Tugasan Sekolah
1. Menyiapkan sukatan pelajaran bagi kesemua kelas yang saya ajar. Ini bermakna, tidak ada kelas yang tertangguh untuk tahun hadapan jika saya sambung pada kelas yang sama.
2. Menyediakan Nota Serah Tugas, bagi memudahkan sebarang urusan guru-guru lain ketika mencari bidang tugas yang saya tinggalkan.
Tugasan Peribadi
1. Membuat research mengenai Daegu dan sekolah, Daegu Girls Commercial High School. Maklumat mengenai Daegu agak banyak. Cuma agak sukar sikit nak dapatkan maklumat bagi sekolah kerana website nya menggunakan Bahasa Korea.
2. Mengemaskini Pasport Antarabangsa. Harus tahu bahawa dalam tempoh perjalanan, sekurang-kurangnya masih perlu berbaki 6 bulan. Walaupun tempoh luput belum tiba, tapi saya terpaksa juga renew kerana berbaki hanya lagi 4 bulan. Dengan bayaran RM200 bagi 5 tahun, dan tempoh menunggu siap hanya dalam masa 30 minit, saya dah ada pasport baru. Tahniah Imigresen Perlis!
3. Sebagai bekalan di sana nanti, saya telah menukarkan sejumlah wang kepada matawang Won bagi memudahkan perbelanjaan. Bukan rezeki saya lah kot sebab kebetulan mata wang Ringgit Malaysia tengah jatuh berbanding Won. Maka tukaran pun dapat sedikit berbanding biasa.
4. Bagi memudahkan penggunaan duit di sana nanti, maka saya mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengaktifkan laluan kad kredit dan kad atm untuk penggunaan antarabangsa, sepanjang berada di sana. Boleh aktifkan melalui panggilan telefon, atau ke kaunter atau melalui mesin atm. Bagi Kad Debit Bank Islam, cas yang dikenakan untuk setiap kali pengeluaran adalah sebanyak RM10.60. Manakala bagi kad kredit CIMB, cas yang dikenakan adalah 1%, yang mana hanya boleh diaktifkan 2 minggu sebelum keluar negara.
5. Barang kebudayaan yang akan dibawa juga disenaraikan dengan baik. Ini bagi mengelakkan daripada membawa barang yang sama. Justeru itu, perbincangan dengan partner sekolah adalah sangat penting.
6. Barang makanan yang siap masak juga harus dibawa sebagai bekalan untuk makan nanti. Seorang rakan guru mencadangkan jenama Brahim's. Jika di hypermarket, akan ada lebih banyak lagi pilihan lain seperti Kathy's kitchen dan lain-lain pada harga yang lebih kurang sama.
Tugasan Kumpulan
1. Seperti yang dikatakan tadi, barang kebudayaan dan pakaian perlu dibincangkan dengan baik antara ahli kumpulan. Maka kami membahagikan tugas sesama kami secara tak langsung.
2. Cikgu Zubaidah banyak memberikan maklumat mengenai elaun yang layak dipohon serta membantu ahli kumpulan membuat kad nama. Kad nama merupakan satu perkara yang penting bagi masyarakat Jepun dan Korea.
3. Cikgu Pauline pula aktif membantu dalam mendapatkan barang-barang goodies daripada Kraftangan Melaka, dan juga JKKN Melaka. Hebat. Banyak goodies yang mereka beri untuk kami gunakan sepanjang di Korea nanti.
4. Cikgu Syira yang sudah familiar dengan Tourism Malaysia pula menguruskan bahan-bahan hadiah dan pamplet daripada agensi berkenaan. Penuh satu bonet kereta bahan-bahan yang diberikan oleh Tourism Malaysia. Sangat membantu. Terima kasih!
5. Bagi pameran mini Malaysia, ramai juga ahli yang membantu memberi idea. Tapi semuanya harus dikemaskini jika sudah bertemu nanti semasa orientasi.
Pendek kata, banyak juga persediaan yang harus dilakukan untuk menghadapi tempoh 3 bulan di Korea ini. Perubahan demi perubahan harus kami sesuaikan dengan maklumat yang kami perolehi daripada penyelaras program, iaitu Pn Siti Maryam Sulaiman, BPG KPM. Walau apa pun, inshaAllah kami akan lakukan yang terbaik mungkin! Doakan kejayaan kami nanti.
2 Ulasan
Saya ingin bertanya, sekiranya saya ingin mengikuti program pertukaran guru ke Korea, bagaimana untuk melibatkan diri atau berdaftar untuk ke arah itu?
BalasPadamYang ini ada keluar iklan pada bulan Mei kalau tak salah saya.. apply, interview dan akhirnya kalau ada rezeki, KeKOREALERKITER.. :D
Padam