguruan bagi guru baharu dan menyediakan guru baharu yang siap untuk melakukan transformasi berkesan kepada pendidikan di Malaysia.
Folio PPGB
Pada akhir proses bimbingan ini, guru baharu perlulah menyiapkan Folio PPGB yang mengandungi maklumat berikut:
Bagi yang berminat nak tahu dengan lebih lanjut mengenai PPGB atau juga Program Pembangunan Guru Baharu ini, boleh lah tengok buku panduan edisi ke 3 tahun 2014 seperti di bawah.
Semoga bermanfaat!
4 Ulasan
Wah awal2 dah kene orientasi ni...
BalasPadamHe3.. orientasi sebenar di sekolah
Padamsalam cikgu hailmi..trm ksh ats infonya..bole saya mnta soft copy buku panduan PPGB spt d ats? tuk panduan saya mengisi folio PPGB..ni email saya : es_asriana@yahoo.com.sg
BalasPadamtrm ksh cikgu..
salam.. cikgu boleh terus copy entri di atas..
Padam