Contoh Kata Tugas Soalan Peperiksaan |
Jom saya kongsikan contoh kata tugas soalan peperiksaan, yang telah dibahagikan mengikut Bloom Taxonomy, serta respons yang diharapakan dalam jawapan pelajar. Semoga membantu!
BLOOM
TAXONOMY
|
KATA
TUGAS
|
RESPONS
YANG DIHARAPKAN
|
Pengetahuan
|
Apakah
|
Memberikan maklumat yang khusus atau spesifik
|
Bilakah
|
Menyatakan masa / waktu / urutan prosedur
|
|
Catatkan
|
Merakamkan atau merekodkan sesuatu maklumat
|
|
Definisikan
|
Memberi keterangan yang singkat tetapi jelas tentang
makna suatu perkataan khusus / istilah / terminology
|
|
Di manakah
|
Menyatakan kedudukan / tempat
|
|
Isikan
|
Memenuhkan maklumat yang spesifik di ruang
|
|
Kenal pasti
|
Memberi petunjuk atau makluman terhadap sesuatu perkara
/ benda / pernyataan yang dikenali atau dicam dengan jelas
|
|
Labelkan
|
Menandakan dan / atau memberikan panggilan yang
spesifik terhadap suatu rujukan pada rajah / graf / carta / ilustrasi
|
|
Lengkapkan
|
Mengisikan maklumat / nilai yang spesifik pada ruang
kosong pada jadual / rajah / ayat yang diberikan
|
|
Namakan
|
Memberi panggilan yang spesifik terhadap suatu benda /
istilah / terminology / proses
|
|
Nyatakan
|
Memberi jawapan yang spesifik tanpa memerlukan
penerangan lanjut / huraian / sokongan
|
|
Padankan
|
Membuat penyesuaian yang setara berdasarkan rajah /
symbol / maklumat tentang pernyataan berhubung spesifikasi / fungsi /
aplikasi atau sebaliknya
|
|
Siapakah
|
Mengenal pasti individu dalam konteks
|
|
Takrifkan
|
Memberi keterangan yang singkat tetapi jelas tentang
makna suatu perkataan khusus / istilah / terminology
|
|
Tandakan
|
Meletakkan symbol yang dikehendaki
|
|
Tulis
|
Mencatat huruf / angka / symbol yang khusus
|
|
Kefahaman
|
Bagaimanakah
|
Memperihalkan / memberi penerangan tentang cara /
keadaan / langkah / kejadian
|
Bilakah
|
Menyatakan masa / waktu / urutan prosedur
|
|
Bincangkan
|
Memberi penerangan / pandangan daripada pelbagai aspek
|
|
Buatkan
|
Mengemukakan pernyataan yang boleh diuji
|
|
Catatkan
|
Merakamkan atau merekodkan sesuatu maklumat
|
|
Di manakah
|
Menyatakan tempat / kedudukan
|
|
Fokuskan
|
Memberi penerangan / pernyataan dengan menumpukan
kepada sesuatu aspek tertentu
|
|
Isikan
|
Memenuhkan maklumat yang spesifik di ruang
|
|
Jelaskan
|
Memberi penerangan tentang sesuatu dengan sokongan
supaya mudah difahami
|
|
Kemukakan
|
Memberi pendapat sama ada menyokong atau membangkang
|
|
Lorekkan
|
Melukis dengan garisan / corengan / coretan pada
kawasan / rantau / ruangan tertentu
|
|
Manakah
|
Menyatakan pilihan
|
|
Mengapakah
|
Memberi sebab
|
|
Nyatakan
|
Memberi jawapan yang spesifik tanpa memerlukan
penerangan lanjut / huraian / sokongan
|
|
Padankan
|
Membuat penyesuaian yang setara berdasarkan rajah / symbol / maklumat
tentang pernyataan berhubung spesifikasi / fungsi / aplikasi atau sebaliknya
|
|
Pasangkan
|
Mencantumkan bahagian sesuatu mengikut susunan
prosesdur yang betul
|
|
Susun
|
Membuat sesuatu urutan dengan menggunakan kaedah /
prinsip / keperluan / keutamaan
|
|
Tafsirkan
|
Mengulas sesuatu berdasarkan maklumat yang diberi
|
|
Terangkan
|
Menyatakan fakta dengan sokongan atau menjelaskan
sesuatu dengan sebab
|
|
Terjemahkan
|
Menukarkan sesuatu bentuk komunikasi kepada suatu
bentuk komunikasi lain
|
|
Tunjukkan
|
Menyatakan sesuatu dengan bukti
|
|
Aplikasi
|
Anggarkan
|
Memberikan nilai kuantitatif yang dianggap sesuai
dengan konteks berdasarkan pertimbangan/
|
