Jom kita tengok dengan lebih lanjut bagaimana eksperimen ini dijalankan.
Tujuan :
Mengkaji kesan kehadiran yis dalam pembuatan roti
Radas / Bahan :
Prosedur:
1. Campurkan 50g tepung gandum, 10g gula, 10ml air suam dan juga 1 sudu yis.
2. Gaulkan campuran tadi sehingga menjadi doh yang sebati.
3. Masukkan ke dalam bikar 250ml dan ambil ketinggian doh yang dihasilkan.
4. Tutup dengan tuala lembab dan mulakan jam randik untuk 30 minit.
5. Ulang langkah 1 - 4 untuk doh yang kedua, tetapi kali ini tanpa menambahkan yis.
6. Setelah 30 minit, dapatkan ketinggian doh bagi kedua-dua bikar.
Pemerhatian:
Doh yang mengandungi yis bertambah ketinggian, manakala doh yang tidak mengandungi yis tidak berubah. Ini menunjukkan Yis diperlukan dalam pembuatan roti.
Doh yang mengandungi yis lebih tinggi berbanding doh yang tidak mempunyai yis, selepas 30 minit |
Tambahan:
1. Kadang-kadang air perlu ditambah bagi menghasilkan doh yang lebih baik. Pastikan air yang ditambah tidak berlebihan. Kalau tak, pasti hasilnya seperti nak buat cekodok pisang.
2. Pastikan murid mencuci terlebih dahulu besen selepas doh yang pertama bagi menghilangkan kesan yis pada bekas. Kalau tak dicuci, berkemungkinan doh kedua yang sepatutnya tanpa yis juga akan menunjukkan hasil yang sama.
3. Ada sesetengah guru yang lebih kreatif, doh tadi boleh terus dihasilkan dalam bentuk donut dan kemudiannya dimasak dalam kelas / bengkel ERT.
Hebat kan? Pelajar pun mesti teruja!! :)
Idea perkongsian Cikgu Shazlinda, SMK Bakun, Belaga, Sarawak
Satu usaha yang baik juga. Walaubagaimanapun, pastikan aspek kebersihan diutamakan sepanjang eksperimen dilaksanakan.
Selamat bereksperimen!
1 Ulasan
Dalam exsperimen lain, adunan tepung yang sama ,3 sudu yis, tetapi saiz doh tidak berubah. Mengapa?
BalasPadam