About Me

Seminar PLC 2014 Peringkat Sarawak

Apabila dimaklumkan bahawa saya akan terlibat dalam Seminar PLC (Professional Learning Communities) Peringkat Negeri Sarawak, hati ini sangat lah rasa teruja. Sebab ada perkara yang pasti saya boleh pelajari di sana nanti. Tapi, bila dimaklumkan saya sendiri yang akan menjadi salah seorang pembentang di Seminar tersebut, maka hati ini dah jadi lain.



Seminar PLC 2014 Peringkat Sarawak


Yang pertama, sebab sebelum ini, saya langsung tak pernah terlibat dengan benda-benda yang macam seminar dan pembentangan ini. Kedua, seminar yang diadakan ini adalah bagi peringkat negeri Sarawak. hooo... peringkat tinggi nih.. Dan yang paling penting, adalah Seminar ini akan dihadiri oleh orang-orang besar yang terdiri daripada Pegawai JPN Sarawak, Pegawai PPD Daerah, Pengetua, Guru Besar, dan wakil sekolah dari seluruh Sarawak! 

Terus jadi kecut jer hati ini.. 


Excited sebab nak bentangkan apa yang saya buat. Tapi dalam masa yang sama, ada rasa bimbang jika-jika pembentangan kita tidak seperti yang dihajati oleh para penganjur mahupun para peserta yang jauh lebih berpengalaman berbanding kita. Namun saya tetap percaya, setiap orang ada bahagiannya masing-masing. Mungkin ini bahagian saya.. ;)


Dalam pada itu, Penyelaras Seminar PLC 2014 Peringkat Sarawak, iaitu Encik Lau Shin Chai juga telah memberikan kepercayaan yang tinggi kepada saya untuk menghasilkan video montaj Seminar PLC ini yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah JPN Sarawak, Encik Abdul Rahman bin Bolhassan. Hu3.. Siapa tak nervous!



Timbalan Pengarah JPN Sarawak, Encik Abdul Rahman bin Bolhassan

Seminar PLC 2014 Peringkat Sarawak

Seminar PLC 2014 Peringkat Sarawak


Ini kali pertama video yang saya hasilkan dengan menggunakan software online, Powtoon. Boleh tahan menarik juga nak gunakan benda nih.. Yang berminat dengan PLC, boleh tengok video montaj perasmian ini dalam video di bawah. 





Seminar PLC ini diadakan di University College of Technology Sarawak yang terletak di Sibu. Pertama kali menjejakkan kaki ke UCTS, serius saya cukup kagum dengan senibina dan semua perkara yang berkaitan dengan Universiti Kolej di bawah kerajaan negeri ini. Memang cantik, moden dan sesuai dengan matlamat penubuhannya sebagai IPTS bagi zon tengah ini.



University College of Technology Sarawak UCTS


Sesi perasmian dan penutupan bagi Seminar PLC 2 hari ini dilangsungkan di Theatre Room C. Ini adalah dewan kuliah paling besar yang ada di UCTS. Malah saya punya slot pembentangan juga diberikan peluang untuk berada di dewan kuliah yang besar ini. Bermaksud lebih ramai peserta yang mampu untuk mendengar pembentangan saya nanti.



Seminar PLC 2 hari ini dilangsungkan di Theatre Room C


Slot pembentangan saya adalah pada sidang yang terakhir, iaitu Sidang ke-7. Jadi sementara menunggu sesi pembentangan saya yang masih panjang, sempat juga saya meronda ke sekitar kawasan berhampiran dewan teater. Di ruang legar di sini rupanya ada disediakan ruang pameran bagi inovasi PLC dari seluruh Sarawak. 

Maka banyak lah hasil-hasil inovasi yang berkaitan dengan PLC dipamerkan di sini. Dari PPD Sibu, ada 2 meja pameran dibuka iaitu Pembaris Super-C hasil ciptaan KV Sibu dan inovasi KHB dan Sains daripada rakan guru yang saya kenali, iaitu Cikgu Sity Salang dan rakannya dari SMK Bukit Assek.



