About Me

Ceramah Sains PT3 di SMAP Kajang

Cerita sebenar kenapa saya bergegas ke KL selepas sesi ceramah di SMK Mergong, adalah bagi tujuan memenuhi satu lagi jemputan. Kali ini agak mengejutkan. Kerana peluang jemputan ceramah ini datangnya daripada antara sekolah yang hebat dan sangat saya kagumi sejak saya bersekolah lagi, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, atau lebih dikenali sebagai SMAP Kajang.



Ceramah Sains PT3 di SMAP Kajang


Semuanya bermula daripada usaha Cikgu Yanti yang saya kenal melalui facebook sejak 2 tahun lepas. Sebenarnya, Cikgu Yanti sudah pernah cuba menghubungi saya pada tahun 2014, juga bagi tujuan yang sama. Tetapi, disebabkan saya pada ketika itu masih bertugas di Sarawak, maka usaha tersebut habis begitu saja. Jadi, sebaik sahaja saya berpeluang bertugas di Kedah, maka peluang digunakan dengan sebaiknya.

Sejujurnya, walaupun gembira dijemput oleh sekolah hebat camtu, tapi sebenarnya ada jugak perasaan cuak. Apatah lagi, sebelum ini kelompok audien saya hanyalah terdiri daripada sekolah kebanyakan a.k.a sekolah harian biasa. Pendekatan yang saya gunakan juga lebih sesuai bagi pelajar di sekolah biasa dan kemahiran saya dah tentu pada menguruskan pelajar kelas belakang. 

Jadi bila ada peluang ajar budak pandai sebegini, saya bimbang tak tercapai pula apa yang saya nak sampaikan. Syukur juga peluang berceramah di SM Sultan Abdul Halim sebelum ini, sedikit sebanyak memberi gambaran awal audien yang bakal saya temui nanti. Bukan senang nak ada peluang yang macam nih, dan inshaAllah ini juga akan saya gunakan sebagai medan untuk saya kutip peluang di samping tambah lagi ilmu dalam bidang ini.

Oleh sebab saya nih bukan lah familiar sangat dengan jalan-jalan di KL dan sekitarnya, maka kembara saya ke SMAP Kajang ditemani oleh 2 orang anak murid angkat saya, iaitu Azhan dan Amin dari SMK Bandar Tasik Puteri, Rawang. Ha ha ha. 



Ceramah Sains PT3 di SMAP Kajang


Kedua-duanya saya kenali melalui pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014. Disebabkan mereka sentiasa berhubung dengan saya sejak mula kenal di majlis peringkat kebangsaan, maka saya mohon mereka jadi 'talian hayat' saya untuk misi saya kali ini. Sekurang-kurangnya ada jugak cameraman yang nak tangkap 'aksi' saya... ;)

Pencarian kami ke SMAP Kajang tak sesusah mana. Mudah jugak lah. GPS kan ada.. hu3.. Kami tiba lebih awal sket supaya saya sempat nak buat persediaan. Menariknya, kedatangan saya sebagai penceramah di SMAP Kajang, rupa-rupanya dirahsiakan oleh Cikgu Yanti kepada anak muridnya. Surprise katanya! Baik betul cikgu buat surprise kat anak murid... 



Ceramah Sains PT3 di SMAP Kajang


Rasanya surprise menjadi kot. Ada lah beberapa orang pelajar beliau yang saya lihat, merenung aneh kepada saya, dalam hati sambil berkata "Macam aku kenal je cikgu nih.. " He3.. Kalau tak kata camtu pun, mungkin saya ler kot yang perasan syok sendiri! Hahahaha..

Pelajar lebih kurang 230 orang. Memang ramai. Penuh dewan. Tapi walaupun ramai, tertib jer diorang duduk. Sopan  jer semua.. budak sekolah agama lah katakan. 



Ceramah Sains PT3 di SMAP Kajang


Alhamdulillah sesi ceramah selama 2 jam berjalan dengan baik sekali. Pengalaman di SEMESAH memang banyak membantu saya menangani hal-hal yang berkaitan dengan budak-budak spesies bijak nih. Dan adik-adik kat SMAP Kajang nih pun, mula-mula memang ler kontrol-kontrol sket. Tapi dah lepas sesi, hmmmm.. keluar perangai sebenar sket-sket. Ok. I like!

Satu perkara yang paling saya suka mengenai adik-adik di SMAP nih sebab mereka berani dan suka bertanya. Walaupun malu nak menonjolkan diri di khalayak, tapi pantang saya lalu tepi saja, mesti mereka akan angkat tangan dan bertanya. Saya suka! Maka lebih mudahlah penyampaian ilmu berlangsung. Sebab kalau senyap saja, saya pun tak tau mereka faham ke idak, kan? 



