Tugasan kami pada hari ini adalah untuk memperkenalkan Malaysia. Daripada perbincangan dengan beberapa orang guru, pihak sekolah mahukan kami berkongsi mengenai Malaysia dengan semua 30 kelas bagi ketiga-tiga gred. Maknanya, satu sekolah akan tahu mengenai Malaysia lepas nih. Bagus! I like!
2 kelas yang pertama, Hanne yang mengajar. Manakala 2 kelas yang terakhir dalam jadual waktu, saya pula yang ajar. Di akhir nanti, akan ada 15 kelas yang diajar oleh setiap seorang guru mengenai budaya Malaysia.
Maka untuk ini, saya dan Hanne telah menyediakan powerpoint yang sama bagi digunakan nanti. Powerpoint yang ringkas, tanpa banyak tulisan dan penuh dengan gambar. Jika ada video yang sesuai, boleh tunjukkan terus daripada Youtube dengan menggunakan komputer lengkap internet yang disediakan dalam setiap kelas.
Saya mulakan powerpoint dengan pertanyaan, 'Di mana Malaysia?'. Walaupun soalan basic, tapi jangan kecik hati yer kalau orang luar negara tak tahu pun kat mana Malaysia nih. Kerap kali juga yang keliru Malaysia dengan Singapura atau Indonesia. Maka di sinilah tugas kita untuk memperkenalkan Malaysia dan budaya kita kepada mereka.
Selepas dah tunjuk kat mana Malaysia, maka saya teruskan dengan jumlah populasi. Oleh sebab mereka nih pun bukannya tahu sangat pasal Malaysia, maka saya cuba terus bandingkan dengan Korea. Nak berkomunikasi tu lagi satu hal. Terpaksa ada guru mentor yang bertindak sebagai translator untuk mereka.
Antara yang turut diperkenalkan adalah bendera Malaysia, matawang, makanan, tempat-tempat menarik di Malaysia. Perbandingan antara Malaysia dan Korea lebih memudahkan mereka faham apa yang saya nak sampaikan. Oh ya! Baru saya tahu rupanya bunga kebangsaan Korea juga adalah bunga raya! Sama seperti negara kita..
Bila dah habis cerita, maka saya buat sesi soaljawab bersama pelajar-pelajar nih. Macam biasa, ramai yang akan bertanya pasal pelajar sekolah di Malaysia dan juga soalan budak-budak Malaysia cantik-cantik dan hensem-hensem tak.
Jawapan saya mudah saja. Definisi kecantikan tu adalah berbeza mengikut kebudayaan masing-masing. Korea ada cantik versi Korea, dan Malaysia ada cantik versi Malaysia.
Nak bagi mereka lebih faham, saya tayangkan video dari Youtube mengenai 'How Korean React to Malaysian Superstars". Untuk versi lelaki dan juga versi perempuan. Disebabkan video tersebut menggunakan bahasa Korea, maka lebih mudah untuk mereka 'hadam' apa yang saya nak maksudkan.
0 Ulasan