Lambat sikit kali nih saya updatekan mengenai sesi perkongsian saya di SMA Hira, Seksyen 26, Shah Alam. Kesibukan menguruskan persediaan untuk ke Korea dan juga kekangan masa semasa Program Orientasi di IPBA juga menyebabkan beberapa kali penulisan saya ini tertangguh. Tapi bagi tak menghampakan adik-adik di SMA Hira, saya cuba cari masa sebaik mungkin untuk coretkan sesuatu buat mereka.
Perjalanan saya ke Shah Alam sebenarnya adalah bagi tujuan menghantar sebahagian beg yang akan dibawa ke Korea. Dalam masa yang sama, setelah sekian lama berjanji dengan Cikgu Farhan, maka kali nih adalah masa untuk menunaikan janji. Lagipun Cikgu Farhan nih memang gigih memujuk saya sejak dari awal tahun lagi. Tak sampai hati plak nak mensia-siakan usaha beliau.
Sesi perkongsian berlangsung pada waktu petang. Saya sebenarnya tak gemar sket kalau waktu petang nih, sebab mata semua pakat kuyu, mengantuk nak tidur. Tapi saya cuba usahakan yang terbaik, supaya setiap adik-adik SMA Hira dapat ilmu berguna sepanjang saya di sini.
Bilangan mereka tak ramai. Kalu tak salah saya dalam 15 orang macam tu sahaja. Pelajar lelaki lebih ramai daripada pelajar perempuan.
Mula-mula, diam saja mereka sebab masih malu-malu dengan cikgu yang mereka tak pernah tengok nih. Tapi lama-lama aktiviti menjadi lebih baik dengan penyertaan pelajar yang lebih aktif. Banyak dah bercakap.
Beberapa kali saya uji mereka akan kefahaman mengenai konsep Sains. Ada yang ok, ada juga yang tak ok. Namun masih ada masa untuk memperbaiki. Sempat juga kami buat revision untuk bab dari tingkatan 1 dan juga tingkatan 2.
Ceramah berakhir pada jam 5 petang. Ada banyak lagi perkara yang nak dikongsi, tetapi disebabkan ramai pelajar yang berulang dari rumah, maka saya cuma sempat kongsikan mana yang termampu. Seperti biasa, sesi fotografi lah kan pastu.
Terima kasih juga yang tak terhingga kepada pihak SMA Hira, terutamanya Cikgu Farhan yang memberi ruang dan peluang untuk saya berkongsi ilmu dengan adik-adik di sini. InshaAllah semoga perhubungan ini berterusan bagi menambahbaik ilmu kita masing-masing. Tak lupa juga untuk hadiah kenang-kenangan yang cukup istimewa! Terima kasih banyak!!
Dan istimewa buat adik-adik di SMA Hira, sila belajar rajin-rajin yer! Kuasai ilmu dunia dan juga ilmu akhirat. InshaAllah selamat semuanya nanti. Cikgu doakan semoga adik-adik di SMA Hira nih mendapat keputusan paling cemerlang untuk PT3, terutamanya bagi subjek Sains. Amin!
- HOME
- SAINS KSSM
- _SAINS T1
- _SAINS T2
- _SAINS T3
- _SAINS T4
- _SAINS T5
- IDEA SAINS KREATIF
- PEMBELAJARAN ABAD KE-21
- STEM
- _PANDUAN
- GURU CEMERLANG
- __1: BORANG
- __2: FILING
- __3: PDPC
- __4: NAZIR
- _REFLEKSI
- __REFLEKSI 2013
- __REFLEKSI 2014
- __REFLEKSI 2015
- __REFLEKSI 2016
- __REFLEKSI 2017
- __REFLEKSI 2018
- __REFLEKSI 2019
- GURU GLOBAL
- _80 HARI DI KOREA
- _STELR STEM BANDUNG
- _GURU NASA @USA
- _KI HAJAR DEWANTARA
- _CERN @GENEVA
- CIKGU HAILMI
0 Ulasan