About Me

Tema Hari Guru 2015

Tema Hari Guru pada tahun 2015 ini adalah "Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak" telah mula diwar-warkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti sejak bulan Februari yang lalu. Tema Hari Guru tahun ini yang lebih menumpukan kepada aspek pembentukan akhlak dan sahsiah murid berteraskan ilmu dilihat bertepatan dengan kehendak dan keperluan semasa masyarakat sekarang.


Tema Hari Guru 2015
Tema Hari Guru 2015 : Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak

Berikut adalah huraian kepada Tema Hari Guru 2015.

1. Guru berperanan mengupayakan diri dengan ilmu dan pengalaman agar dapat membangunkan potensi insan melalui penyerapan elemen-elemen kerohanian dan kurikulum, menyediakan kepelbagaian bahan rangsangan bagi mengoptimumkan potensi murid serta menyediakan pelan pembangunan individu yang menyeluruh dan bersepadu bagi menghasilkan modal insan bertaraf dunia. Warga pendidik perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan serta membentuk insan peribadi mulia berpersonaliti unggul di dalam membina negara bangsa yang berkualiti.


2. Peranan guru juga tidak terbatas hanya kepada menyampaikan kandungan silibus dalam bilik darjah, malah guru perlu kreatif dan inovatif dalam pembangunan ilmu (knowledge development) dalam kalangan anak didik seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan masa depan melalui amalan pengajaran guru yang berpusatkan pelajar serta penggunaan bahan sumber secara berkesan.


3. Peranan guru adalah menghasilkan modal insan holistik yang berilmu dan berakhlak ke arah kesempurnaan kemenjadian murid. Seperti yang digarapkan dalam PPPM 2013 - 2025, sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk melahirkan murid berdasarkan enam aspirasi murid, iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika serta kerohanian dan identiti nasional. Justeru guru merupakan agen ke arah merealisasikan hasrat tersebut.



Sumber : http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/files/Hari%20Guru%202015.pdf

EXTRA : Koleksi Tema Hari Guru 2015 - 1972 




Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. selamat hari guru diseluruh malaysia

    BalasPadam
  2. terim kasih guru guru di seluruh Malaysia.harini ialah hari guru 16 mei

    BalasPadam
  3. saya buat pantun sajak dan puisi untuk cikgu saya yang seramai 12 orang guru
    SELAMAT HARI GURU,cikgu!

    BalasPadam
  4. Terima kasih guruku, yang mengajar dan mendidik ku hingga ke peringkat tertinggi...
    jasa dan pengorbananmu tidak dapat ku lupakan...sekali lagi, terima kasih guru kerana sanggup berkorban harta, tenaga dan masa mu kepada ku!

    BalasPadam
  5. Dikau pencentus semarak rentak,mengajar kami tidak membentak.Sungguh onar tidak keruan,terus menyandang kerana seruan.Asimilasi tingkah dan tuturmu menjadi acuan,buat diri kami mengenal permulaan,dari bicara,megira dan penulisan.Asal diasuh ibu dan bapa hingga guru penyambung wibawa,mendidik kami mengenal dunia hingga Jannah damai bersama.
    Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik,bertepatan dengan tema,Guru:Membina Ilmu Menyempurnaka Akhlak.Asas permulaannya,dididik dengan jiwa selembut sutera,dari segelap cahaya kepada rahmat sedunia.Itulah sentuhan Baginda Muhammad S.A.W kepada kita.
    اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih untuk ucapan yang sangat indah nih..

      Padam
  6. Selamat Hari Guru 2015 Semoga Tetap Menjunjung Tinggi Integritas (Khusus Guru Honorer) Semoga Tabah Walau Honor Selalu Terlambat

    BalasPadam
  7. Ideal in addition to Least expensive Jabodetabek Private Instruction, the team and also tutors arrive to your home, set your own personal examine plan and can choose every arena associated with review ... click https://kursus-ekonomi.netlify.app/les-privat-ekonomi-tangerang.html for more details

    BalasPadam
  8. Jabodetabek private tutoring services with teachers coming to the house. Greater than many active tutors decide to teach various skills and lessons for the children to adults ... click https://privatmurah.vercel.app/les-privat-tanah-abang-murah.html for further

    BalasPadam
  9. We offer private lessons for PAUD, TK, SD, SMP, SMA, and Alumni. With an integrated and accelerated method, it can be hoped that this can foster a generation of those with good morals... click for more detail https://matematika-exed.blogspot.com/2022/03/les-privat-matematika-terdekat-di_0109444892.html

    BalasPadam
  10. Open the entranceway to quantity of opportunities with our comprehensive language course at Executive-Education.id. Our expertly designed curriculum is targeted on practical skills and cultural understanding, equipping you with the various tools was required to navigate international business, travel, and social interactions effortlessly. From mastering grammar intricacies to refining pronunciation, our program ensures you'll score well in your best language. Go to https://kursus-turki.github.io/kursus-bahasa-turki-gambir.html for registration.

    BalasPadam