About Me

80 Hari ke Korea : Hari 38 (Edit Video dan Promote Instagram & Twitter)

Lega juga hari Sabtu nih dapat berehat panjang. Aktiviti di sini, biasanya penuh dan padat hampir pada sepanjang masa. Ada saja benda yang nak dibuat oleh guru Mentor dan juga Pengetua. Jadi saya gunakan hari Sabtu yang tiada aktiviti ini, seenak-enaknya di rumah sahaja.


Masa saya diluangkan untuk mengedit video yang sudah sekian lama tertunggak dek kerana laptop yang rosak pada 2 minggu lepas. Memang sengsara juga dok memikir pasal laptop tu. Apatah lagi bahan-bahan penting yang ada dalam laptop tu sejak daripada saya mula-mula mengajar. Sedih woo. Cuma berharap masih ada sinar harapan untuk dibaikpulih semula setelah balik ke Malaysia nanti.


80 Hari ke Korea : Hari 38 (Edit Video dan Promote Instagram & Twitter)


Hasil bertungkus lumus menghadap laptop sehari nih, maka sempat juga saya siapkan 2 buah video. Macam biasa lah, saya gunakan Cyberlink Powerdirector untuk edit video-video tu semua. Tak hebat mana pun. Ilmu yang sama jugak lah diperturunkan kepada anak murid saya selama ini. 


Oleh sebab banyak masa yang terluang juga, maka saya gunakan untuk memperluaskan lagi jaringan media sosial saya. Ecehh.. Beberapa media sosial yang jarang saya gunakan, seperti Twitter dan juga Instagram perlu dipromosikan lagi supaya lebih ramai yang boleh menggunakan bahan pendidikan yang terdapat dalam blog dan channel youtube saya. 


80 Hari ke Korea : Hari 38 (Edit Video dan Promote Instagram & Twitter)
Jom follow Twitter dan Instagram Cikguhailmi!

Dan seperti biasa, mana ada benda yang boleh datang hasil dengan segera. Kena sabar. Kena istiqamah. InshaAllah jika berterusan, pasti ada yang 'terperasankan' kehadiran blog saya. Semoga lebih banyak pihak yang mendapat manfaat daripada penulisan di blog pendidikan saya. 




Catat Ulasan

0 Ulasan