Masa mula-mula menjadi guru, selalu juga saya terfikir apa peluang yang saya ada untuk kenaikan pangkat selain daripada terpaksa beratur menanti giliran menjadi barisan petadbir, atau pun redho menanti hari untuk timebased. Kalau dilihat kepada kerjaya pegawai kerajaan yang lain, lambat juga sebenarnya tempoh untuk nak naik gred jika dibandingkan dengan pegawai lain, terutamanya ..................................... (Fill in the blank).
Jika ditanya kepada barisan pentadbir pun, pasti ada sesetengah nya kurang arif mengenai laluan-laluan ini. Maka saya ambil inisiatif sket untuk mencari maklumat dari sumber yang boleh dipercayai. Semoga selepas perkongsian ini, lebih ramai yang mempunyai arah tuju dan fokus yang lebih jelas dalam bidang perguruan selepas ini.
Perlu difahami bahawa ada 3 konsep laluan kerjaya sebagai guru ini, iaitu laluan HAKIKI, laluan KECEMERLANGAN dan laluan TIME-BASED. Laluan HAKIKI sebenarnya telah bermula sejak merdeka pada tahun 1957. Laluan KECEMERLANGAN pula hanya bermula pada tahun 1994. Dan laluan TIME-BASED adalah konsep laluan yang terbaru sekali diwujudkan, iaitu pada tahun 1998. Kemudian laluan TIME-BASED ditambahbaik kepada Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) pada tahun 2009 dengan tempoh kenaikan yang lebih singkat.
Terkejut juga rupanya kita ada hampir 20 laluan untuk naik pangkat dalam dunia perguruan nih! Banyak. Tapi setakat yang saya tahu sebelum ini, hanya Timebased, Guru Cemerlang, Pentadbir, Guru Tingkatan 6 sahaja. Jom kita tengok apa lagi laluan yang boleh kita teroka dalam bidang perguruan ini.
Laluan Kenaikan bagi PPPS
1. Hakiki
Pentadbiran
Bagi mereka yang berminat dengan tugas sebagai Pengetua, Guru Penolong Kanan atau pun Ketua Bidang / Guru Kanan boleh mencuba laluan ini. Gred Hakiki bagi Penolong Kanan adalah 48, manakala Ketua Bidang / Guru Kanan adalah 44.
Bidang Umum / Teknikal / Pendidikan Islam
(Masih kurang jelas. Jika ada yang arif, dipersilakan sama-sama berkongsi)
IPGM / IAB
Perjawatan bagi pensyarah di Institut Perguruan Malaysia ataupun yang berkhidmat di Institut Aminudin Baki. Sekurang-kurangnya memiliki Master jika berminat untuk memohon.
Kolej Matrikulasi
Tempoh berkhidmat dalam 41 lebih kurang 5 - 6 tahun, dan akan diberi kenaikan kepada 44(Hakiki) atas perjawatan sebagai Pensyarah Kolej Matrikulasi. Walaubagaimanapun peluang untuk bergerak ke gred seterusnya adalah agak terhad dan terbatas serta dalam sesetengah kes perlu bergerak ke Kolej Matrikulasi yang ada kekosongan.
Tingkatan 6
Guru yang mengajar Tingkatan 6 juga boleh dilantik ke jawatan HAKIKI sebagai Guru Akademik Tingkatan 6 atau sebagai Penolong Kanan Tingkatan 6.
2. Cemerlang
Laluan alternatif untuk guru yang tak minat pentadbiran dan juga mahukan laluan lebih ekspres.
Pengetua Cemerlang
Pegawai Cemerlang
Pensyarah Cemerlang
Guru Cemerlang (SM)
Guru Cemerlang (SR)
3. Time-Based
Ini laluan paling selamat dan paling selesa dan paling banyak para guru menunggu. Sebab bila cukup tempoh, semua pun akan dapat. Jika dahulu masa menunggu timebased adalah sehingga 10 tahun, tetapi kini, dengan TBBK (Time Based Berasaskan Kecemerlangan) tempoh timebased menjadi lebih singkat dengan formula 8 - 8 - 6 - 4 . Tapi jangan tak tahu. Ada sesetengah kes di mana ada pegawai yang tidak berjaya dalam urusan TBBK ini.
