Disebabkan jumlah pelajar Tingkatan 3 yang mencecah sehingga lebih 300 orang, maka sesi perkongsian diadakan pada kelompok pertama pelajar terlebih dahulu. Kalau tak salah saya, sesi ini melibatkan 6 kelas pertama. Bakinya akan diadakan pada sesi kedua yang belum dirancang lagi.
Perkongsian diadakan dalam Bilik Seminar. Memang selesa. Lengkap dengan kemudahan audio dan video, serta air cond. Suasana menjadi sangat terkawal. Dan yang paling penting pelajar dapat belajar dengan persekitaran yang sangat kondusif.
Respon pelajar ternyata memang baik. Keadaan disiplin juga sangat terkawal. Memang baik sungguh budak-budak nih. Dan yang paling saya suka sebab mereka sangat aktif ketika pembelajaran berlangsung. Tak ler saya boring bercakap sorang-sorang kat depan tu.
Kehadiran guru-guru Sains yang lain juga memudahkan kawalan pelajar dilakukan. Terima kasih kerana menjemput saya untuk berkongsi sedikit ilmu. Walaupun kebanyakan daripada mereka terdiri daripada guru-guru senior, tetapi mereka sangat menghormati saya sebagai junior yang baru belajar nak menapak dalam dunia pendidikan nih. Terima kasih banyak-banyak!
Tak lupa juga kepada adik-adik SMK Bandar Baru Darulaman yang merupakan calon PT3 pada bulan Oktober nanti. Saya ucapkan Selamat Maju Jaya dan semoga mendapat keputusan cemerlang. Sains wajib dapat A! Amin!
1 Ulasan
All the best, keep it up cikgu, banyak manfaat untuk murid-murid
BalasPadam