Ceramah Sains PT3 di SMAP Kajang


Ceramah Sains PT3 di SMAP Kajang


Ceramah Sains PT3 di SMAP Kajang


Selesai sesi pertama, ada masa rehat 30 minit sebelum bermula sesi kedua. Pada mulanya yang saya rancangkan adalah sesi aktiviti berkumpulan bagi membina konsep. Tetapi pihak ASCO EDUTECH, Encik Azril telah menawarkan diri untuk menjalankan aktiviti Penyiasatan CSI bagi mengisi slot ini. Maka saya fikir ini lebih menarik kerana ada penerapan unsur-unsur kemahiran berfikir dan aplikasi terus kepada situasi. 



Ceramah Sains PT3 di SMAP Kajang


Ceramah Sains PT3 di SMAP Kajang


Ceramah Sains PT3 di SMAP Kajang


Pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan. Tapi bilangannya agak besar, iaitu dalam 20 lebih pelajar dalam satu kumpulan. Rasanya saya kalau lebih kecil kumpulan, lebih menarik dan lebih cepat untuk nak disiapkan databasenya tu. Tapi cabaran nya jadi kurang mencabar lah sebagai tak ramai yang boleh dituduh.

Aktiviti nih dimulakan dengan mengambil cap jari semua pelajar. Ada masalah sedikit semasa menyediakan database tersebut. Kertas yang digunakan khas untuk mengumpul cap jari pelajar seperti mengalami masalah tamat tarikh luput. Mujur lah ada alternatif lain yang boleh digunakan, iaitu menggunakan karbon pensel. Ada juga pelajar yang lebih kreatif bila menggunakan dakwat stamp pad bagi mempercepatkan lagi proses kumpul cap jari. Bijork!



Ceramah Sains PT3 di SMAP Kajang


Ceramah Sains PT3 di SMAP Kajang


Ceramah Sains PT3 di SMAP Kajang


Ceramah Sains PT3 di SMAP Kajang


Ceramah Sains PT3 di SMAP Kajang


Ceramah Sains PT3 di SMAP Kajang


Proses diteruskan dengan ketua kumpulan memilih seorang 'penjenayah' dalam kalangan rakan sekumpulan mereka. Proses ini dilakukan secara rahsia. Supaya nanti, bila bertukar set tadi, pelajar daripada kumpulan lain akan meneka siapakah penjenayah berdasarkan kepada analisis cap jari. 

Bagi menentukan tertuduh, Encik Azril ASCO EDUTECH menerangkan beberapa bentuk ciri khas yang boleh digunakan bagi menentukan milik siapakah cap jari tersebut. Analisis yang dijalankan perlulah teliti dan juga tepat. Barulah 'penjenayah' dapat ditangkap!



Ceramah Sains PT3 di SMAP Kajang


Ceramah Sains PT3 di SMAP Kajang


Ceramah Sains PT3 di SMAP Kajang


Ceramah Sains PT3 di SMAP Kajang


Ceramah Sains PT3 di SMAP Kajang


Ceramah Sains PT3 di SMAP Kajang


Secara peribadi, bagi menjadikan aktiviti penyiasatan ini lebih menarik, set ini boleh ditambahbaik lagi dengan menambahkan beberapa lagi perkara seperti jenis rambut, corak tapak kasut dan juga ujian makanan ringkas. 

Atau boleh juga masukkan bukti-bukti lain yang membolehkan penyiasat menuduh penjenayah dengan lebih banyak muslihat. Kasik drama sket. Macam pengalaman saya semasa di Program Familiarization di Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara. Itu pun kalau nak dibuat aktiviti dalam Minggu Sains dan Matematik ler. 



Ceramah Sains PT3 di SMAP Kajang


Kalau nak mudah, ringkas, boleh terus hubungi Encik Azril, ASCO EDUTECH untuk terus beli set penyiasatan ini. Harga nya tak mahal sangat. Boleh terus tanya dan deal dengan Encik Azril.

Sesi kedua pun selesai sebelum tengahari. Dalam keriuhan diorang teka meneka siapa penjenayah nya, sempat lagi saya dan sekumpulan pelajar lelaki bergambar di bahagian luar dewan. Hahahaha.. Sempat... Layan jer lah.. 



Ceramah Sains PT3 di SMAP Kajang


Ceramah Sains PT3 di SMAP Kajang


Ceramah Sains PT3 di SMAP Kajang


Apa-apa pun, kenangan berkongsi ilmu di SMAP Kajang nih bagi saya satu pengalaman baru yang sangat mengujakan. Terima kasih untuk adik-adik yang sangat best dan bersemangat. Saya doakan semoga kesemua calon-calon PT3 nih mendapat keputusan cemerlang dalam PT3 nanti, terutamanya bagi subjek Sains.



Ceramah Sains PT3 di SMAP Kajang


Tak lupa juga jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada cikgu-cikgu SMAP Kajang yang turun padang, terutamanya Cikgu Yanti yang sudi beri peluang untuk saya mengutip pengalaman baharu di sini. Layanan memang terbaik! InshaAllah ada peluang, ke sini lagik saya yer! ;)



Catat Ulasan

0 Ulasan