Sesi ceramah diadakan di Makmal Komputer dan disebabkan ramai sangat pelajar, maka mereka dibahagikan kepada 2 kumpulan. Juga bermakna, ada 2 sesi yang saya perlu siapkan bagi kedua-dua kumpulan. Penggunaan meja di makmal komputer sebenarnya agak membataskan pergerakan saya untuk berada lebih hampir dengan semua pelajar.
Walaubagaimanapun, semakin lama berlangsungnya sesi, semakin rancak pula interaksi antara pelajar dengan saya. Ramai yang berani dan cuba menjawab soalan semasa sesi perkongsian berlangsung. Ini saya suka!
Maka saya doakan adik-adik saya di SMK Mergong ini semoga mendapat keputusan yang cemerlang untuk PT3 pada bulan Oktober nanti. Amin!
Ucapan terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan buat pihak sekolah, terutamanya Panitia Sains yang sudi menjemput saya memberi ceramah. Sebarang kekurangan daripada pihak saya, saya mohon ampun dan maaf. InshaAllah jika ada kesempatan, kita akan jumpa lagi di masa akan datang.
0 Ulasan