Idea ini saya ambil daripada yang seorang guru yang menggunakan gelaran Sepatu Putih bagi akaun Facebooknya dalam Cikgu Sains Kreatif. Menggunakan pendekatan pembelajaran abad 21, maka terhasil lah Sistem kad atau sistem warna yang menggunakan warna hijau, kuning dan merah. Ini adalah antara cara mudah bagi mendapatkan respon pelajar tentang kefahaman terhadap topik yang diajar. Ada kelainan.
Cara penggunaan nya adalah setiap pelajar diberi 1 set kad yang terdiri daripada warna hijau, merah dan kuning. Warna warna ini mempunyai maksud yang tersendiri. Warna hijau bermaksud pelajar sudah faham mengenai objektif pembelajaran pada hari tersebut. Warna kuning adalah pelajar masih keliru dengan pembelajaran. Dan warna merah bermaksud pelajar tersebut langsung tak faham dengan pembelajaran pada hari tersebut.
Maka semasa sesi penilaian, jika ramai pelajar yang mengangkat warna hijau, guru akan terus fokus kepada pelajar yang masih kurang faham, iaitu yang mengangkat warna merah dan kuning. Tetapi jika ramai pelajar yang mengangkat warna kuning bermaksud guru perlu mengulangi semula pengajaran. Penyoalan boleh dipelbagaikan dan juga direndahkan sedikit arasnya bagi membantu pelajar membuat kefahaman mereka masing-masing.
Antara perkara lain yang perlu dipertimbangkan jika anda berminat untuk mempraktikkan sistem traffic light ini di dalam kelas, adalah penilaian bagi pelajar kelas hujung. Kadang-kadang mereka sendiri pun tak pasti penilaian apa yang sepatutnya. Kemungkinan untuk mereka berpakat ramai-ramai mengangkat warna hijau tentulah ada. Kerana takut disoal semula oleh guru! ;)
Sebagai penambahbaikan, ada rakan guru yang mencadangkan diletakkan emoticon senyum bagi hijau, sedih untuk merah dan confuse untuk kuning. Sedikit perkataan yang merangsang dan memotivasikan pelajar juga dapat diletakkan bagi meningkatkan keyakinan pelajar. Jangan lupa laminate untuk digunakan bagi tempoh yang lebih panjang. Selamat mencuba!
- HOME
- SAINS KSSM
- _SAINS T1
- _SAINS T2
- _SAINS T3
- _SAINS T4
- _SAINS T5
- IDEA SAINS KREATIF
- PEMBELAJARAN ABAD KE-21
- STEM
- _PANDUAN
- GURU CEMERLANG
- __1: BORANG
- __2: FILING
- __3: PDPC
- __4: NAZIR
- _REFLEKSI
- __REFLEKSI 2013
- __REFLEKSI 2014
- __REFLEKSI 2015
- __REFLEKSI 2016
- __REFLEKSI 2017
- __REFLEKSI 2018
- __REFLEKSI 2019
- GURU GLOBAL
- _80 HARI DI KOREA
- _STELR STEM BANDUNG
- _GURU NASA @USA
- _KI HAJAR DEWANTARA
- _CERN @GENEVA
- CIKGU HAILMI
21 Ulasan
Kami guna sistem traffic light ntuk kes Disiplin.. 😊
BalasPadammacam mana tu,boleh share x
Padamsistem traffic light ni mmg berkesan untuk ajar disiplin
PadamBagaimana kita nak pastikan keberkesanan sistem ni pada kelas belakang ye cikgu? Macam cikgu tulis selalunya mereka akan angkat saje warna hijau utk elakkan disoal..
BalasPadamBagaimana kita nak pastikan keberkesanan sistem ni pada kelas belakang ye cikgu? Macam cikgu tulis selalunya mereka akan angkat saje warna hijau utk elakkan disoal..
BalasPadamsoal mereka semula secara rawak bagi menguji kefahaman mereka.
Padamcadangan saya, suruh semua dirikan warna merah, bila akhir, suruh tukar mengikut kefahaman mereka.
