Bagi Program Familiarization ini, pihak Pusat Sains Negara telah memilih 3 orang guru daripada setiap PPD dalam JPN Kedah. Ada juga rakan guru yang datang sejauh dari Langkawi dan Sungai Petani ke tempat kursus ini, iaitu di Pusat Sains Negara yang bertempat di Gunung Keriang, Alor Janggus ini. Pusat Sains Negara ini lokasinya terletak bersebelahan dengan Muzium Padi.
Bagi slot pertama, kami diperkenalkan tentang Pusat Sains Negara dengan lebih lanjut oleh Cik Marziana, iaitu salah seorang staf di sini. Diceritakan sejarah pembinaan dan juga tujuan kenapa ditubuhkan Pusat Sains Negara ini. Kemudian diketengahkan lagi dengan apa yang ada dalam Pusat Sains Negara itu sendiri.
Terdapat 5 galeri pameran yang ada, iaitu Islam dan Sains, Disaster Area, Science Mall, Kids Pavilion dan Outdoor (landskap). Walaubagaimanapun, kadang-kadang ada juga dianjurkan pameran yang bertema pada musim tertentu. Sebagai contoh, tema Energy World.
Dan sebenarnya, ada banyak lagi program pendidikan yang dianjurkan oleh Pusat Sains Negara ini. Program pendidikan ini dibahagikan kepada 2, iaitu Program Jangkau Dalam dan juga Program Jangkau Luar.
Program Jangkau Dalam
Program Jangkau Dalam adalah program yang dianjurkan terus di Pusat Sains Negara. Berikut adalah beberapa aktiviti yang boleh anda dapat jika mengikuti program jangkau dalam ini.
Program Sekolah
Prasekolah - Saintis Tunas
Sek Men dan Sek Rendah - My Lab (CheMagic, Sains Forensik), Kem Science, Rocket Air
Program Awam
Science Show
Science Busking
Program Khas
Festival Sains (dijangka pada bulan Oktober)
Program Jangkau Luar
Manakala bagi Program Jangkau Luar pula dikendalikan oleh Skuad Sains Utara di luar daripada kawasan Pusat Sains Negara. Nak buat kat sekolah anda pun boleh! Antara program yang boleh diadakan adalah.
Program Tempahan
Pameran
Science Show
Science Busking
Program Kerjasama
Karnival Minggu Sains (kerjasama dengan JPN, BTP dan Kerajaan Negeri)
Ini saya senaraikan siap-siap antara program dan aktiviti menarik lain yang bakal diadakan pada tahun 2015 di Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara ini. Yang mana dekat boleh lah jemput datang. Kalau berminat dan nak dapatkan maklumat lebih lanjut, boleh terus menghubungi Pusat Sains Negara.
Special Science Day (26-28 Julai)
Festival Kreativiti dan Nano (10-17 Ogos)
Festival 'Encik Robot' (10-13 Oktober)
Science Kids (23-27 Oktober)
Program Guru (Familiarization) (26 Mei)
Program Guru (Professional Development) (29-31 Julai)
Program Guru (Penempatan Pendidik) (23 Nov - 13 Dis)
Sesi kedua pula lebih menarik kerana melibatkan penyertaan aktif daripada guru-guru. Beberapa aktiviti menghasilkan alatan yang mudah dengan menggunakan konsep Sains yang asas. Boleh juga digunakan bagi aktiviti Sains yang menarik dengan para pelajar di sekolah nanti.
Zat Besi Dalam Makanan
Cornflake dimasukkan dalam bekas plastik dan dihancurkan. Tambah air untuk melarutkannya. Guna magnet untuk menarik zat-zat besi yang ada dalam bekas tersebut. Boleh nampak jika anda perhatikan betul-betul!
Kromatogafi
Celup coklat m&m ke dalam air dan letakkan di atas kertas turas. Boleh nampak kesan pewarna yang tinggi dalam coklat tersebut. Beberapa warna asas pun anda boleh nampak!
Pom Pom Shooter
Ikat belon, dan gunting bahagian hujung bagi membuat satu bukaan. Pasangkan pada bahagian bawah cawan plastik yang sudah dipotong. Gunakan bebola sebagai 'peluru'.
Sesi pada sebelah petang pula kami dibawa untuk mencuba sendiri pengalaman pembelajaran Sains di Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara.
Science Show
Pertunjukkan Sains diadakan pada ruangan yang telah disediakan. Ada hos dan staf yang mengendalikannya secara cara demonstrasi dan juga menerangkan konsep Sains yang terlibat. Antara yang dipertunjukkan adalah sabun dan tangan berapi.
Lawatan ke Galeri Pameran
Ada 6 galeri pameran yang boleh dilawati, termasuk galeri bertema. Disebabkan saya sendiri sudah banyak kali ke sini, dapat diperhatikan banyak galeri yang sudah dibaikpulih dan ditambah lebih banyak lagi aktiviti yang menarik. Ada kemajuan!
Sains Forensik
Aktiviti yang paling menyeronokkan! Guru diberi tugasan bagi menyelesaikan kes pembunuhan berdasarkan bahan bukti yang diberi. Tugas mengumpul bahan bukti dan juga mengenalpasti pembunuh sememangnya agak mencabar. Banyak sangat tengok cerita CSI, menyebabkan otak nih terfikir banyak sangat drama pembunuhan yang penuh dengan teori dan konspirasi. Ha ha ha. Tapi memang terbaik lah!
Kesimpulannya, Program Familiarization yang dijalankan oleh Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara ini memang mencapai objektifnya. Program ini berjaya mendedahkan guru-guru dengan program pendidikan yang boleh dilaksanakan di sini atau pun di sekolah masing-masing. Banyak lagi benda yang kita boleh explore sebenarnya, sekalipun dah banyak kali kita berkunjung ke sini.
So kepada yang belum pernah datang, jom kita ke Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara!! ;)
0 Ulasan