Time Based Biasa
Time Based Bekas PPLD
4. Khas
Guru Besar Bekas PPLD
Laluan Kenaikan bagi PPPLD
1. Hakiki
2. GBC
3. Pengelola Cemerlang (JPN/ PPD)
4. GC
5. Pegawai Cemerlang
6. Time Based
Selain daripada yang dinyatakan di atas, beberapa jawatan lain juga dikatakan merupakan satu lagi laluan kenaikan pangkat, iaitu SISC+ dan juga SIP+. DIkatakan 2 jawatan ini akan mendapat kenaikan lebih ekspress berbanding Guru Cemerlang, iaitu terus naik kepada tangga gred yang seterusnya. Namun setelah hampir 2 tahun perlaksanaan, masih belum mendengar apa-apa pengesahan mengenai desas desus tersebut. Mungkin masih diuruskan penjawatannya.
Apa-apa pun, semoga perkongsian ini membuka sedikit ruang minda dan peluang kepada semua rakan guru untuk mempunyai hala tuju dan fokus yang lebih jelas dalam dunia pendidikan. Baru lah seronok nak bekerja. Saya ucapkan selamat berjaya!
p/s: Sumber rujukan utama penghasilan entri ini adalah merujuk kepada Ringkasan Laluan Kerjaya PPPS dan PPPLD (2009). Mungkin terdapat sedikit perubahan dan perbezaan pada laluan semasa. Bagi sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan mereka yang bertanggungjawab bagi maklumat yang lebih terkini.
- HOME
- SAINS KSSM
- _SAINS T1
- _SAINS T2
- _SAINS T3
- _SAINS T4
- _SAINS T5
- IDEA SAINS KREATIF
- PEMBELAJARAN ABAD KE-21
- STEM
- _PANDUAN
- GURU CEMERLANG
- __1: BORANG
- __2: FILING
- __3: PDPC
- __4: NAZIR
- _REFLEKSI
- __REFLEKSI 2013
- __REFLEKSI 2014
- __REFLEKSI 2015
- __REFLEKSI 2016
- __REFLEKSI 2017
- __REFLEKSI 2018
- __REFLEKSI 2019
- GURU GLOBAL
- _80 HARI DI KOREA
- _STELR STEM BANDUNG
- _GURU NASA @USA
- _KI HAJAR DEWANTARA
- _CERN @GENEVA
- CIKGU HAILMI
55 Ulasan
kalau cn laluan selamat kot..time-based, ni tahun ke 6, xlama dah tu..hehe
BalasPadamhehehhe.. laluan favorite tu.. xpe.. sekejap dah tu
Padamramai tunggu time based sebab senang
BalasPadamhaah.. lebih kurang ler.. tapi TBBK skang nih pun tak semudah dulu. banyak juga benda kena buat tu
PadamKalo ada master gred dg41 lepasan kpli..ada kenaikan pangkat atau tangga gaji ke...
BalasPadamtak ada apa kenaikan pangkat atau tangga gaji.. semuanya bermula sama.
PadamSds beza bang pda gaji...dlm pekeliling baru 2014
PadamAdakah benar pengambilan guru pelatih ke ipgm semakin berkurangan... jadi tawaran jawatan pensayarah juga berkurangan?
BalasPadamTidak benar....pengambilan guru pelatih berjalan spt, biasa. Pengambilan pensyarah baru ke IPGK juga masih berjalan macam biasa,
Padammacam mana nk mohon ke ipg ye?
PadamLaluan tingkatan boleh ke terus ke gred lebih tinggi dari dg52.
BalasPadamAssalam....bg guru yg ade master ade kelebihan tak dl
BalasPadamm kenaikan....maksudnya dari segi tempoh dari dg 44 ke dg 48....tetap sama ke 8 thn...
Salam. buat waktu sekarang, tiada apa2 kelebihan utk guru yg ada master dan juga guru yang tak dak master. tempoh timebased juga sama. 8 tahun.
PadamSaya gc sek.rendah lantikan 2010..dg44..saya ingin memohon jaw.pk..adakah benar saya perlu melepaskan gc..dan apakah prosedur yg betul..apakah benar..jawatan pk sek rendah xde dg48?..
BalasPadamKalau tak salah saya dah betul dah tu. Cg perlu letak jawatan GC dulu untuk menjawat jawatan PK. Untuk gred tu saya tak pasti plak.
PadamSaya ingin kepastian berkaitan laluan TBBK bagi Guru Penolong Kanan ex-ppld dari DG42 ke Dg44. Adakah benar tempoh masa bagi TBBK GPK ini hanya 6 tahun sahaja berbanding guru penolong iaitu 8 tahun?
