Minggu Pertama
Teringat lagi saya hari pertama melangkah kaki mendaftar di SMK Jerlun. Segala-galanya baru. Orang-orang sekeliling. Pelajar. Rakan guru. Sekolah pun baru buka pada tahun 2014. Segala macam perasaan bercampur. Ada rasa excited, sebab nak merasa pengalaman baru di sekolah baru. Nak mula bekerja dengan anak-anak baru dan rakan-rakan baru. Dan juga nak menyambung legasi, visi dan misi saya di sekolah baru.
SMK Jerlun, Kedah |
Dalam pada itu, pasti ada juga rasa takut. Takut dengan penerimaan mereka terhadap saya. Takut dengan apa yang bakal saya lalui, sama ada seperti yang saya harapkan, atau jauh menyimpang dari angan-angan saya. Namun, sentiasa ingatkan diri, supaya sentiasa positif, fikir yang baik-baik, inshaAllah yang datang pun baik-baik juga.
Sekalipun hari pertama nih nampak saya tersengih sepanjang hari di sekolah, namun jauh di sudut hati, perasaan sedih hanya Tuhan yang tahu. Sedih terkenangkan saat-saat indah bersama pelajar dan rakan guru di Sarawak. Seminggu juga saya 'meroyan' sorang-sorang menahan kerinduan terhadap mereka.
Ada juga ketikanya, mahu saja saya isi semula borang tukar ke sana semula. Namun bila kembali berfikiran waras, saya tetapkan hati, ini lah yang saya cari selama ini. Alangkah tak bersyukurnya saya, jika apa yang saya selalu usahakan, dengan bersungguh-sungguh, bila dah ditunaikan, senang-senang pula kita tolak balik. Langsung tak bersyukur. Maka saya redho dengan pilihan saya kini.
Gambar pertama di SMK Jerlun, Kedah |
Saya pujuk hati dengan niat asal saya mahu kembali ke kampung halaman, demi menjaga dua ibubapa di rumah. Impian saya Tuhan makbulkan. Sekolah baru ini hanya 20 minit dari rumah saya. Malah kini saya setiap hari dapat melihat kedua ibubapa saya, kerana saya berulang alik ke sekolah. Berapa ramai yang inginkan peluang yang begini, sedangkan saya bila diberi kesempatan, tidak mahu pula bersyukur...
Maka langkah awal saya mengatasi kerinduan terhadap mereka di Sarawak adalah dengan memutuskan dulu hubungan buat sementara waktu. Seminggu pertama, langsung saya tak menelefon, menghantar sms, atau apa-apa lagi bentuk perhubungan. Bukan niat nak melupakan, tapi mahu mengurangkan rasa rindu supaya tak terbawa-bawa pula. Kesian anak-anak SMK Jerlun yang perlukan kerjasama dari saya jika saya masih belum pulih cepat-cepat.
Langkah kedua yang saya buat, adalah banyakkan berkunjung ke kantin. Bunyi macam lucu, tetapi itulah hakikatnya. Kantin bagi saya adalah tempat utama berkumpulnya guru-guru dan staf sekolah. Tempat bersosial. Tempat untuk melupakan seketika kesibukan tugas sebagai guru. Maka saya ambil peluang di kantin ini untuk berkenalan dan mula bersosial dengan rakan guru-guru di sini.
Ternyata strategi saya menjadi. Dari sana saya mula mengenali lebih ramai rakan guru yang lain. Ternyata mereka langsung tak lokek untuk nak berkongsi ilmu dan pengalaman mereka sebagai guru senior. Dan untung juga berada di sekolah dengan hanya ada 37 orang guru. Maka lebih cepat untuk saya mengenali setiap daripada mereka.
Penceramah LADAP untuk tajuk 'PLC' |
Minggu pertama ini juga saya diberi peluang untuk menjadi penceramah bagi Latihan Dalam Perkhidmatan untuk tajuk "PLC". Tak sangka kan? Tidak lah saya pandai sangat mengenai ilmu PLC ini. Tetapi sekadar meneruskan perkongsian saya. Saya beranikan diri juga sebab sebelum ini juga saya pernah melibatkan diri dengan PLC. Maka saya anggap ini adalah usaha pengukuhan ilmu yang saya sedia ada.
Minggu Kedua
Minggu kedua rasanya jauh lebih baik. Saya cuba kembali mengatur langkah saya di SMK Jerlun ini. Kembali menyusun perancangan apa yang boleh saya sumbangkan kepada sekolah. Sekolah baru. Tentulah banyak perkara lagi yang perlu dibuat. Mujur lah adanya blog ini, yang memberi nilaitambah kepada saya untuk bertapak di sekolah ini.
Sebaik saja pihak pentadbir mengetahui bahawa saya adalah seorang jurulatih sofbol, maka pihak sekolah telah memutuskan untuk menukarkan Kelab Bola Keranjang kepada Kelab Sofbol. Pucuk yang dicita, ulam mendatang. Tentulah saya sangat gembira, kerana masih dapat meneruskan minat saya di sekolah baru ini. InshaAllah saya akan buat yang terbaik untuk pasukan sofbol SMK Jerlun.
Kelab Sofbol SMK Jerlun |
Kecenderungan saya kepada bidang penghasilan video juga sesuai dengan kelab baru saya, iaitu Kelab ICT. InshaAllah saya akan gerakkan kumpulan pelajar video saya melalui kelab ini. Kebetulan pula pertandingan mencipta video, Liga Remaja Kreatif 2015 juga sudah bermula. Maka saya akan gunakan peluang ini untuk mempertaruhkan hasil pelajar yang lebih baik. InshaAllah!
