About Me

Idea P&P Sains : Agar-agar Sel

Idea menarik Sains ini dikongsikan oleh Cikgu Friday Kamarul Zaman Jasri. Saya kira idea ini sangat baru dan fresh, sebab saya belum pernah lagi melihat idea yang sebegini. Idea nya mudah saja, iaitu menghasilkan model sel dengan menggunakan agar-agar dan bahan yang boleh dimakan. Hasil akhir, pelajar akan mampu mengingat semua struktur yang dihasilkan, di samping dapat makan sendiri agar-agar yang dihasilkan. Kreatif kan? Jom kita cuba! ;)











Sambungan Perkongsian daripada Cikgu Friday Kamarul Zaman Jasri mengenai resepi agar-agar sel ini.

"Prosedurnya tak rumit.

Cuma bahan-bahan ada yang perlu disediakan di rumah supaya masa P&P 2 waktu mencukupi.

Masa saya buat agar-agar sel ini dulu, saya gunakan :
* larutan agar-agar (letakkan sedikit sirap supaya warnanya tidak suram dan juga jangan lupa gula secukupnya.. nanti makan tak sedap) = sitoplasma
* biji sago warna hijau (tesco jual pelbagai warna) = kloroplas
* biji selasih (rendam dulu) = struktur halus sel dalam sitoplasma
* cincau dalam bentuk tube (potong secara rentas) = nukleus
* daun pandan = dinding sel

Pelajar yang buat sel tumbuhan akan buat sedikit lubang rongga sebagai vakuol

Macam mana kaedah p&p terpulang pada cikgu-cikgu. Saya dulu buat secara berpasangan. Seorang buat sel haiwan dan seorang lagi sel tumbuhan. Mulakan dengan pelajar-pelajar yang akan buat sel haiwan contohnya. 

Sambil pelajar masukkan bahan-bahan yang akan membentuk sel.. saya akan tanya fungsi (sebenar) setiap komponen.

Bekas dibeli dari kedai kek berhampiran.

Habis p&p pelajar dapat bawa balik sorang satu agar-agar sel.

p/s: Kalau cikgu dah larutkan agar-agar sebelum p&p, ia amat menjimatkan masa. Masa p&p hanya perlu cairkan semula berbanding tempoh yang agak lama untuk cairkan agar-agar yang belum larut. "





Terima kasih Cikgu Friday Kamarul Zaman Jasri untuk idea hebat ini! 





Catat Ulasan

2 Ulasan