Sebenarnya, sebaik sahaja saya mula mengetahui perkhabaran pertukaran saya, saya dah mula menghubungi ramai bekas pelajar dan juga pelajar yang masih saya ajar pada tahun 2014. Hajat saya hanya satu sahaja, iaitu nak bertemu dengan mereka. Mungkin juga ada sesetengah adalah untuk bertemu buat kali terakhir!
Seorang demi seorang saya aturkan perjanjian. Dan sebaik sahaja kaki saya menjejak ke bumi Sibu, maka saya mulakan satu demi satu pertemuan akhir tersebut. Sedih! Tuhan saja yang tahu betapa sedihnya nak menyatakan kepada mereka bahawa saya kini sudah tidak berkhidmat di bumi Sarawak lagi.
Mana tak sedih, bila ada sebahagiannya yang saya dah anggap seperti keluarga sendiri. Ada ketikanya, mahu saja menitis air mata ini, tapi saya tabahkan juga hati bagi memberi sedikit kekuatan untuk mereka. Bahawa mereka juga mampu 'survive' tanpa saya!
Bagi mengabadikan kenangan terindah tersebut, maka saya rakamkan melalui lensa kamera telefon murah saya nih. Sebanyak mungkin. Semoga dengan adanya gambar-gambar tersebut, dapat juga saya mengimbau kembali kenangan bersama mereka, suatu ketika nanti. Saya sertakan di bawah ini juga, sedikit kisah mengenai kenangan antara saya dan mereka.
Harapan saya tak lain dan tak bukan, mendoakan yang terbaik buat mereka. Semoga mereka juga menjadi insan yang berjaya seperti orang lain. Semoga mereka baik-baik saja di sana. Dan.. semoga juga saya ada kesempatan dan peluang untuk bertemu mereka, sekali lagi, suatu hari nanti!
Kenangan terakhir di bumiSibu, Sarawak |

Selfie bersama pelajar dari Rh Dingon, Sekuau |
Jackson Tinggi dan Maxkiyon di Sekuau |
Steven Mulok, Jaysam Minggai, Claudya Dujong, Steven Wong, Reynold Ansi dan Harry Badul. Mereka nih saya ajar sejak dari Tingkatan 1 (Sains) hinggalah mereka Tingkatan 5 (Kimia) |
Christopher Klin dan Harry Boi. Kedua-dua nya pemain sofbol saya. |
Franklaen aka Alin |
Justine Jilom di Kampung Melinau, Selangau. Walaupun tak ajar, tapi Jilom nih antara pelajar yang baik dengan saya. |
Bersama keluarga Nicholas Ampong dan Marylin Yin di Pasar Selangau. |
Sumiyati, Marilyn Yin dan Nicholas Ampong. Saya ajar mereka Sains dari Tingkatan 1 - 3. Masih berhubung sekalipun mereka lepas tu berpindah ke MRSM Mukah. |
Keluarga Nicholas Ampong, antara keluarga yang baik dengan saya sepanjang di Sibu |
Keluarga Steward Selan di Rh Senabong, Selangau Antara keluarga yang saya paling rapat di Sibu |
Stanley Surang. Pelajarnya sedikit nakal, sekalipun bapa adalah Tuai Rumah Tapi masih tahu hormat cikgu. Saya antara cikgu yang rapat dengan dia. Semoga jadi lebih baik nanti yer.. |
Encik Kinaphine, Rh Tatom, Tabau Stapang Satu lagi keluarga yang saya rapat di Sibu |
Ellecy, Rh Gisang. Pelajar yang cukup suka panggil saya Cikgu Zizan. Hanya kerana hidung.. haishhh.. |
Jicky Richard dan Jarau Richard. Dulu ajar si abang (Jarau), kemudian ajar si adik plak (Jicky) |
Fazzley aka Pok, generasi kedua saya ajar selepas kakaknya, Peggy Alista Dayang |
Keluarga Adika Ikom dan Norannatasha. |
Marvine Rayong, pitcher sofbol saya |
