About Me

Pertandingan Esei Sunway Oxbridge 2015 Kembali!

Masih ingat dengan Pertandingan Esei Sunway Oxbridge tahun lepas? Rugi kan sebab tak dapat ikut. Jangan bimbang sebab tahun ini Kumpulan Sunway dan Oxbridge sekali lagi membawakan pertandingan tersebut khas untuk adik-adik!!

Pertandingan Esei yang bertujuan meningkatkan mutu penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah menengah ini bermula daripada 11 April hingga 10 Mei 2015. Pelajar sekolah menengah yang berminat boleh mula menghantar penyertaan mereka secara atas talian di www.sunway.edu.my/essay. 

Pertandingan Esei Sunway Oxbridge 2015 Kembali!
Jom join!!!

Dianjurkan bersama oleh Kumpulan Sunway, The Oxford & Cambridge Society Malaysia, Yayasan Jeffrey Cheah, Sunway University dan Monash University Malaysia, pertandingan esei ini menawarkan sejumlah hadiah wang tunai bernila RM28,000 dan Rm 190,000 dalam bentuk dermasiswa kepada para pemenang. Malah pertandingan ini juga mendapat sokongan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. 

Pertandingan pada tahun ini memperkenalkan topik mengenai perjudian untuk meninjau pendapat pelajar mengenai kegiatan tersebut, terutamanya kesan-kesan negatif. Terbahagi kepada 2 kategori, iaitu Kategori A untuk pelajar Tingkatan 1 - 3 dan Kategori B untuk pelajar Tingakatan 4 - 5. 


Pertandingan Esei Sunway Oxbridge 2015 Kembali!
Hadiah menarik!!

Bagi Kategori A, pelajar dikehendaki menulis 350 pataah perkataan atau kurang mengenai kesan berjudi, manakala Kategori B pula 650 patah perkataan mengenai mengapa penjudi perlu berhenti berjudi.

Sedikit tips daripada pemenang hadiah Kategori B tahun lepas, Leong Whye Ye, "Tunjukkan kelainan, selitkan rasa lucu dan serlahkan minda kreatif. Tulislah sesuatu yang mereka belum pernah lihat sebelum ini. Kunci kejayaan bukan saja bersedia untuk menghadapi kegagalan tetapi juga menerimabaik akan kemungkinannya.”

Seratus finalis terbaik perlu menduduki pertandingan menulis esei yang akan diadakan pada 13 Jun 2015 di beberapa lokasi di seluruh Malaysia.

Berikut adalah senarai hadiah-hadiah menarik yang menanti adik-adik pemenang!


Kategori A dan Kategori B

Pertama : Wang Tunai RM5 000 dan dermasiswa Sunway bernilai RM20,000
Kedua : Wang Tunai RM3,000 dan dermasiswa Sunway bernilai RM15,000
Ketiga : Wang Tunai RM1,000 dan dermasiswa Sunway bernilai RM10,000
Saguhati : Wang Tunai RM500 dan dermasiswa Sunway bernilai RM5,000 X 10


Semua pemenang akan menerima sijil penyertaan manakala 3 hadiah teratas akan menerima piala. Sekolah dengan penyertaan terbanyak juga akan menerima anugerah khas daripada Sunway. Bukan itu saja, mala ibubapa pemenang akan menerima 10,000 mata Sunway Pals yang merupakan poin program loyalti yang menawarkan rebet dan penjimatan dari pelbagai bisnes Sunway, termasuklah Sunway Hotels, Sunway Pyramid, Pusat Perubatan Sunway dan premis yang menyertai program ini.

Apalagi.. Jom join!! 



Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sunway.edu.my/essay.



Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. The concept of essays has changed a little bit as students are facing numerous issues while writing. It's not just because the structure has changed but also because they have less knowledge and practice of this activity. Students often take essay writing help in Dubai to get their articles completed on time. By doing this, They are maintaining the schedule but missing a lot of stuff for learning.

    BalasPadam
  2. Of course! Essay competitions are designed to promote critical thinking and intellectual development. Outsourcing assignments, however, defeats the goal of these initiatives. do my uni assignment for me it's crucial to maintain honesty and integrity when pursuing academic goals.

    BalasPadam