BalasPadamx nmpk mcm abad 21 lgsung. sape pnye idea laa ni. mcm tadika n abad 17 jek. sepatotnye abad 21 ni da pkai notebook je.. konon dlu bg tp bazir gitu je. tah hape2 pny sistem laa kmenterian ni. sume da mcm ahmad maslan.
BalasPadamHahaha.. kan.. tak canggih langsung..
PadamYang PA abad 21 tu sistem warna,ikut la kreativiti nak guna apa selain cth yg diberi,kalo nak nampak mcm cerita star wars,korang guna la lampu LED tu,utk hasilkan alat yg ada cahaya.
PadamTak semestinya pakai notebook daa...yg penting kreativiti guru kendalikan pdpc menarik dan mudah, dan kemenjadian pelajar...
Padampenggunaan sistem warna dalam pembelajaran dikira teknologi juga. Bagaiman pula bagi sekolah di pendalaman luar bandar? Dapatka sekolah menyediakan notebook?
PadamPA abad ke 21 , mengetengahkan kepelbagaian kaedah mengajar yang boleh digunakan guru. Bukan sekadar penggunaan komputer dan notebook untuk jadi keyboard warrior.
yang tak canggih tu pada pemikiran jumud kita...kita hnya pandang abad ke 21 teknologi canggih sahaja..tepi yg di maksudkn di dlm abad ke 21 ini adalah teknik pdp yg pelbagai dan dgn cara yg pelbagai..tak semestinye perlu ada tab or laptop aja baru di panggil abad ke 21..kita guru cuba membantu ank murid yg pasif utk jd aktif dan cuba mencambah pemikiran mereka utk fikir luar kotak..
PadamTQ CIKGU HAILMI KONGSIKAN..
BalasPadamTerima kasih Cikgu atas semua pengkongsian Abad ke21.sangat2 membantu
BalasPadamJika pelajar angkat warna hijau dan menyatakan faham, itu tidak membuktikan mereka benar-benar faham. Mungkin apa yang mereka faham tersasar. Untuk mengukur kefahaman mereka, soalan spesifik yang mengundang maklum balas spesifik dan boleh diukur perlu diberi.
BalasPadambuatlah kajian keberkesanan pengunaan kad trafik light..bagi saya ia adalah langkah awal latihan utk demontrasi. (tunjuk rasa).MELAHIRKAN PELAJAR YG TIDAK GENTLEMEN/Tidak berani bersuara hanya berani angkat sepanduk..utk protes
BalasPadam#Traffic_Light
BalasPadam#Red
#Yellow
#Green
Setiap kali mengajar, selepas 5 minit, tanya murid (pilih secara rawak) soalan ringkas, bila dia dapat memberikan feedback, kita sebagai tenaga pengajar, boleh tahu kedudukan "pemahaman" pelajar tersebut.
Lagi pun, bila bertanya, ianya menggalakkan pelajar berkomunikasi, memberikan pendapat. Ini yang harus kita galakkan...KOMUNIKASI LISAN....bukannya komunikasi dengan warna semata mata...
Kan mudah dan senang serta direct to the point.
Kata nak amalkan 4C... haaa C = Communication...
Saya lebih suka tanya direct daripada melihat warna tu...tak payah pening kepala.
Murid kalau angkat hijau pun, maksud nya terlalu abstrak....
Murid paham ka?
Apa yg dia paham?
Tang mana tak paham?
Tanya je direct...tak yah tunggu signal warna tu semua.
Warna tidak mengambarkan situasi sebenarnya.
Yang lain tu angkat hijau sebab nak tunjuk terror ataupun macho! Ataupun terikut ikut member sebelah.
Tak percaya!
Buat eksperimen mudah ini di dalam kelas.
Lepas ajar, cuba tenung kat siling dengan renungan tajam...percaya lah semua anak murid akan turut serta sekali.
Silap haribulan, kalau pengetua lalu kat kelas pun akan jengok sekali bersama sama Nazir yang datang memantau...
Tak caya....cuba ler...
Sekian.
good
Padamhhaha..funny..but u got a point..sgt agree w u..
Padamdirect response kan lg sng..tanya je sape tak fhm..
kalu deal ngan thn 1 lg payah..suka ikut2 kawan..hurm..
Saya sangat bersetuju..komunikasi tidak berlaku
Padam