hasil-hasil inovasi yang berkaitan dengan PLC

hasil-hasil inovasi yang berkaitan dengan PLC

hasil-hasil inovasi yang berkaitan dengan PLC

hasil-hasil inovasi yang berkaitan dengan PLC

hasil-hasil inovasi yang berkaitan dengan PLC

hasil-hasil inovasi yang berkaitan dengan PLC


Namun yang paling menarik perhatian saya adalah meja pameran PPD Lawas. Hasil inovasi PLC daripada rakan guru dari SMK Trusan, Lawas iaitu Cikgu Aelyn dan rakannya. Beliau menggunakan kaedah mewarnakan komik bagi menarik minat pelajar dalam mempelajari KOMSAS Bahasa Melayu. 



asil inovasi PLC daripada rakan guru dari SMK Trusan, Lawas iaitu Cikgu Aelyn


asil inovasi PLC daripada rakan guru dari SMK Trusan, Lawas iaitu Cikgu Aelyn


asil inovasi PLC daripada rakan guru dari SMK Trusan, Lawas iaitu Cikgu Aelyn


Walaupun inovasinya nampak macam simple dan 'macam biasa-biasa' saja, tetapi saya yakin impak yang diperolehi daripada kaedah ini sangat besar dan signifikan kepada pelajar. Saya sendiri rasa sangat tertarik dengan kaedah ini. Kreatif!

Tahniah saya ucapkan kepada Cikgu Aelyn yang sudi untuk berkongsi kaedah pdp beliau di dalam kelas. Saya yakin akan ada inovasi lain lagi dari beliau selepas ini, memandangkan beliau baru saja berkhidmat 2 tahun di sekolah tersebut. Cikgu baru, mesti banyak idea kan. Semoga berjaya!


Tajuk pembentangan saya adalah "Penggunaan Media Sosial Sebagai Medium Perkongsian Ilmu Dalam Kalangan Guru". Pembentangan adalah berfokus kepada bagaimana cara saya menggunakan media sosial (eg: blog, Facebook, Youtube) untuk berkongsi ilmu dan kaedah pdp dengan rakan guru lain.  


Cikgu Hailmi Penggunaan Media Sosial Sebagai Medium Perkongsian Ilmu Dalam Kalangan Guru


Serius saya katakan bahawa, rasa berdebar sangat masa mula pegang microphone dan melangkah ke atas pentas. Menghadap audiens seramai hampir 200 orang, dengan 400 mata yang memandang, bukannya perkara mudah untuk saya. 

Tak banyak pengalaman saya berdepan dengan situasi begini. Apatah lagi yang di hadapan saya adalah orang-orang lama dalam pendidikan yang sudah bersedia untuk mendengar apa yang saya ingin cakapkan.


Cikgu Hailmi di Seminar PLC 2014 Peringkat Sarawak


Namun lama kelamaan, rasa itu semakin hilang apabila mula melihat beberapa muka yang saya sudah biasa. Kenalan-kenalan dari sekolah lain serta mereka-mereka yang saya kenali sebelum ini. Baru lah rasa lega sikit. Nafas pun dah semakin kurang kembang kempis nya. Hu3..


Saya hanya diberi peluang sebanyak 20 minit sahaja untuk sesi pembentangan, dengan 10 minit lagi untuk sesi pertanyaan. Alhamdulillah, semua perkara yang saya nak cakapkan, yang nak tunjukkan, yang nak kongsikan semua berjaya selesai seperti dirancang. Kalau tak, tentu lagi menggelabah atas pentas!


Cikgu Hailmi di Seminar PLC 2014 Peringkat Sarawak


Sesi soal jawab juga berjalan dengan baik. Kalau tak salah saya ada 2 soalan dan juga 1 cadangan penambahbaikan daripada audiens. Saya setuju dengan pandangan audiens mengenai susun atur kerusi dan meja dalam kelas yang kurang menggalakkan pelajar bekerjasama secara kolaboratif. InshaAllah saya akan cuba cari penyelesaian yang lebih berkesan.

Disebabkan sesi pembentangan saya adalah sesi yang terakhir, maka sebaik saja selesai pembentangan, pihak penganjur terus bersedia bagi acara terakhir, iaitu majlis penutupan. Majlis penutupan dihadiri oleh wakil JPN Sarawak, iaitu Ketua Sektor Pengurusan Akademik dan juga Timbalan Naib Canselor UCTS, Prof Dato Dr Sabarudin bin Mohd.


Seminar PLC 2014 Peringkat Sarawak


Dalam majlis yang sama juga, turut diadakan Anugerah Creative PLC Showcase bagi pameran inovasi PLC terbaik, dan juga Anugerah Pembentang Terbaik (Platinum, Emas dan Perak).