Bezakan
|
Menyatakan kelainan / ketidaksamaan antara dua atau
lebih perkara
|
|
Bincangkan
|
Memberi penerangan / pandangan daripada pelbagai aspek
|
|
Bundarkan
|
Membuat penghampiran bagi suatu nilai kepada kejituan
tertentu
|
|
Cari
|
Memberikan suatu nilai / kedudukan / perkara secara
mengenai pasti dengan menggunakan kaedah tertentu atau menghitung secara
ringkas
|
|
Gariskasarkan
|
Memberi ciri penting secara umum untuk sesuatu proses /
tindakan
|
|
Ilustrasikan
|
Menjelaskan dengan contoh / gambarajah / rajah
|
|
Laraskan
|
Menyesuaikan dengan sesuatu supaya sama dengan penunjuk
/ tolok
|
|
Organisasikan
|
Membuat sesuatu berdasarkan apa yang telah dirancang
untuk dilaksanakan
|
|
Peringkatkan
|
Membuat pemeringkatan beberapa perkara megikut aras /
tahap tertentu
|
|
Pilih
|
Menentukan maklumat yang terbaik
|
|
Ringkaskan
|
Menyatakan sesuatu ungkapan / pernyataan / petikan
secara pendek / padat dan mengekalkan kandungan utama yang asal
|
|
Selesaikan
|
Memberi beberapa fakta / ciri / konsep / prinsip /
teori secara spesifik / berbentuk poin tanpa memberi hubungan / perkaitan /
penerangan lanjut bagi setiap satunya
|
|
Tentukan
|
Membuat sesuatu keputusan selepas mengambil kira
beberapa perkara sebagai asas pertimbangan
|
|
Tunjukkan
|
Menyatakan sesuatu dengan bukti
|
|
Ulas
|
Memberi pandangan / pendapat / komen / kritik
|
|
Ungkapkan
|
Menyatakan sesuatu secara muktamad dalam bentuk yang
dikehendaki
|
|
Analisis
|
Analisiskan
|
Membuat pernyataan terperinci tentang suatu aspek atau
perkara yang dikomunikasikan
|
Bandingkan
|
Menyatakan atau menjelaskan persamaan dan perbezaan
antara dua atau lebih perkara
|
|
Cadangkan
|
Memberi pandangan / idea / pendapat dengan
mempertimbangkan perkara positif atau negative
|
|
Formatkan
|
Menyediakan / menyusun maklumat mengikut sesuatu
prinsip / prosedur / peraturan tertentu
|
|
Galurkan
|
Menghuraikan peristiwa atau fakta secara kronologi
|
|
Gambarkisahkan
|
Memberi penerangan dengan menggunakan gambarajah
|
|
Huraikan
|
Memperihalkan / menceritakan sesuatu dengan panjang
lebar / terperinci
|
|
Jadualkan
|
Membuat susunan tentang perkara / maklumat / acara
mengikut ciri-ciri atau urutan tertentu yang telah ditetapkan
|
|
Klasifikasikan
|
Mengumpulkan / membahagi-bahagikan / melabelkan sesuatu
kepada sesuatu kumpulan . kategori berdasarkan kesamaan kualiti / criteria /
ciri / sifat
|
|
Lakar
|
Memberi persembahan berbentuk rajah / gambarajah / peta
secara kasar dan tidak memerlukan perincian
|
|
Laporkan
|
Memberitahu maklumat tentang sesuatu keadaan secara
lisah atau bertulis
|
|
Lukis
|
Memberi persembahan berbentuk grafik / rajah / gambar
rajah / graf bagi menggambarkan suatu benda atau perkara dengan menggunakan
alat dan mengikut ukuran atau skala tertentu
|
|
Plot
|
Menanda / melukis titik-titik graf
|
|
Ramalkan
|
Memberi sesuatu nilai yang dijangka munasabah
berdasarkan pola atau corak tertentu
|
|
Rekodkan
|
Mencatatkan dapatan kajian / eksperimen / data /
pemerhatian mengikut format
|
|
Tentusahkan
|
Menyatakan kebenaran / ketepatan sesuatu dengan
memberikan bukti
|
|
Ukur
|
Menggunakan alat pengukur untuk mendapatkan nilai
ukuran beserta unitnya
|
|
Sintesis
|
Binakan
|
Membuat sesuatu menggunakan kaedah / alat tertentu
|
Cerakinkan
|
Menghuraikan sesuatu kepada bahagian
|
|
Hitungkan
|
Memberi nilai kuantitatif dengan melaksanakan algoritma
(langkah-langkah tertentu) atau menggunakan rumus
|
|
Hubungkaitkan
|
