About Me

80 Hari di Korea : Hari 10 (Seomun Market)

Hari Sabtu adalah hari cuti persekolahan seperti biasa di Korea. Asalnya saya hanya plan nak berehat sepenuh masa di rumah. Boleh juga kemas rumah, masak, basuh baju dan bla bla bla lagi. Tapi masuk 2 jam lepas duduk saja kat studio apartment sebesar bilik saja tu, maka saya ambik keputusan pegi meronda-ronda sket kawasan sekitar Daegu. Dan destinasi yang saya pilih adalah Seomun Market (Seomun Sijang) yang terletak lebih kurang 10 minit sahaja daripada tempat saya tinggal.


80 Hari di Korea : Hari 10 (Seomun Market)


Jika dilihat dari internet dan bahan-bahan lain, Seomun Market merupakan antara pasar tradisional yang terbesar dan paling lama di Korea, selepas Pyeongyang Market dan Ganggyeong Market. Dan telah wujud sejak zaman Dinasti Joseon lagi katanya. Terdapat hampir 4000 buah kedai dengan pelbagai barangan dijual di sini.

Sehari sebelum nya saya dah belajar dengan Kim Songsaenim cara-cara nak guna bas sebagai pengangkutan awam di sini. Susah sket pada mulanya sebab nak membaca tulisan-tulisan Korea. Jika ada dalam tulisan rumi, hanya lah pada tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang luar, seperti Digital Complex, Yeungnam University. So, perlu belajar lah sikit membaca tulisan Hangul untuk mempermudahkan lagi urusan di sini.


80 Hari di Korea : Hari 10 (Seomun Market)


Dari tempat saya tinggal, hanya 10 minit perjalanan menaiki bas. Kemudahan bas di sini memang sangat efisien. Kekerapan yang tinggi dan melalui banyak laluan. Jadi memang boleh tengok ramai yang gunakan bas sebagai pengangkutan utama.


Sampai di Seomun Market, saya cuba merayau ke seluruh pelusuk pasar tersebut. Memang sangat besar. Terdiri daripada beberapa kompleks dan juga gerai-gerai tradisional di sekeliling jalan tersebut. Sebut lah apa saja, rasanya semua ada di sini. Bahan mentah dan pakaian juga ada dijual.


80 Hari di Korea : Hari 10 (Seomun Market)


80 Hari di Korea : Hari 10 (Seomun Market)


Kebetulan saya pegi pada hari Sabtu maka memang ramai sungguh lah orang yang berkunjung ke Seomun Market ini. Memang sesuai nak cari barang keperluan di sini, sebab semua pun ada. 

Saya habiskan masa lebih kurang 2 jam di sini. Tak ada apa sangat nak beli, hanya sedikit sayur-sayuran dan juga buah-buahan buat bekalan untuk makan. Rasanya banyak kali lagi nak datang ke sini nih. Yang berminat nak tengok Seomun Market, boleh tonton video di bawah. 






Catat Ulasan

0 Ulasan