Kami memperkenalkan diri masing-masing. Cukup sekadar nama panggilan, Hailmi Songsaenim (cikgu) dan kwahak (sains) songsaenim. Pastu kami tanya mereka di mana Malaysia, sebab dalam peta dunia di English Classroom yang kami duduk nih, peta Malaysia ditanda dengan Singapura. Hmmm.. Nasib baik ada juga yang tahu. Indonesia memang mereka dah tahu sebab tahun lepas sekolah ini menerima guru pertukaran dari Indonesia.
Cari Malaysia di Peta Dunia |
Kemudian mula bercerita beberapa perkara mengenai perbezaan cuaca. Cuaca Malaysia yang panas dan hujan sepanjang tahun, manakala Korea pula dengan 4 musim yang berbeza. Bagi mereka adalah sangat pelik jika hujan untuk masa yang sebentar. Kerana di sini, hujan nya akan turun lebih panjang masanya. Kadang-kadang sehingga 1 hari.
Makanan istimewa Malaysia juga diceritakan kepada mereka. Nak bagi tak serabut nak bercerita, kami sebut makanan kegemaran rakyat Malaysia adalah NASI LEMAK. Senang kan? Semua bangsa pun makan.
Mereka tanya saya apa makanan Korea kegemaran saya. Hu3.. nak sebut kimchi, rasanya macam cliche sangat pula. Maka saya sebut lah pa-jeon, iaitu lempeng sayur. Tapi memang sedap juga lah pa-jeon tu. Ala-ala cucur udang.
Pajeon - Lempeng sayur Korea |
Bila sebut bab buah, hampir semua sebut yang mereka sukakan MANGO! Wahh.. glamer rupanya mempelam di Korea nih. Bagi saya yang depan rumah belakang rumah semua ada mempelam, memang agak melucukan bila dengar ini buah kegemaran. Tapi biasa lah, benda yang kita selalu makan, memang ler tak terasa kesedapannya tu.
Ada juga yang tahu mengenai DURIAN. Berbau kuat tetapi tak ramai yang merasa lagi makanan tersebut. Saya maklumkan kepada mereka, yang Pengetua mereka sukakan durian.
Di Korea pula, boleh lihat banyak buah epal, pear dan pic yang saiz gedabak besar-besar. Tambah-tambah lagi epal yang memang merupakan antara buah utama di Daegu suatu ketika dahulu. Boleh tengok video saya ke Seomun Market untuk tengok saiz-saiz buahnya.
Satu daripada kelas yang kami pergi, akan mewakili sekolah ke pertandingan koir. Tak pasti pula untuk peringkat apa, tapi pertandingan akan diadakan pada bulan Oktober nanti. Cikgu tersebut juga mengajak kami bersama-sama untuk memberi sokongan kepada pasukan sekolah Daegu Girls Commercial High School. Tak sabar nak tengok!
Jadi bagi menghormati kehadiran kami ke kelas mereka, maka mereka membuat satu persembahan dengan tajuk lagu 'Beautiful Nara' atau pun bermaksud "negara yang cantik". Pada hari persembahan nanti pula, pelajar akan memakai Hanbok, pakaian tradisional Korea. Wah.. lagi tak sabar nak tengok!
Sebelah petangnya kami bersama Guru Mentor, Kim Songsaenim menaiki bas. Tujuannya dia nak ajar menggunakan pengangkutan bas dan subway yang ada di Daegu nih bagi memudahkan pergerakan kami. Dari tempat kami tinggal, memang kemudahan bas dan subway sangat lah mudah dan menyenangkan. Lagi best, tiket adalah percuma jika masa perjalanan kurang daripada 30 minit!
3 Ulasan
wah...bestnya..new experience
BalasPadampuas no cikgu dok sana :)
BalasPadamtak puas! :)
Padam