About Me

80 Hari di Korea : Hari 04 (Nanta Performance, Myeong dong & Han River Cruise)

Seperti semalam, sesi hari ini bermula dengan kelas Belajar Bahasa Korea. Asas bahasa Korea yang kami belajar amat berguna ketika untuk mengajar di dalam kelas nanti. Park Songeun Songsaenim (cikgu), mula mengajar mengira nombor dan juga beberapa perkara lain seperti perbuatan-perbuatan dalam kelas. 





Menarik teknik mengajar yang digunakan oleh cikgu di Korea nih. Dan lebih mengkagumkan, beliau masih ingat kesemua nama pelajar-pelajarnya dalam kelas ini. Jal hasseoyo! (Good job!)





Kemudian, Mr Jay memberikan sedikit taklimat mengenai keselamatan serta Do and Dont di Korea untuk 3 bulan ini. Sebagai 'pekerja' UNESCO, maka ada beberapa syarat yang kami perlu patuhi, seperti tidak dibenarkan keluar dari negara ini, tidak dibenarkan memandu kenderaan, tidak dibenarkan untuk membawa ahli keluarga untuk tinggal bersama-sama dalam tempoh yang lama. Turut diceritakan adalah hal yang berkaitan dengan insuran dan kesihatan. 


Pada tengah hari selesai menjamu selera, kami dibawa ke Myeongdong, kawasan tarikan pelancong di tengah-tengah Bandaraya Seoul. Sebelum dibenarkan merayau melihat kawasan sekitar, kami berpeluang menyaksikan persembahan teater muzikal yang popular dari Korea, iaitu Nanta Performance.





Mengikut maklumat yang ada dalam brosur, Nanta Performance telah dipersembahkan di lebih daripada 50 buah negara dengan bilangan penonton yang mencecah lebih 1 juta orang. Persembahan yang bertemakan masakan dan juga berlatarbelakangkan dapur ini memang sangat bertenaga dan menarik. Bunyi muzik yang dihasilkan adalah hanya dengan menggunakan peralatan yang kita boleh perolehi daripada dapur seperti pisau, kuali dan macam-macam lagi. Aksi lucu sepanjang persembahan berlangsung, turut menggamatkan suasana dalam dewan.

Buat saya ianya lebih bermakna, apabila dijemput naik ke pentas untuk satu aktiviti pertandingan dalam membikin masakan Korea. Pasukan merah saya berjaya memenangi pertandingan tersebut! Yeay!! Dan dapat free gift kenang-kenangan daripada pihak Nanta Performance, iaitu berupa gambar di atas pentas. 








Oh ya! Kami sebenarnya tidak dibenarkan merakam sebarang gambar atau video sepanjang persembahan berlangsung. Mujur ada juga rakan yang curi-curi tangkap gambar semasa saya berada di atas pentas. Kenangan indah kot berada di pentas untuk persembahan yang bertaraf antarabangsa camtu. Daebak!


Selesai persembahan, kami dibenarkan untuk berjalan-jalan ke sekitar Myeongdong untuk 2 jam. Myeongdong nih merupakan kawasan beli belah yang terkenal di Seoul. Banyak benda yang anda boleh perolehi di sini. Daripada makanan sehinggalah ke barang pakaian yang mahal-mahal dan berjenama. Kawasannya memang penuh dengan orang. 













Pada jam 6 petang kami berkumpul semula ke bangungan UNESCO yang menempatkan persembahan Nanta tadi dan bergerak ke Sungai Han (Han River). Han River merupakan kawasan riadah yang sangat popular di Seoul. Kawasan tebing sungai ini menjadi tarikan pengunjung untuk santai-santai dan berhibur pada waktu petang sehingga malam. Kawasan sekitarnya juga diterangi dengan lampu-lampu yang menarik.







Kami kemudiannya menaiki Han River Cruise yang nampak cukup romantik. Beberapa gambar daripada drama-drama Korea yang pernah berlakon di sini, turut dipaparkan dalam galeri kapal. Makanan juga disediakan di kafe. Oleh sebab cuaca yang masih belum sejuk sangat, maka kami berada di kawasan luar untuk menikmati keindahan Sungai Han. 





Perjalanan Han River Cruise ini merupakan destinasi terakhir untuk kami dalam program local adjustment ini. Esok semua kami akan berpisah mengikut sekolah masing-masing. Sedih juga bila memikirkan nasib diri yang belum tahu apa lagi cerita di Daegu nanti. Semoga semuanya selamat dan gembira untuk hari esok!








Catat Ulasan

2 Ulasan