About Me

Penempatan Sekolah Saya di Korea

Selang beberapa minggu selepas mendapat keputusan dan berita baik mengenai pemilihan sebagai salah seorang peserta Program Pertukaran Guru Korea -Malaysia (KOMTEP) bagi tahun 2015, kali ini saya menerima satu lagi surat. Surat penempatan sekolah di Korea nanti. Ini yang paling berdebar memandangkan sebelum ini kami hanya diberitahu tentang akan ditempatkan di sekolah-sekolah sekitar Seoul, Gyeonggi dan juga Daegu.


Peta Korea Selatan : Seoul Daegu Gyeonggi Busan Incheon Jeju


Sejujurnya saya tidak mengharapkan sekolah yang terletak di tengah-tengah bandar besar seperti Seoul. Tentu kehidupan di situ lebih sesak dan menyesakkan. Ada peserta KOMTEP 2014 yang berkongsikan gambar bilik kediaman beliau sepanjang 3 bulan di Seoul, dengan ayat "bilik besar sket daripada keranda".. ha ha ha.. yer memang kecik sangat!

Dan dalam masa yang sama juga saya tak mengharapkan mendapat sekolah yang terletak jauh daripada pusat bandar Seoul. Susah nak ke sana ke sini dan susah juga nak dapat masa untuk berkumpul dan berhimpun dengan yang lain. Ha ha ha.. Banyak songeh plak kan?  


Akhirnya, nah terpampang nama bakal sekolah saya di Korea nanti, iaitu Daegu Girls Commercial High School. Saya ditempatkan di sekolah tersebut bersama seorang lagi cikgu dari Pulau Pinang, Cikgu Hanne. Daegu?? Girls?? Commercial?? High School??


Penempatan Guru Pertukaran Korea Malaysia KOMTEP2015 di Korea


Bila disiasat dengan rakan yang lain, maka sahlah hanya kami sahaja kumpulan yang mendapat penempatan paling jauh dari Seoul. 2 lagi kumpulan mendapat sekolah di Seoul dan 2 lagi kumpulan mendapat sekolah di Gyeonggi. Hu hu hu. Sedihnya.. Kena belajar survive sendiri ler pasnih! 

Banyak juga perkara yang bermain di minda saya nih. Yang paling nombor satu sekali tentulah bab makanan. Pasti sukar untuk saya mencari makanan halal nanti. Memang kena bawak banyak makanan yang tahan lama lah nih. Silap haribulan, tukar diet jadi vegetarian plak pasnih. Balik confirm kurus. Confirm Kpop! hu hu hu.


Disebabkan kurang familiar dengan nama Kota Daegu nih, maka saya mulakan research saya di Google dan Wikipedia bagi mencari maklumat lain mengenai Daegu. Dari sana barulah tahu Daegu adalah Kota Metropolitan ke-4 terbesar di Korea, selepas Seoul, Busan dan Incheon. Jika dari Seoul, lebih kurang 3 jam perjalanan menaiki keretapi laju. Daegu lebih dekat dengan Busan dan juga Jeju Island! He he he.. Semangat naik balik.


Penempatan Sekolah Saya di Korea


Tempat-tempat menarik di Daegu


Daegu ini juga terkenal sebagai bandar epal, atau bandar tekstil. Maknanya industri fesyen berkembang pesat di Daegu nih dan menjadi penyumbang kepada industri fesyen di Korea. Tempat-tempat menarik di Daegu lebih kepada tempat-tempat bersejarah seperti pagoda dan kuil-kuil serta tanah tinggi yang merupakan bentuk muka bumi utama di Daegu.

Antara tempat menarik yang perlu dikunjungi di Daegu adalah Daegu Art Museum dan juga Seomun Market yang merupakan antara pasar yang terbesar dan terlama di Korea! Ok. Tazzabar nak pergi! 

Dan oleh kerana saya akan ke Daegu pada musim Autumn (luruh), maka saya belanja sket gambar-gambar dari internet pada musim luruh di sana. Lawa ooo... ;)


Daegu di Musim Luruh (Daegu Autumn)


Daegu di Musim Luruh (Daegu Autumn)



Yang paling saya suka sebab di Daegu juga ada Stadium Besbol bagi pasukan besbol antara yang terpopular di Korea, iaitu Samsung Lions. Ha ha ha. Yeay! Ini mesti jadi satu daripada senarai tempat untuk saya kunjungi, termasuk menonton pertandingan besbol live di stadium tersebut! Tunggu update yer..


Mengenai sekolah "Daegu Girls Commercial High School" pula, tak banyak maklumat yang saya perolehi. Hanya sebuah laman web rasmi sekolah dengan sepenuhnya menggunakan Hangul (Bahasa Korea). Nampaknya kena ke sana dulu baru boleh dapat gambaran sebenar mengenai sekolah tersebut.


Daegu Girls Commercial High School


Walaubagaimanapun, saya bernasib baik kerana dapat berkenalan dengan seorang guru dari Korea yang kini sedang menjalani KOMTEP 2015 di Malaysia. Menurut beliau, jika di Korea, sekolah yang bermula dengan "Girls Commercial" merupakan sebuah sekolah vokasional. Pelajar-pelajar ini disediakan dengan kemahiran yang mencukupi untuk mengisi tempat kerja sebaik sahaja tamat persekolahan. 

Ok. 

Maklumat-maklumat ini memang membantu saya dalam membuat persediaan untuk ke Korea nanti pada bulan September ini. Alhamdulillah, kerjasama daripada rakan-rakan yang turut akan ke sana juga, sangatlah menggalakkan. So tunggu lepas nih saya kongsikan pula apa persediaan yang telah kami buat untuk persiapan ke Korea nanti. Tungguuu... ;)



Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. autumn in my heart lah pasni ye..... balik confirm kurus xpe, jgn balik confirm k-pop. abeslah team softbol. hehe......

    BalasPadam
  2. tahniah ckg hailmi, semoga byk yang boleh dikongsi lagi.
    insyaallah selamat pergi dan selamat kembali
    confirm kpop!!!! hahaha

    BalasPadam
  3. bukan saajer kpop.....kbat juga tu...syabas dan tahniah juga tu....anyway tangkap la seorang cikgu hailmi...tangkap dan bawa balik malaysia.....

    besar pahala tu...hahahhah

    BalasPadam
  4. All the best cikgu. It is not going to be easy but surely it will be an unforgettable experience. Buktikan cikgu2 malaysia pun hebat. Tahun lepas rasanya cikgu Philipines yg pergi sana. We r much better than that.

    From: Komtep 2014 teacher.

    BalasPadam
  5. Great Post

    Thanks for share it with us

    Keep it up


    Droid4apk

    BalasPadam
  6. Wah bestnya mengajar dekat korea. intresting! Congrats cikgu hihi tapi kan cikgu apply ke or memang dapat tawaran mengajar dekat sana? Cikgu mengajar subjc apa eh?

    BalasPadam
  7. semoga byk yang boleh dikongsi lagi. Keep it up

    BalasPadam
  8. Pengalaman yang berarti..
    Lanjutkan brother..

    BalasPadam