Disebabkan saya juga belum mempunyai sebarang pelapis bagi pasukan sofbol dan juga pasukan video, maka usaha menggerakkan kumpulan ini telah dimulakan seawal minggu kedua. Awal kan? Sebab banyak lagi yang perlu dipolish! Tapi pengalaman banyak membantu saya kali ini. Sesi awal adalah lebih bertujuan kepada memperkenalkan pelajar-pelajar di sini untuk berminat dengan sofbol dan juga video.
Kumpulan pelajar yang terlibat semasa bengkel pembikinan video |
Sambutannya dah tentulah biasa-biasa saja. Ramai yang belum kenal sofbol. Ramai yang belum tahu pembikinan video. Tapi saya teruskan lagi untuk beberapa kali. Sebab saya percaya promosi dari mulut ke mulut itu adalah promosi yang terbaik. Ternyata selepas 3 4 kali latihan dan bengkel yang saya adakan, bilangan penyertaan pelajar adalah lebih ramai berbanding sebelumnya. Misi mencari pelajar dah berjaya!
Walaupun baru beberapa hari di sini, alhamdulillah saya juga sudah diberi peluang untuk keluar bagi urusan taklimat/bengkel/kursus. Berbeza sungguh dengan pengalaman sebelum ini. Kali pertama adalah bagi Taklimat Petrosains Science Show Competition 2015 di PPD Kota Setar dan kali kedua adalah untuk Mesyuarat Panitia Sains Kubang Pasu bagi tahun 2015 bertempat di SMK Megat Dewa.
Ketua Panitia dan Guru Cemerlang Sains PPD Kubang Pasu bagi tahun 2015 |
Peluang bertemu dengan semua Ketua Panitia Sains dan juga Guru Cemerlang seluruh PPD Kubang Pasu adalah sesuatu yang mengujakan saya. Dengan senarai aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang tahun ini, inshaAllah perkara-perkara seperti ini akan dapat meningkatkan lagi keprofesionalismean saya sebagai seorang guru Sains. Saya akan kongsikan nanti di blog jika ada sebarang perkembangan terbaru. Semoga lebih ramai mendapat manfaat.
Minggu Ketiga
Minggu ketiga saya dah tentulah kembali sibuk seperti biasa. Selain daripada sibuk dengan melatih pelajar untuk sofbol dan video, sempat juga saya teruskan lagi usaha-usaha perkongsian p&p Sains di blog dan di facebook Cikgu Sains Kreatif. Naik semangat lagi apabila, semakin ramai rakan guru Sains yang terus berkongsi idea p&p mereka di dalam kelas. Terima kasih semua!
Antara perkongsian idea p&p Sains yang berlangsung di facebook 'Cikgu Sains Kreatif' |
Pelajar dan guru di sekolah baru ini juga semakin ramai saya kenal. Dah mula ada connection. Senang masa nak berurusan nanti. Samaada semasa berkerja, atau pun semasa di dalam kelas. Komitmen guru dan pelajar di sini juga menyebabkan saya turut bersemangat untuk berkerja dengan lebih kuat. Mungkin juga sebab sekolah baru. Maka ramailah pihak yang rasa bertanggungjawab untuk sama-sama menaikkan nama sekolah.
Kesimpulannya saya rasakan saya dah buat yang terbaik untuk mula bekerja di sini. Iaitu 'hati' mesti kena ada dulu. InshaAllah yang lain tu akan datang kemudian. Terima kasih juga untuk rakan-rakan guru baru dan lama yang banyak memberi kata-kata semangat untuk saya sepanjang melalui fasa perubahan ini. InshaAllah saya akan buat yang terbaik, seperti mana yang telah saya lakukan sebelum ini.
Untuk pelajar-pelajar dan rakan guru di SMK Luar Bandar Sibu, Sarawak; terima kasih untuk kenangan, terima kasih untuk pengajaran, terima kasih untuk pengalaman dan terima kasih untuk segala-galannya. Tidak akan sesekali saya melupakan jasa baik kalian! Akan saya kenang sampai bila-bila.. Saya pasti, akan ada kesempatan untuk kita bertemu lagi..
10 Ulasan
Teruskan usaha CH...jgn lupa kami di Sarawak
BalasPadaminshaAllah.. terima kasih Cik Puan Pensyarah yer.. ;)
PadamBagus....sangat bagus..
BalasPadamBuang laut jadi pulau...buang darat jadi gunung....
hebat demo..
bila dah sibuk ngan tuasan..maka akan hilanglah segala kerinduan itu...bukan hilang selamanya...tetap terpahat kukuh..tapi itulah kehidupan insan yg bergelar guru
jangan lupa....umur dah semakin bertambah....kena ada orang kuat dibelakang kamu..
ingatlah....
kejayaan seorang lelaki ......seorang wanita tetap teguh dibelakannya
hi,,,hi,,,,jangan mare....
hahahahahha.. terima kasih cikgu..
PadamInshaAllah.. slow2.. akan diusahakan tu.. ;)
sofbol takleh tinggal....ore Neg 9 kata main kat dia pulok..bukan pahang
BalasPadamalhamdulilah :) akhirnya dapat juga cikgu berpindah sekolah. anyway thanks untuk update and soalan target masa SPM 2013, sangat membantu. anyway,good luck kat sekolah baru moga boleh fit in dekat sana. #thumbsup
BalasPadamterima kasih.. ;)
Padam2013? wow.. tak sangkanya...
Assalamualaikum Cikgu,
BalasPadamAdik saya Sekolah Menengah Kebangsaan Jerlun, SPM tahun ni, hope cikgu dapat membantu adik saya...
Waalaikumsalam.. oh ye ke?. inshaAllah.. saya akan cuba yang terbaik untuk semua..
Padampehh..hang pi kedah plak ehh..
BalasPadamhoho
tahniah beb.