Idea kreatif pdp Sains ini dikongsikan oleh Cikgu Zarinee Nick dalam Cikgu Sains Kreatif. AKtiviti adalah mengenai topik kitar haid dalam pembiakan perempuan. Caranya mudah sahaja, guru meminta pelajar mengulangkaji mengenai kitar haid dalam buku teks. Kemudian buku ditutup. Setiap pelajar dipanggil untuk melontarkan dart ke sasaran. Jika terkena pada mana-mana fasa, maka pelajar perlu sebutkan fasa dan jelaskan apa yang berlaku pada fasa tersebut.
Dart Kitar Haid
Teruskan sehingga semua pelajar mendapat cubaan masing-masing. Keadaan bertambah seronok apabila ada yang tersasar lontaranya. Pada akhir aktiviti, pelajar dapat faham kerana gembira semasa belajar.
1 Ulasan
idea yg menarik..boleh dipraktikkan pada topik yang lain:)
BalasPadam