About Me

Kejohanan Sofbol MSSD Kubang Pasu 2015

Keterujaan saya pada sukan sofbol tahun nih, memang menurun dengan begitu drastik sekali. Kalau nak dibandingkan semasa berada di bumi Sibu dahulu, keterujaan melatih dan membawa pasukan sudah dirasai berbulan sebelum tarikh kejohanan. Bukan kerana sudah hilang minat dengan sukan ini. Tapi kerana ada perkara lain yang dah hilang, iaitu masa!


Kejohanan Sofbol MSSD Kubang Pasu 2015


Saya agak beruntung kerana perpindahan saya ke sekolah baru di Kedah ini masih membuka ruang untuk saya bergiat dalam sukan sofbol. Sukan yang saya mula-mula 'jatuh cinta' semasa menuntut di Universiti Sains Malaysia. Boleh dikatakan hampir semua peralatan yang ada di sekolah ini, lengkap. Ditambah pula dengan peralatan peribadi saya sendiri, maka adalah lebih daripada mencukupi untuk menubuhkan pasukan sofbol di sini.


Kejohanan Sofbol MSSD Kubang Pasu 2015
Peralatan sofbol

Tanggungjawab berat menanti untuk melatih pasukan baru. Bukan mudah nak mencari pelajar, memberi pendedahan, melatih dan membudayakan sukan ini dalam kalangan mereka yang belum pernah mengenali apa itu sukan sofbol. Sambutan pada mulanya kurang menggalakkan memandangkan pelajar masih terpinga-pinga mengenali sukan sofbol. Namun keadaan menjadi semakin baik. 

Dengan bilangan pelajar sekolah saya yang dalam lingkungan 400 orang, adalah agak sukar mencari pemain yang benar-benar sesuai. Itu belum dikira dengan pelajar yang telah terlibat dengan sukan lain. Maka mana yang ada terus saya sambar. Atas kapasiti hanya saya seorang saja sebagai jurulatih, maka saya putuskan untuk hanya menyediakan satu pasukan sahaja. Iaitu pasukan lelaki.


Sesi latihan tak dapat berjalan dengan lancar kerana kekangan masa. Cuaca keterlaluan panas dan juga saya yang semakin sibuk dengan aktiviti Panitia Sains Kubang Pasu, juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada sesi latihan pelajar. Banyak kali juga sesi latihan terpaksa dibatalkan atas urusan yang tak dapat dielakkan. Kesannya, memang saya akui pelajar kurang latihan.


Bagi memberi sedikit pendedahan kepada perlawanan  sebenar sofbol, maka saya jemput pasukan sofbol SMK Syed Saffi dari Perlis bagi perlawanan persahabatan. Perlawanan berakhir dengan keputusan yang teruk. Tapi sekurang-kurangnya pemain saya mula mendapat idea dan gambaran bagaimana perlawanan sebenar permainan sofbol. 


Perlawanan Persahabatan sofbol SMK Jerlun dengan SMK Syed Saffi


Perlawanan Persahabatan sofbol SMK Jerlun dengan SMK Syed Saffi


Dengan hanya pengalaman sekali sahaja, maka pada minggu seterusnya pasukan sofbol sekolah saya terus bertanding di Kejohanan Sofbol MSSD Kubang Pasu bertempat di SMK Changlun. Memang cari mati! Ha ha ha. Apatah lagi di Kedah ini, daerah Kubang Pasu merupakan daerah yang terkenal dengan kehebatan sofbol. kalau tak salah saya dah 3 tahun daerah ini menggondol Johan bagi negeri Kedah.

Rasa hati mahu saja saya tarik diri kerana yakin pemain tidak mendapat latihan dan pendedahan yang mencukupi. Pasti dibelasah di padang nanti. Tapi bila memikirkan semula, jika tidak diberi peluang, sampai bila pun mereka tidak akan ada peningkatan dalam permainan.

SMK Jerlun berada dalam kumpulan yang sama dengan SMK Pulau Nyior, Naib Johan tahun lepas dan juga SMK Hosba, juga pendatang baru dalam sukan sofbol di daerah Kubang Pasu. Agak jauh jika nak dibandingkan dengan SMK Pulau Nyior, tetapi mungkin boleh memberi saingan dengan SMK Hosba. Kononnya lah..


