Oleh sebab nak merangkumkan 3 objektif dalam satu aktiviti, maka saya sediakan 10 keping gambar individu dari latar belakang yang berbeza. Jantina, umur, aktiviti dan perkara-perkara lain yang berkaitan.
Setiap satu kumpulan akan dibekalkan dengan Jadual Pengambilan Kalori Harian Mengikut Aktiviti yang dimuatturun dari https://www.getfit.tn.gov/fitnesstracker/calorie_levels.pdf. Jadual ini sesuai untuk digunakan dalam aktiviti ini memandangkan ada menyediakan umur, jantina dan juga jenis aktiviti.
Maka pelajar akan menganggar dan menentukan umur serta tahap aktiviti yang dijalankan oleh individu yang dipilih oleh mereka. Di sini, pelajar harus mempertimbangkan semua faktor-faktor lain yang mungkin boleh mempengaruhi pengambilan kalori bagi individu tersebut.
Selepas merujuk kepada Jadual Pengambilan Kalori Harian Mengikut Aktiviti, dan menentukan nilai kalori yang sesuai bagi individu yang dipilih, maka pelajar perlu merancang diet yang sesuai untuk satu hari, bermula daripada sarapan pagi, sehinggalah makan malam.
Pelajar boleh menggunakan senarai makanan yang boleh diperolehi daripada Jadual Kalori Makanan Malaysia. Artikel asal adalah dalam Bahasa Inggeris. Tetapi dengan menggunakan browser Chrome, saya translate terus kepada Bahasa Melayu bagi memudahkan pelajar saya. Tapi nasihat saya, sila buat semakan semula senarai selepas translate. Kadang-kadang ada yang tak sesuai dan tak difahami.
1. Jadual Kalori Makanan Malaysia
1. What Factors Affect Your Calorie Needs?
2. Calculating Your Recommend Daily Calorie Intake
Pada awalnya pelajar mengalami sedikit masalah untuk merancang makanan. Walaubagaimanapun, masalah ini diatasi dengan membantu pelajar menyenaraikan terlebih dahulu apa yang kebiasaannya mereka makan pada setiap hari.
Kemudian buat ubahsuai sedikit bergantung kepada keperluan kalori individu yang dipilih. Pelajar juga perlu menyediakan pemakanan yang seimbang, bukan sekadar makan sahaja.
Bagi memberi kelainan, persembahan perlu dinyatakan dalam bentuk lukisan. Dan berwarna. Pelajar juga mesti nyatakan nilai kalori bagi setiap makanan yang dipilih. Ini kerana semasa pembentangan nanti, pelajar lain perlu mengira kalori yang dicadangkan oleh kumpulan yang membentangkan.
Pemerhatian saya, penglibatan pelajar agak memuaskan terutamanya bila part menentukan makanan mana yang perlu dipilih. Masing-masing bertungkus lumus mengira bagi memastikan pengambilan kalori adalah bertepatan. Meriah apabila masing-masing cuba memberikan pendapat dan mempertahankan alasan masing-masing dengan makanan pilihan.
Sesi akhir diteruskan dengan pembentangan, dimulakan dengan anggaran faktor terhadap individu yang dipilih, nilai kalori seharian, makanan pilihan dan kalori. Rakan-rakan dari kumpulan lain yang mendengar, perlu melakukan pengiraan bagi membuktikan pilihan makanan adalah betul dengan nilai kalori yang dicadangkan.
Bagi yang nak tengok sedikit proses p&p yang berlangsung, boleh tonton lebih lanjut video di bawah. Jemput juga komen jika ada penambahbaikan yang boleh dilakukan.
Untuk aktiviti ini, masa yang saya gunakan adalah 2 waktu untuk persediaan bahan, dan 1 waktu untuk sesi pembentangan. Jika pelajar yang lebih baik, boleh gunakan 1 waktu untuk persediaan dan 1 waktu untuk pembentangan.
Semoga bermanfaat dan selamat berkongsi!
0 Ulasan