About Me

3 Kemahiran Yang Perlu Dikuasai Pelajar Abad ke 21

Corak pembelajaran bagi bilik darjah untuk abad ke 21, ternyata dah berubah seiring dengan peredaran zaman. Dengan teknologi moden yang semakin berkembang, ternyata kemahiran yang diperlukan pelajar abad ke 21 ini juga jauh berbeza berbanding pelajar abad ke 20 suatu ketika dahulu. Jom kita tengok 3 kemahiran penting yang diperlukan oleh pelajar untuk abad ke 21 ini.



3 Kemahiran Pelajar Abad ke 21
Kemahiran penting yang perlu dikuasai pelajar abad ke 21


1. Kemahiran Maklumat dan Komunikasi
Sesuai dengan perkembangan teknologi, maka pelajar haruslah mempunyai literasi terhadap maklumat dan media. Celik ICT orang kata. Dengan kemajuan teknologi dan sistem komunikasi yang bertambah canggih dengan adanya internet dan jalur lebar, maka ini juga mendorong kepada pengukuhan kemahiran berkomunikasi yang lebih berkesan. Komunikasi yang berkesan juga boleh membantu pelajar abad ke 21 dalam memperolehi ilmu dengan lebih meluas dan dunia tanpa sempadan.


2. Kemahiran Berfikir dan Menyelesaikan Masalah
Pelajar abad ke 21 juga perlu mempunyai jenis pemikiran yang kritikal dan bersistem. Jenis pemikiran yang sebegini mampu memberi kelebihan kepada pelajar, terutamanya apabila berkaitan dengan penyelesaian masalah. 

Kemahiran berfikir secara kreatif juga mampu membawa pelajar abad ke 21 ke arah perkembangan yang positif. Dengan semangat meneroka yang tinggi, maka diharapkan mereka akan dapat menghasilkan sesuatu baru yang lebih mendatangkan manfaat kepada semua.


3. Kemahiran Interpersonal dan Arah Kendiri
Kemahiran penting yang perlu dikuasai pelajar adalah kemahiran interpersonal dan kolaborasi. Mempunyai semangat juang dan ketrampilan diri yang unggul, serta mampu untuk berkolaborasi dengan rakan sekelas yang lain. Perkembangan kemahiran ini juga perlu bersifat terarah kendiri, dengan setiap pelajar belajar mengikut aras masing-masing.



Pelajar abad ke 21 yang berkemahiran interpersonal dan terarah kendiri
Pelajar abad ke 21 yang berkemahiran interpersonal dan terarah kendiri

Pelajar mempunyai akauntabiliti yang tinggi, boleh diharapkan dan dapat beradaptasi dengan persekitaran dan rakan sekelas lain. Selain daripada itu, pelajar juga mempunyai tanggungjawab sosial yang perlu dilaksanakan atas rasa tanggungjawab dan penuh prihatin. 



Catat Ulasan

21 Ulasan

  1. nombo 1 memang budak2 sekarang dah terlebih ilmu, nombo 2 pon dah banyak budak yang mahir... nombo 3 tu yang kurang dan lagi 1, budak2 sekarang kurang... kurang menghormati orang yang lebih tua, cikgu2 pon tengok dia kurang hormat, berbeza budak2 zaman saya kecik2 dulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hak3.. setuju bebenor dengan pendapat Alongxp nih... nombor 3 tu perlu dipolish betul2.. ;)

      Padam
  2. Bkn pelajar je yg perlukan ketiga2 kemahiran itu.masyarakat pelbagai peringkat pun kena mahir. Walaupun guru adalah agen transformasi, pelajar belajar scr x langsung dr persekitaran mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye setuju.. masyarakat punya skill kena diupgradekan selaras dengan kesemuanya.. baru menjadi perubahan yang nak dilakukan..

      Padam
  3. bukan pelajar jer, guru pn perlu mahir ketiga-tiga kemahiran ni ;)

    BalasPadam
  4. akhlak perlu diutamakan... yang ketiga2 di atas akan menyusul dengan sendiri?

    BalasPadam
  5. Guru dan murid adalah anggota masyarakat..jika 3 kemahiran itu sgt baik,maka baik jgk lah golongan masyarakat..sbb guru dan murid majoriti dlm masyarakat..hehee

    BalasPadam
  6. communication in english pon penting kpd pelajar sekarang.

    BalasPadam
  7. DH CUBA HOT SEAT, ROUND TABLE TAPI RASE MCM MBAZIR MASA

    BalasPadam
  8. Melihat kepada trend budak2 zaman sekarang, kriteria no 3 sangat perlu ditenkankan. Banyak komplen terhadap budak2 sekarang yang "lembik". Survival skill sangat2 perlu untuk zaman sekarang.

    BalasPadam
  9. bukan pelajar jer, guru pn perlu mahir ketiga-tiga kemahiran ni ;)

    BalasPadam
  10. troubleshooting epson printer issues can be a lot of irritating and baffling when you don't have a clue what causes and where to begin to fix the issue. Numerous things might confound you in the event that you're not sufficiently mindful of the issue and how you can deal with fix it.

    BalasPadam
  11. The choices you make will impact your alien race and the alien race will remember these choices for generations. stumble guys

    BalasPadam
  12. Very best as well as Cheapest Jabodetabek Non-public Coaching, the workers in addition to teachers appear to your dwelling, fixed your personal review routine and will pick any area connected with analysis ... visit https://kursus-akuntansi.netlify.app/kursus-akuntansi-tanah-abang.html for further

    BalasPadam
  13. You could possibly will see a cheaper fee than the table above, ensure that again with regards to the qualifications on the teacher / Kindergarten teacher recommended to you ... for detail https://ipa-exed.blogspot.com/2022/05/les-privat-ipa-di-online-terdekat-murah.html

    BalasPadam
  14. Ignite your desire for languages and join our immersive language program at Executive-Education.id. That has a focus on practical communication skills, authentic materials, and real-world scenarios, you'll build fluency and confidence in your chosen language. Take on a whole lot of linguistic excellence and start a journey of personal and professional growth. Visit https://kursus-arab.github.io/kursus-bahasa-arab-online.html for more.

    BalasPadam
  15. Effective communication goes beyond traditional reading and writing skills. Students subway surfers should be adept at conveying ideas using various mediums, including digital platforms.

    BalasPadam
  16. As subway surfers know the value of collecting coins, students should understand the worth of accumulating diverse communication skills.

    BalasPadam