Kejohanan Sofbol MSSD Kubang Pasu 2015 - SMK Jerlun vs SMK Pulau Nyior


Kejohanan Sofbol MSSD Kubang Pasu 2015 - SMK Jerlun vs SMK Pulau Nyior


Kejohanan Sofbol MSSD Kubang Pasu 2015 - SMK Jerlun vs SMK Hosba


Kejohanan Sofbol MSSD Kubang Pasu 2015 - SMK Jerlun vs SMK Hosba


Pasukan sekolah saya kalah bagi kedua-dua perlawanan di peringkat kumpulan. Seperti yang sudah saya jangkakan. Bukan bersikap pesimistik, tapi realistik dengan kekurangan latihan dan pendedahan. Mujurlah ramai juga jurulatih dari sekolah lain, termasuk PT daerah bersikap sangat positif menggalakkan untuk saya dan pemain terus berusaha. Agak mustahil untuk melihat hasil terbaik dalam jangka masa yang pendek. Chaiyok!

Apa pun, pengalaman ini dah tentu merupakan sesuatu yang berharga buat saya sebagai seorang jurulatih. Jika di Sibu dahulu, mudah saja untuk pasukan sekolah saya bergelar Johan daerah, tetapi di Kubang Pasu, berbeza sekali keadaannya. Banyak kerja keras yang perlu saya lakukan bagi memastikan pasukan sekolah saya memberi saingan. 


Kejohanan Sofbol MSS SIbu 2015 - SMK Luar Bandar Sibu vs SMK Agama Sibu
SMK Luar Bandar No.1 Sibu vs SMK Agama Sibu

Kejohanan Sofbol MSS SIbu 2015
SMK Luar Bandar No.1 Sibu masih mengekalkan Johan Sofbol Sibu untuk kali ke-8

Seperti juga mereka, saya percaya kejayaan tidak datang dengan sekelip mata. Perlu ada usaha yang kuat dan juga perlu mengambil sedikit masa untuk menunjukkan hasil seperti yang dikehendaki. InshaAllah bagi tahun depan, saya akan mulakan pembangunan daripada tahun ini. Kalau tak dapat nak memenangi pun, cukup lah sekadar menyaingi. Ok dah. Saya dah nak pegi melatih nih.. ;)



Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Byk lg masa utk mssd thn depan. Teruskan berlatih. N semoga berjaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahahah.. memang banyak.. tapi last skali memang tunggu dekat2 nak game juga baru berlatih

      Padam
  2. team sofbol sekolah seriab (perlis) xdak kaa? thn 2006... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah... ini mesti budak Seriab nih.. heehe.. tak pasti le masih ada team atau tak skang nih. tapi pastinya kenangan indah di SMK Seriab

      Padam
  3. Tahniah atas semangat & usaha cikgu mendedahkan sofbol kpd pelajar2 cikgu... Saya pun pernah alaminya.... memang ambik masa utk pemain faham, mahir... Cikgunya pun ambil masa 4 tahun baru nak faham..isk3x... ckgunnya pun baru Band 3 tentg ilmu sofbol.. tetiba pindah sek baru kena jd guru sofbol... redha ja laaa... tp sy untung skit sbb dpt bantuan drp ex-pljr sofbol sek sy... syukur sgt2... tp buat cikgu, Tahniah sbb cikgu latih n bimbing depa sendiri.... Semoga berjaya cikgu...

    BalasPadam
  4. selamat datang ke negeri kedah cikgu....semoga berjaya untuk mssd tahun hadapan...sy dri mssd kmy ex-pljr smk sungai pasir yg suka pada sofbol

    BalasPadam
  5. Tahniah Cikgu. Teruskan usaha ;)

    BalasPadam
  6. terima kasih lah semua atas kata-kata semangat dan dorongan. InshaAllah tahun depan akan buat dengan lebih baik lagi.. :)

    BalasPadam
  7. terima kasih lah semua atas kata-kata semangat dan dorongan. InshaAllah tahun depan akan buat dengan lebih baik lagi.. :)

    BalasPadam
  8. ada masa lagi beb.

    training kena selalu wat la.

    BalasPadam