Antara maklumat yang sukar dicari semasa buat survey untuk ke Pontianak, adalah prosedur membawa kereta ke sana. Maka, saya kongsikan di sini, prosedur secara ringkasnya untuk anda yang berminat nak ke Pontianak, Indonesia dengan menggunakan kereta sendiri. Semoga bermanfaat!
Dokumen Yang Perlu Disediakan
1. Fotostat green card (geran kereta) dengan cop basah
2. Surat kebenaran (jika gunakan kereta orang lain)
Prosedur Pergi
1) Urus kenderaan keluar dari Malaysia (Kastam Malaysia)
Borang yang perlu dilengkap isi untuk membawa kereta Malaysia keluar ke Indonesia |
2) Urus pergerakan orang keluar dari Malaysia (Imigresen Malaysia)
3) Beli insuran Indonesia (Jasa Raharja Insurance)
* insuran Malaysia tak cover sampai ke Indonesia. So kena beli yang Indonesia punya insuran. Seminggu pun dah ok, kalau untuk perjalanan yang sekadar beberapa hari.
4) Lapor untuk keluar dari Malaysia (Polis Malaysia)
5) Urus kenderaan masuk ke Indonesia (Kastam Indonesia)
6) Urus pergerakan orang masuk ke Indonesia (Imigresen Indonesia)
Borang yang perlu dilengkap isi untuk masuk ke Indonesia |
7) Lapor untuk masuk ke Indonesia (Polis Indonesia)
8) Tampal insuran dan kebenaran masuk Indonesia
Sticker ini perlu ditampal sepanjang anda berada di Indonesia |
9) Teruskan perjalanan anda ke destinasi menarik yang ada di Pontianak.
Secara kasarnya, anggaran waktu untuk menyelesaikan urusan di sini mengambil masa lebih kurang 2 jam. Ada bayaran dikenakan untuk membayar insuran Indonesia dan juga sewaktu berurusan dengan pihak imigresen mereka. Lebih kurang RM80. Lebih awal anda uruskan di sini, lebih siang anda dapat sampai ke Pontianak.
Jika anda tak pasti dengan semua urusan, ada beberapa orang Indonesia yang 'sedia' membantu anda menguruskan semuanya dengan mengenakan bayaran. Mereka juga menyediakan servis tukaran mata wang. Tapi nasihat saya, lebih baik tukar awal-awal di bandar Serian / Kuching supaya anda ada lebih banyak pilihan untuk dapatkan pertukaran wang yang lebih tinggi.
Prosedur Balik
1) Urus pergerakan orang keluar dari Indonesia (Imigresen Indonesia)
2) Urus kenderaan keluar dari Indonesia (Kastam Indonesia)
3) Serahkan kembali sticker (Kastam Indonesia)
4) Lapor keluar dari Indonesia (Polis Indonesia)
Pintu masuk sempadan Indonesia - Malaysia di Entikong |
5) Lapor sudah kembali ke Malaysia (Polis Malaysia)
6) Urus pergerakan orang kembali ke Malaysia (Imigresen Malaysia)
Kompleks Imigresen Malaysia di Tebedu, Sarawak |
7) Urus kenderaan kembali ke Malaysia (Kastam Malaysia)
8) Selamat kembali ke Malaysia!
Secara kasarnya, anggaran waktu untuk menyelesaikan urusan di sini semasa kembali ke Malaysia adalah lebih cepat, iaitu kira-kira 30 minit sahaja. Beberapa orang Indonesia juga berada di sempadan Indonesia dengan menawarkan servis tukaran mata wang. Tapi nasihat saya, hati-hati dan lebih baik tukar di bandar Serian / Kuching supaya anda ada lebih banyak pilihan untuk dapatkan pertukaran wang yang lebih tinggi.
27 Ulasan
AssalammualIkum cikgu. Saya akan ke pontianak raya cina ni 19.2.2015. Sy ingin kepastiAn, apakah yg dimaksudkan dgn salinan green card dgn COP BASAH. Cop apa yg diperlukan.