BalasPadamAssalamualaikum
BalasPadamSy nk bertanya utk memohon gc ni kita mestilah berada dlm gred 41 atau gred 44?
Terima kasih
Macam mana nak tahu sama ada sesebuah daerah mempunyai kekosongan sebagai guru penolong kanan atau tidak?
BalasPadamJika seseorang itu menerima lantikan DG44(KUP)GC lebih awal dr timebasednya (8 tahun), adakah gaji pokok juga ikut berubah ke 44 mengikut kenaikan GC tersebut?
BalasPadamSalam cikgu hailmi. sy nak tanya tentang Guru DG 41/44 lepasan KPLI dari Maktab untuk menjawat jawatan hakikin guru penolong kanan di sekolah rendah.. saya mohon pencerahan cikgu2 untuk explain mengenai perjawatan guru penolong kanan di sekolah rendah atau sek kebangsaan??. sekian, tq
BalasPadamCikgu, mcm mn cara untuk mengajar murid tingkatan 6 ya? Sy lulusan ijazah sarjana muda dengan kepujian kaunseling.. Blm ad pengalaman mengajar..
BalasPadamTqvm
BalasPadamBgaimana cara nk mohon guru ting.6.sy DG 44
BalasPadamHi, I'm here to share some of the info I know. I've just completed my HLP study leave and is currently waiting for relocation.
BalasPadam1. IPGM currently freezes all intakes until latest 2020. They are undergoing transformation and change.
2. SISC+ and SIP+ have their first "urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat" spelt in black and white in May 2016. You can download the circulars here:
a. Pemakluman: http://tinyurl.com/joyfllz
b. Urusan/Syarat/Borang: http://tinyurl.com/jfb3oon
P.S: In Sarawak, there are 72 vacancies for SISC+. Current application requires GC ONLY.
BalasPadamif ex-gc boleh? meaning i gc dg 44, then guna laluan time-based to go to dg 48.
Padamboleh memohon mengajar tingkatan 6? sekarang mengajar ting 4 dan 5.
BalasPadamboleh
PadamWassalam cg hailmi. Nk tny pdapat... Saya posting tahun 2014, skarang saya sdg ambil masters thesis partime dlm pendidikan... ada lagi 4 semester... cuma nak tanya macamana selepas saya habis masters nanti kalau nak memohon ke mana-mana tempat lain, maksudnya jadi pensyarah ipg atau sewaktu dgnnya..?
BalasPadamSelamat Sejahtera.. nak Tanya sikit, jika sorg bekas PPLD hakiki 32 pentadbir Dan kup dg42. Setelah 4 tahun ia dilantik menjadi GB ke hakiki 34 kup 42. Soalan say pada tahun yg kelima 42 telah layak menggunaka n laluan khas GB atau penolakan 3 thn PPLD atau 3 than PPLD boleh digunakan pd 44 ke 48. Atau pilih laluan tersebut..
BalasPadamcg boleh tanya pada source yg lebih arif iaitu NUTP, bhgn sumber manusia kementerian pelajaran ataupun paling dekat kerani sekolah.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamApakah syarat untuk menjadi guru lantikan tingktan 6
BalasPadampohon saja ... kalau ada kekosongan akan adalah surat lantikan. so far yang saya tahu la. good luck
PadamBole tahu prosedur mohon guru tingkatan 6
BalasPadamSalam, saya bekas PPLD, lantikan DG41 ke DG44 saya guna laluan timebased 8 tahun. 2 tahun bonus (3 tahun PPLD dikira sebagai bonua 1 tahun) belum diguna lagi. Kenaikan pangkat saya dikira time based (KUP) ke?
BalasPadamTiada dah kenaikan 41 ke 44 dalam masa 5-6 tahun untuk KM. saya ni time based jugak 8 tahun. sedih. haha. mohon betulkan info.
BalasPadamNak tanya ada beza ke cikgu sekolah rendah or menengah dari segi gaji dan starting gred.sebab setahu saya kalau sudah ada degree tidak kisah rendah atau menengah die start dengan dg41 kan.boleh bagi pencerahan tak para guru.terima kasih.
BalasPadamtiada beza, thank u.
PadamBagaimana pula kenaikan pangkat bagi PPPS yang ditempatkan/dipinjamkan ke kementrian lain sebagai KADER KPM?
