Kawasan istana sangat luas. Pagar dan pintu nya saja dah berlapis-lapis di dalam. Saya tak masuk pun ke dalam sebab kesuntukan masa nak ke tempat lain juga. Maka kami hanya bergambar di kawasan pagar depan tu sahaja. Nak masuk ke dalam kawasan istana, ada bayaran. Tapi tak ingat pulak saya.
Kebetulan semasa berada di sekitar kawasan pagar utama, ada majlis pertukaran pengawal. Sempat juga saya rakamkan video pertukaran pegawai. Kemudian baru lah tahu, ada 2 jenis istiadat yang berlaku di sana. Yang pertama adalah pertukaran kedudukan pengawal dan lagi satu adalah istiadat pertukaran tugas pengawal. Pertukaran kedudukan tu biasa saja. Kalau yang pertukaran tugas tu siap ada dengan gendang dan muzik tambahan. So, kalau nak pergi tengok adat istiadat nih, sila lah survey masa pertukaran pengawal tu.
Masuk balik ke kawasan pagar, kami ke bangunan bersebelahan dengan pagar utama. Di sini rupanya disediakan perkhidmatan mencuba pakaian pengawal tadi secara percuma. Hanya perlu beratur ambik giliran dan mengikut masa yang ditetapkan. Yeay! Mesti lah kami nak cuba kan.
Dah selesai bergambar di Gyeongbokgung Palace, kami bergerak ke Nandaemun pula. Di sini ditempatkan kedai-kedai yang lebih kurang macam Petaling Street. Kalau nak dapatkan makanan, pakaian dan juga cenderamata di sini ada banyak pilihan. Murah-murah plak tu. Ada kedai yang tawarkan baju 'I Love Korea' dengan harga 10 000 Won (RM36) bagi 3 helai baju. Rasanya yang paling murah saya jumpa setakat nih. Cuma sayang sket, masa kunjungan kami ke Nandaemun nih tak banyak kedai bukak sebab cuti Chu-seok. Kalau tak, tentu lagi meriah!
Dari sana pulak, kami bergerak ke N Seoul Tower. Ada juga yang sebut sebagai Namsan Tower dan ada juga yang sebut Seoul Tower. Semua pun boleh. Ini adalah menara telekomunikasi bagi penyiaran radio, tv dan telefon di Seoul. Dari atas nih boleh nampak pemandangan kota metropolitan Seoul yang penuh bercahaya. Memang menarik.
Nak jadi cerita, kunjungan kami ke sini tak kena masanya. Ramai sangat orang yang beratur menunggu nak naik cable car ke N Seoul Tower. Setelah membuat perbincangan sesama ahli kumpulan, maka kami putuskan untuk mendaki menggunakan tangga. Ramai juga pengunjung lain yang buat benda yang sama. Jadi tak lah terasa penat sangat sambil melihat gelagat orang lain. Jaraknya? 1.2km!
Hampir 1 jam kami mendaki, kami sampai ke check point yang berdekatan dengan puncak. Di sini ditempatkan banyak pokok-pokok kunci cinta. Wahhhhh.. penuh mangga kunci yang diletakkan di situ dengan tertulis nama bersama pasangan masing-masing. Konon-konon cinta terkunci di bukit ini ler.. Wah gitu..
Kemudian terus ke kawasan menara. Kami tiba lebih kurang pada jam 8 malam. Maka pemandangan malamnya adalah sangat cantik! Walaupun penat dan berpeluh habis, tiba-tiba saja dapat tenaga baru bila saksikan pemandangan Kota Seoul yang indah. Hilang penat!
Kami ambil peluang juga untuk bergambar dengan gambar kerusi patah yang membentuk bentuk love. Kreatif! Kata seorang rakan, lokasi ini banyak digunakan sebagai kawasan penggambaran drama-drama Korea.
Di atas N Seoul Tower ini juga ada disediakan kedai cenderamata yang menjual barang kenang-kenangan untuk dibawa pulang. Harganya juga tidaklah mahal sangat. Boleh dibeli, kerana kata rakan saya, beberapa item di sini memang tidak terdapat di mana-mana kedai di tempat lain di Seoul. Turut dijual pelbagai mangga yang digunakan untuk dikunci pada pokok cinta.
Selesai bergambar dan berehat, kami pun mulakan pendakian turun. Kali nih tidak lah sepenat yang pertama tadi. Lebih mudah dan lebih selesa. Sampai ke rumah malam, jangan lupa rendamkan kaki dalam air panas, supaya segar semula. Kemudian boleh terus tidur lena dengan nyenyaknya sekali!.. ;)
Nak tahu susah ke senang saya dan kawan-kawan panjat Namsan Tower, jemput tonton video perjalanan saya untuk hari ke - 18 di Korea.
1 Ulasan
wah...cikgu ke korea 80 hari? untuk apa ni?
BalasPadam