Dengan berdebar yang sampai seminggu terfikirkan pasal perkongsian ini, tak disangka, nama saya diumumkan sebagai penerima Anugerah Pembentang Terbaik (Platinum) bagi Seminar PLC 2014 Peringkat Sarawak ini! 


Cikgu Hailmi bersama Penyelaras Seminar PLC Sarawak 2014, Encik Lau Shin Chai


Sangat terkejut.. Tapi alhamdulillah, inilah hasilnya dengan segala usaha yang saya telah buat untuk datang ke Seminar PLC ini. InshaAllah ini akan jadi motivasi kepada saya untuk terus aktif bergiat dalam mempromosikan PLC, serta terus bekerjasama dengan rakan guru lain di Sarawak.

Penerima Anugerah Pembentang Terbaik (Emas) pula dimenangi oleh guru muda dari SMK Kapit, iaitu Cikgu Ho Jia Yiing. Beliau juga merupakan pembentang selari pada Sidang 7. Cikgu Bahasa Inggeris nih saya jangkakan bakal memeriahkan lagi dunia pendidikan di Sarawak pada masa akan datang. Teruskan usahamu Cikgu Ho!


Seminar PLC 2014 Peringkat Sarawak


Penerima Anugerah Creative PLC Showcase pula dimenangi oleh Cikgu Aelyn dari PPD Lawas, dengan inovasi yang bertajuk "Batang Aiskrim". Inovasi pdp bagi subjek Bahasa Melayu yang menggunakan batang aiskrim berwarna bagi tujuan membina ayat. Ini pun guru muda. Maka kita harapkan mereka dapat menyumbang lebih banyak lagi peranan dalam dunia pendidikan di  Malaysia, khususnya di Sarawak.


Secara kesimpulannya, dapatlah saya katakan bahawa Seminar PLC yang sebegini lah yang saya nak hadir dan terlibat. Sebab banyak ilmu dan perkongsian yang kita dapat daripada rakan guru lain. Rasa sangat bermanfaat masa 2 hari yang saya luangkan untuk mengikuti Seminar PLC ini.

Pengalaman bergaul dengan mereka-mereka yang sudah lama menaungi bidang pendidikan merupakan satu pengalaman baru dan menarik buat saya. Aura positif dari segi cara mereka bekerja dan juga cara mereka berfikir, amatlah saya kagumi.

Kesempatan ini juga saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Penyelaras Seminar PLC 2014 Peringkat Sarawak, iaitu Encik Lau Shin Chai yang telah memberi peluang kepada saya untuk menjadi sebahagian daripada program besar ini. Tanpa usaha beliau yang bersungguh-sungguh, tak mungkin untuk saya berada bersama-sama di seminar ini.


Seminar PLC 2014 Peringkat Sarawak


Tak terkata berapa banyak pengalaman yang saya dapat kutip sepanjang 2 hari berseminar di UCTS ini. Semakin berseminar, makin banyak pulak idea datang, makin banyak pula motivasi yang timbul untuk sama-sama bekerja memberikan pendidikan yang terbaik buat anak-anak kita.


Akhir kalam, terima kasih buat semua! InshaAllah ada masa, kita jumpa lagi.. ;)



Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Salam cikgu Hailmi. Tahniah dan terima kasih atas perkongsian tersebut. Sangat bermakna bagi kita sebagai pendidikan. Sama-sama menjulang pendidikan Sarawak. FLY SARAWAK FLY. FLY HIGH!

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ Cikgu Lau Shin Chai yang banyak membimbing saya!

      Padam
  2. Hai.Cikgu Hailmi.Saya seorang cikgu yg amat berminat dgn PLC.Boleh cikgu kongsi ilmu dan pengalaman PLC?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai cikgu.. apa maksud cikgu berkongsi ilmu dan pengalaman dalam PLC?. dari sudut mana yang cikgu nak tahu?.. boleh hubungi saya di miecaprio@yahoo.com

      terima kasih kerana berminat dengan PLC yang saya jalankan.. ;)

      Padam
  3. emel : usmchong@yahoo.com

    BalasPadam
  4. Assalammualaikum cikgu. Sy juga seorang cikgu dalam proses membuat plc teacher shearing. Sy menemui jalan buntu untu pelaporan. Boleh x cikgu sharekan cara cikgu menyediakan laporan. Email sy bonda2adam@gmail.com

    BalasPadam