About Me

80 Hari di Korea : Hari 03 (Belajar Bahasa Korea, Khwanghwamun & Insa Dong)

Hari ketiga bermula lebih lewat sket daripada biasa, iaitu pada jam 11 pagi. Disebabkan sedikit masalah komunikasi antara pihak APCEIU dengan pihak hotel, maka sarapan pagi tidak disediakan. Keadaan menjadi lebih kelam kabut apabila ada juga delegasi yang sudah meninggalkan hotel bagi mencari sarapan sendiri. Keadaan selesai apabila petugas APCEIU, Sarah menjelaskan kepada pihak hotel.





Kemudian kami terus menuju ke Marushabu Restaurant bagi makan tengahari terus. Kali nih makanan seafood pulak disediakan ala steamboat. Memang sampai tak termakan. Banyak sangat kott.. 





Selesai makan tengahari kami menuju ke APCEIU semula. Kali ini untuk pembelajaran Bahasa Korea asas yang akan digunakan semasa di dalam kelas bersama anak murid nanti. Cikgu yang mengajar kami namanya, Park Songeun. 





Memang bagus pengajaran Cikgu Park Songeun. Tak tidor langsung seperti ceramah-ceramah sebelum nih. Cukup berkesan. Walaupun nampak seperti kebudak-budakan, tapi teknik mengajarnya sangat menarik. 





Daripada pemerhatian saya terhadap teknik mengajar Cikgu Park Songeun, didapati beberapa perkara boleh juga dipraktiskan oleh kita, para pendidik Malaysia. Antaranya adalah:

1. Dalam masa tak sampai 2 jam, Cikgu Park Songeun sudah mampu mengingat semua nama anak muridnya dalam dewan. Ternyata ini memudahkan beliau berinteraksi dengan pelajar dan juga membuatkan pelajar lebih rasa dihargai dan ingin turut serta dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Aktif dan bertenaga sepanjang proses pembelajaran. Beliau sangat ceria dan cute sepanjang kelas Bahasa Korea berlangsung. Hampir setiap masa beliau bergerak ke seluruh dewan bagi mendampingi pelajar beliau di dalam dewan. Hebat kan?

3. Dalam setiap pengajaran beliau, beliau menggunakan banyak aktiviti hands-on yang dekat dengan pelajar. Ini membantu pelajar mengingat dan lebih berminat untuk belajar bersama-sama.





Aktiviti sebelah petang jadi lebih menarik bila kami dibawa untuk City Tour. Ada 2 tempat yang dibawa iaitu Khwanghwamun dan juga Insa-Dong.


Khwanghwamun adalah merupakan bekas pagar Istana Korea. Bekas tapak istana ini kemudiannya dijadikan dataran bagi pelbagai aktiviti dan tempat riadah di Seoul. Jika di Malaysia, Khwanghwamun ini merupakan tempat yang mempunyai fungsi yang hampir sama dengan Dataran Merdeka. Di mana, tempat ini selalu digunakan untuk pertunjukan, demonstrasi, hiburan dan pelbagai lagi aktiviti yang melibatkan ramai orang. 









Kebetulan pula ketika kami tiba di sana, satu konsert orkestra tribute kepada Tragedi Kapal Karam Sewol yang meragut nyawa ratusan pelajar sehingga memaksa Perdana Menteri pada ketika itu meletakkan jawatannya. Gambar-gambar pelajar dan guru yang terkorban juga dipamerkan sempena memperingati kejadian tersebut.


Di Insa-Dong pula, kawasan ini lebih kepada Petaling Street. Tempat menjual pelbagai barang-barang, baju, makanan, kosmetik dan cenderamata dengan harga yang berpatutan. Jika pandai memilih, tentu boleh dapat harga yang lebih murah. Beberapa peniaga di sini juga pandai berbahasa Melayu. Terutamanya apabila melihat perempuan yang bertudung. Malaysia!













Ketika kunjungan kami ke Insa-Dong, ada pertunjukan fesyen yang bertemakan kebudayaan sedang diadakan. Persembahan nyanyian tradisional yang paling glamer di Korea, Ari-rang dan juga persembahan gendang sempat kami saksikan. Meremang kot bulu roma dengan penyanyi tu menyanyikan lagu Ari-rang. Sedap suara dia!


Selesai bershopping sakan, kami pun balik ke Glad Hotel bagi menikmati tidur yang enak. Esok sambung lagi aktiviti jalan-jalan. Tunggu yer!! Versi video boleh tonton di bawah.






Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. ~ I was one of the candidate for interview and perhaps, I will succeed for the next year. Wish Cikgu Hailmi keep sharing this good information about Korea education!

    BalasPadam
  2. Selamat Pagi, Selamat Sejahtera kepada semua peminat Korea.
    안녕하세요 (An-nyeong-ha-se-yo)

    WORLD CLASS Korean Folk Ballet (Dance & Singing) @Istana Budaya
    Kuala Lumpur from January 14 to January 17, 2017
    GIVE Your Loved Ones, Families, Friends, Colleagues,
    UNFORGETTABLE EXPERIENCE From Breathtaking to Heartwarming

    Please check our link and video trailer at
    http://www.koreaevents.blogspot.my
    Sharing is caring.
    Net proceeds will go towards charity.
    Hurry. Group Discount Available - Call/Sms - Alexander HP: 0162779698

    Thank you very much for your support.
    Hope to hear from your good self, support and partnership.

    BalasPadam