BalasPadamSaya kader di JKM. Kenaikan pangkat sama seperti PPP di sekolah harian biasa cuma urusannya adalah secara manual. Datang sendiri ke unit naik pangkat JPN dan maklumkan bekerja sebagai kader
PadamTerima kasih kepada Cg Hailmi kerana bersusah payah meuatkan maklumat tentang peluang meningkatkan kerjaya kita sebagai guru yang selalu dilupai jika kita sendiri tidak proaktif dan peka kepada siaran dan pekeliling baru. Thank you once again and to all teachers, have a productive and successful year ahead in educating our young generation to be great leaders...
BalasPadamsaya sedang dalam timebase dg44, tapi ingin memohon guru gc dg44 (walaupun tiada kenaikan pangkat dan gaji, tapi ingin mengambil pengalaman sebagai guru cemerlang).. adakah saya layak mohon gc dg44??
BalasPadamSalam Nak Tanya if Kita dln proses nak baik dg 44 tapi pindah sekolah Ada kesab Tak kenaikan gred Kita?
BalasPadamNi nak tanya. Kenaikan timebase 8,8,6,4 tu, kira start bertugas atau start masa disahkan jawatan?
BalasPadamSalam tuan.saya ditawarkan untuk mrngajar ting 6 bermula tahun depan.saya berada di gred 44 slps time based 8 tahun.soalan saya sekiranya saya menerima tawaran menjadi guru ting 6,tangga gaji saya masih kekal di gred 44 ,kan? Dan saya masih lagi perlu melengkapkan time based 8 tahun untuk ke dg 48 .mohon pencerahan.
BalasPadamSaya dilantik sebagai pk dan gred sekarang dg48 UTK naik ke gred 52 laluan hakiki berapa tahun saya kena tunggu
BalasPadamSekarang cikgu lebih untung. Takde skim lain gred PnP yang timebased hanya cikgu dan doktor. berapa banyak laluan kerjaya berbanding skim perjawatan lain. jawatan yang cikgu halimi tulis fill in the blank pun dah tepu di semua level. nak buat macam mana naik pangkat pun secara hakiki je dan turnover senior2 nak berhenti kerja pun sangat rendah sebab gaji Kerajaan bole kata setanding dengan level Medium industry tambah pulak tak berani kerja lain atau berhenti nak meniaga dalam keadaan sekarang. semoga dengan luas laluan kerjaya meningkatkan kemenjadian murid dan dunia pendidikan negara.
BalasPadamsalam sejahtera, bagaimana dengan guru yang telah genap timebase 10 thn masa di DG41 dahulu. Ada tak maklumat terkini yang boleh dikongsi berkaitan dengan kegunaan timebase 10 thn ini. Cthnya utk memohon gred dg yang seterusnya. T.ksh.
BalasPadamSalam Cg Hilmi... Jawatan Penolong kanan di sekolah rendah masih lagi hakiki DG32 sedangkan sekolah menengah DG 48... Hampir semua guru disekolah rendah sudah ada ijazah sekarang. Guru biasa DG48 pun
BalasPadamdah ramai
Bagaimana pula guru yang menerima perjawatan di Jemaah Nazir, bagaimana pula pergerakan gaji pegawai tersebut?
BalasPadamVery best plus Cheapest Jabodetabek Private Instruction, your team in addition to instructors occur to your house, set your individual analysis plan and may decide on just about any subject with examine ... click https://kursus-akuntansi.netlify.app/kursus-akuntansi-jakarta-timur.html for further
BalasPadamJabodetabek private tutoring services with teachers visiting the house. More than numerous active tutors are prepared to teach various skills and lessons for children to adults ... click https://privat-matematika.vercel.app/les-privat-matematika-pulo-gadung.html for further
BalasPadamPerhaps you will find a cheaper fee compared to table above, ensure that again regarding the qualifications with the teacher / Kindergarten teacher recommended for your requirements ... for more information https://lesprivat-exed.blogspot.com/2022/02/les-privat-mampang-1-terbaik-executive.html
BalasPadamJoin our esteemed foreign language course at Executive-Education.id and attempt a linguistic adventure of an lifetime. Immerse yourself inside the richness of your respective target language, guided by expert instructors who see the nuances and intricacies of effective language acquisition. Whether you're a beginner or a professional learner, our tailored curriculum will empower that you navigate diverse cultures with finesse and flair. Tap https://kursus-korea.github.io/kursus-bahasa-korea-tambora.html for latest information.
BalasPadam