Kali ini, latihan disertai oleh hampir kesemua mereka yang terlibat dalam persembahan muzikal tersebut. Semua orang, maksudnya termasuk dengan team-team di belakang tabir seperti juruaudio, juruteknik cahaya, koreografer dan lain-lain lagi.
Latihan diadakan beberapa kali.
Paling saya terkejut adalah melihat komitmen yang diberikan oleh beberapa orang pengetua yang turut menyertai muzikal tersebut, termasuk Pengetua saya. Memang sanggup bersama-sama, dari mula sehingga ke akhir latihan, sekalipun latihan ada masanya tidak melibatkan watak mereka.
Lagi satu yang saya dapat saksikan adalah, kerjasama yang diberikan oleh setiap mereka. Memang terbaik lah. Sikap tolak ansur dan hormat menghormati yang tinggi membolehkan mereka bekerja dengan aman dan harmoni. Unsur-unsur hormat sesama lain tu sangat diterapkan dalam budaya kerja mereka. Maka semua orang kelihatan, sangat profesional.
Part nangis memang tak payah cerita lah. Betul-betul diorang menghayati watak sampai bersungguh-sungguh menangis. Hu hu hu. Macam tengok drama Korea plak. Live.
Oleh sebab sesi latihan yang memakan masa yang sangat panjang, maka beberapa kali juga saya mohon diri untuk berada di ruang lain. Untuk sembahyang dan juga untuk tidur sekejap. Hahaha. Mengantuk weh!
Sesi tamat pada jam 10 malam. Memang semua orang pun letih. Beberapa kali saya melihat guru mentor, Kim Songsaenim juga terhangguk-hangguk menahan mengantuk semasa latihan berlangsung. Kyo jang songsaenim (Pengetua) juga beberapa kali tersenyum melihat saya asyik bertanya, 'Are you tired, Hailmi Songsaenim?".. hehehehe.. senyum balik ler jawabnya.. ;)
0 Ulasan