Keluarga Ohkie Belun Ini juga antara keluarga yang betul mengenali saya. Kakak kepada Ohkie, Theresa juga anak didik saya |
Halifean. Pelajar harapan untuk meneruskan misi drama di sekolah. Tapi menunjukkan kurang minat sket. Semoga dia gembira dengan apa minat dan kesukaan nya |
Adik kepada Steward Selan. Tak ingat plak nama dia..;) |
Bersama bapa kepada Steward Selan, Desmond Lorens dan Ruma |
Tading Renang. Ini pun antara pelajar yang selalu hubungi saya |
Jicky. Pemain sofbol saya yang berjaya melayakkan diri mewakili Sarawak |
Steward Selan, dari Rh Senabong, Selangau antara pelajar yang baik dengan saya. |
Jeannidy Ajang. Pelajar kelas belakang, tapi sangat hormat dengan cikgu. |
Keluarga Cikgu Stanley dan Cikgu Margaret Antara family yang saya baik di Sibu. Saya ajar Roderick dan Sophea. Roderick juga termasuk team yang Johan LRK2014. Moga terus mengharumkan nama Sarawak yer.. |
Ini di Rh David, jalan Sekolah Sang Ming. Robert Jimbun dan Joseph. Kedua-dua nya saya ajar, dua-dua saya baik. |
Gebbson dan Warren Jambi. Malam nih diorang datang ambik saya bawak pegi tengok wayang. "The Seventh Son" |
Buat short trip ke Kem PLKN Bukit Saban sebab nak jumpa 2 pelajar nih. Ohkie Belun dan Jasmine Samai. Banyak kenangan dengan diorang. Jadik Johan LRK2013 dan juga masa pegi KL CONVERGE! |
Simon Peter, antara batch pelajar pertama yang baik dengan saya. |
Maxson Avit dan Mackolas Galang. Dua beradik nih saya baik sebab dua-dua nya pernah berlakon untuk saya. Cuma rezeki tak dek nak pegi jauh. |
Ini kenangan dengan Charry Fressly bersama adik dia semasa saya berkunjung ke rumah mereka dalam ladang Dijih. |
Norshila dan adik beradiknya. Walaupun dah pindah ke SAKURA (Sains Kuching) tetapi masih berhubung dengan saya sehingga kini. All da best untuk SPM nanti yer! |
Pelajar-pelajar asrama yang selalu menolong saya |
Pelajar asrama yang selalu datang tegur-tegur saya |
Ryness Janggu, Billy pelajar tingkatan 3 2014 |
Herman Untam dan Christina Adang Kedua-dua nya memang sangat baik dengan saya. Setiap kali balik dari cuti universiti, pasti diorang akan datang ke sekolah untuk bertemu dengan saya. |
Jackson Insa, Alexander Iba, Helmi dan Maxwell Igat. Pelajar kelas belakang, tapi yang ini lah yang selalu dok ingat kat cikgu dia nih.. |
Joedexpher dan Jane Vanessa. Selalu gak menolong saya untuk benda-benda drama nih. |
Harapan saya tak lain dan tak bukan, mendoakan yang terbaik buat mereka. Semoga mereka juga menjadi insan yang berjaya seperti orang lain. Semoga mereka baik-baik saja di sana. Dan.. semoga juga saya ada kesempatan dan peluang untuk bertemu mereka, sekali lagi, suatu hari nanti!
5 Ulasan
You have a heart for Sarawak & left behind very valuable memories in the hearts of your students. You will be missed.
BalasPadamAll the best to you in your future endeavours!!
TQ Jarod! ;)
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamcikgu hailmi...rindunya kenangan tingkatan 5 2009..beka ne class 5b,..
BalasPadambeka kt kl da...keje nurse..x sia-sia belajar kimia..hehehe
yer.. saya pun rindukan pelajar pelajar SMK Luar Bandar SIbu, Sarawak. Ada masa nanti saya akan berkunjung ke sibu.
Padam