Membuat sesuatu pertalian berdasarkan beberapa ciri /
faktor
|
|
Interpretasikan
|
Memberi maklumat atau makna lain bagi sesuatu
komunikasi
|
|
Rumuskan
|
Membuat sesuatu kesimpulan berdasarkan data / maklumat
/ petikan
|
|
Sarankan
|
Memberi pandangan / idea yang boleh diaplikasikan dalam
sesuatu situasi
|
|
Sediakan
|
Mengadakan / mewujudkan / menyiapkan / melengkapkan /
menyusun sesuatu mengikut format dan prinsip yang tertentu
|
|
Syorkan
|
Memberi pandangan / idea / pendapat yang boleh
diaplikasikan dalam sesuatu situasi dengan mempertimbangkan perkara positif
atau negatif
|
|
Ubahsuai
|
Membuat sesuatu perubahan dengan
|
|
Unjur
|
Membina garisan mengikut unjuran sudut yang ditetapkan
|
|
Penilaian
|
Bangunkan
|
Menghasilkan satu aturcara / program yang menggunakan
perisian / kaedah yang sesuai mengikut langkah-langkah tertentu
|
Ciptakan
|
Menghasilkan / mewujudkan / menerbitkan sesuatu dengan
daya fikiran atau imaginasi atau kreativiti
|
|
Deduksikan
|
Membuat kesimpulan berdasarkan sesuatu
|
|
Nilaikan
|
Membuat pertimbangan terhadap sesuatu perkara
|
|
Pamerkan
|
Menunjukkan persembahan terhadap penguasaan dalam
sesuatu perkara
|
|
Rekabentukkan
|
Membuat garis kasar / lakaran / plan tindakan /
prototaip / model
|
|
Terbitkan
|
Membina sesuatu dengan menunjukkan cara
|
|
Wajarkah
|
Membuat pertimbangan terhadap sesuatu perkara dengan
mengambil kira pelbagai aspek sama ada kebaikan, keburukan, kelebihan atau
kekurangan
|
Soalan-soalan berunsur KBAT biasanya bermula daripada Aras Analisis, Sintesis dan Penilaian dalam Bloom Taxonomy. Biasakan menyoal pelajar-pelajar dengan soalan yang bercorak sebegini, bagi menerapkan unsur KBAT dalam pembelajaran mereka! Semoga berjaya ..
INFO : Bagaimana Mengajar Pelajar Untuk Berfikir Secara KBAT?
INFO : Ciri-ciri Soalan Item KBAT
8 Ulasan
Banyaknya. Entah boleh masuk kepala ke budak-budak ni? Aku pun pening..
BalasPadamheheheh.. memang banyak.. takpe.. kita fokuskan kepada yang KBAT tu dulu.. sekurang2nya ada idea sket untuk bantu pelajar..
Padamrevised bloom punya ada tak cikgu?
BalasPadamterima kasih cikgu.. tapi saya rasa bahagian penilaian dan sintesis tertukar..
BalasPadamAssalamualaikum cikgu, apa pula contoh untuk taksonomi bloom mencipta? Saya kena siapkan assignment saya utk BMM1034. Terima kasih cikgu.
BalasPadamJabodetabek private tutoring products and services having course instructors arriving at the house. Greater than 1000 productive tutors are prepared to show several knowledge along with training of the to older people ... click https://privat-inggris.netlify.app/kursus-bahasa-inggris-jakarta-barat.html for further
BalasPadamPerhaps you will discover a cheaper fee compared to the table above, make certain again with regards to the qualifications on the teacher / Kindergarten teacher recommended back ... for detail https://matematika-exed.blogspot.com/2022/05/les-privat-matematika-terdekat-di-tanah.html
BalasPadamIgnite your passion for languages and join our immersive language you are studying program at Executive-Education.id. Which has a give attention to practical communication skills, authentic materials, and real-world scenarios, you'll build fluency and confidence in your preferred language. Stroll into a world of linguistic excellence and attempt a journey of non-public and professional growth. Go to https://kursus-turki.github.io/kursus-bahasa-turki-tangerang.html for latest information.
BalasPadam