BalasPadamWaalaikumsalam rizal.. yang itu maksudnya, salinan green card tu dicop dulu.. bukan yang fotostat daripada salinan green card yang dah dicop..
Padamsiapa yang cop itu bro
PadamAssalamualaikum, cikgu sye nak tnya, kalau mcam sya dari selangor nak ke dumai atau batam lalu port klang bawak kerete sendiri boleh ke x ye? Persyaratan same ke x ? Trimakasih sblumnya, wassalamualaikum.
BalasPadamSalam Cikgu. Berapa lama masa utk sampai ke Pontianak drp Tebedu?
BalasPadamassalamualaikum cikgu saya nak bawa kete pegi balap kat medan sama je ke prosedurnya..
BalasPadamSalam.. itu saya tak pasti pulak. Cuma kalau tak salah saya, prosedur yang digunapakai adalah seperti yang ditetapkan prosedur antarabangsa.. jadi, mungkin ya lah kot
PadamSalam cikgu hailmi saya mau tanyak cara cara ketika mau membawa kreta malaysia ke indonesia
Padamsalam,saya nak tnya bagai mana cara mahu membeli kereta dari indonesia,anda tau ?
BalasPadamsalam cikgu .naktanye ni . bawak blk kereta pergi kt medan indonesia
BalasPadam.bpe lak tambang nye.
Salam cikgu,saya alim nak tanya.. cop basah salinan tu dicop oleh siapa..JPJ atau Kastam atau Bank jika masih lagi ada hutang. Jika tiada hutang dan sudah ada geran tu, perlukah diadakan salinan dan cop basah oleh siapa. Harap dapat membantu sekian terima kasih.
BalasPadamassalm cikgu bagaimana nk bwak motosikal ke pontianak
BalasPadamassalm cikgu bagaimana nk bwak motosikal ke pontianak
BalasPadamassalamualaikum cikgu,saya ada kereta kesayangan,hasil keringat kering,bila nak balik nanti nak bawa terus kuhadiahkan pada anak,mohon penerangan,saya duduk selangor,laluan mana yg ada feri menyebrang?.mohon pertolongan cik gu
BalasPadamSaya ada kereta nak bawak balek indonesia mcm mne cara nya
BalasPadamAssalamualaikum cikgu saya mau tanyak saya orang indonesia lebih merantau di Sarawak alhamdulillah saya adah belih kreta helux di Sarawak apakah boleh saya bawak masok ke indonesia kampung halaman saya
BalasPadammacam mana nak bli insyuren ni ke indonasia dgn motosikal
BalasPadamSalam Cikgu. Adakah prosedurnya sama untuk untuk pergi ke Pontianak dengan menggunakan motosikal. Samada motosikal berkuasa kecil bawah 250 cc ataupun berkuasa tingg lebih 500 cc
BalasPadamSatu lagi ada keperluan tak untuk menggunakan carnet de passage?
BalasPadamAssalam cikgu. Klau nak hntar terus kereta dr malaysia ke indonesia. Dri selangor ke surabaya. Pengangkutan nye mcm mana?
BalasPadamKalau tingal selamanya kreta di Indonesia bole ke cikgu
BalasPadamcikgu.. saya pun nak tahu, kalau kreta tinggal trus d indonesia boleh ke?
PadamApa yg dimaksudkan dengan cop basah.
BalasPadamThankyoufor your useful information, I'm waiting for covid-19 to end I'll be travaling there for sure with preparation from you imformation that given.
BalasPadamfrom: หวยใต้ดิน
Salam cikgu...boleh ka sekiranya kereta kita d bawa menyebrang ke pulau jawa dan sekitarnya tidak hanya d kalimantan barat
BalasPadam一dapat saya udah cuba keta malaysia masuk semarang jawa
BalasPadamkalau sy mmg nk menetap dekat indonesia then bawak kereta sy kesana, mcm mna yer?
BalasPadam