Idea pdp : Ubatan Tradisional vs Ubatan Moden |
Disebabkan ini juga adalah untuk pertama kali saya adakan dengan pelajar-pelajar ini, maka ada beberapa perkara yang saya pertimbangkan dan perlu beri perhatian.
1. Berkemungkinan mengambil lebih banyak masa untuk persiapan dan pembentangan.
2. Sesi pembentangan tentu akan berlangsung dengan hambar disebabkan mereka masih malu-malu, gementar dan kekok.
3. Bahan-bahan hias dan juga alatulis tambahan perlu dibekalkan jika mahu melihat hasil yang lebih menarik dan cantik
Kebetulan kelas pertama saya adalah dengan pelajar 5C. Kelas paling belakang dalam tingkatan, dan juga kesemua pelajarnya adalah pelajar lelaki. Kebanyakkan mereka terdiri daripada pelajar kategori lemah (dan nakal). Kawalan kelas perlu ditambah dengan lebih baik. Maka percubaan pertama saya ini adalah bagi mengukur sejauh mana kebolehan mereka untuk melakukan kerja dalam berkumpulan.
Bilangan pelajar adalah seramai 18 orang. Maka saya bahagikan kepada 4 kumpulan, iaitu 2 kumpulan akan membuat pembentangan mengenai "Ubatan Tradisional", dan 2 lagi kumpulan untuk "Ubatan Moden". Sengaja saya wujudkan persaingan di situ untuk membolehkan mereka lebih bersungguh-sungguh ketika membuat persediaan.
Kemudiaan sesi pembentangan dijalankan sebaik sahaja masa yang diberikan tamat. Saya menganggarkan lebih kurang 5 minit untuk sesi pembentangan bagi setiap kumpulan. Memang saya akui, setiap kumpulan kurang dapat membentangkan dengan baik. Selain itu, bahan yang dinyatakan dalam kertas mahjong juga hanyalah info yang diperolehi daripada buku teks semata-mata.
Tetapi, ada juga baiknya. Mereka berusaha untuk membaca dan mendapatkan info daripada buku teks. Menunjukkan sikap bersungguh-sungguh untuk buat lebih baik berbanding rakan mereka kerana ada persaingan.
Gambar-gambar pembentangan tersebut saya kongsikan di facebook CiKGUHAiLMi dan juga group Cikgu Sains Kreatif. Alhamdulillah maklumbalas yang saya terima daripada rakan guru lain adalah sangat membantu.
Ada yang mencadangkan saya membawa artikel berkaitan dengan ubat-ubatan sebagai bahan bantu, atau membawa ubat-ubatan sendiri, atau membawa pelajar ke perpustakaan bagi mencari bahan bacaan berkaitan ubat-ubatan.
Maka untuk kelas saya yang seterusnya, dengan pelajar 5B saya telah menukar sikit kaedah pengajaran. Kali ini saya bawa mereka ke perpustakaan dahulu bagi mendapatkan beberapa buah bahan bacaan yang berkaitan. Kemudian mengikuti langkah lain seperti yang digunakan bagi kelas 5C.
Ternyata hasilnya adalah lebih baik.
Sesi pembentangan kali ini disertakan dengan info luar dari buku teks, dan lebih pelbagai. Ada yang saya sendiri pun tidak mengetahuinya, terutama jika berkaitan dengan ubatan tradisional dan juga herba. Maka dari satu sudut, saya melihat penambahbaikan kaedah ini adalah lebih baik untuk pdp saya.
Jika ada rakan guru yang mempunyai idea lain yang boleh membantu, jom kita kongsikan di sini. Mudah-mudahan lebih ramai guru Sains yang mendapat manfaat kepada perkongsian kita ini. Selamat mencuba!
6 Ulasan
seronok tengok anak murid berbincang siapkan kerja.
BalasPadamyer... nampak ler yang mereka berusaha untuk belajar jugak walaupun tak berapa nak reti
PadamPerbincangan kumpulan menggalakkan pelajar bekerjasama..saya kadang kala menggunakan kaedah ini..
BalasPadamExecutive-Education.id is an academic institution that provides tutoring services where tutors arrive at the house, to ensure that students can study ... go to https://privatmurah.vercel.app/les-privat-bogor-murah.html for more details
BalasPadamIdeal and also Most inexpensive Jabodetabek Private Instruction, our own staff as well as instructors occur home, arranged your personal analyze timetable which enables it to pick out every arena with review ... go to https://privat-inggris.netlify.app/kursus-bahasa-inggris-bsd-city.html for more information
BalasPadamYou may will discover a cheaper fee as opposed to table above, ensure again regarding the qualifications from the teacher / Kindergarten teacher recommended back ... click for more detail https://lesprivat-exed.blogspot.com/
BalasPadam