Reaksi pelajar memang agak mengujakan. Apatah lagi setelah hampir sebulan berada di sini, sudah banyak perkataan Korea dan juga perkara yang berkaitan dengan Korea, saya telah pelajari. Maka lebih mudah untuk saya menerangkan dan membuat perbandingan apa yang sama dan apa yang berbeza di Malaysia dan juga di Korea.
Laptop saya yang sejak semalam rosak, masih buat hal pada hari ini. Waaa.. frust betul apabila ada technician yang datang ke sekolah dan maklumlah bahawa tak dapat nak direpair di sekolah. Perlu bawa balik dulu dan tengok apa yang boleh dibuat. Paling cepat dapat direpair adalah pada Isnin minggu depan.
Tambah lagi parah, katanya laptop saya adalah keluaran lama. Maka banyak perkakas dalamnya sudah outdated. Maklumlah, laptop tu dibeli hampir 4 tahun dulu. Memang dah sampai masa lah kot mintak ganti baru.
Saya tak kisah jika perlu beli laptop baru. Tapi segala data dalam komputer tu perlu diselamatkan. Memang tak ada back up langsung. Hu hu. Sedih jugak la.. Harap-harapnya tokei kedai tersebut masih boleh lakukan sesuatu untuk dapatkan balik data dalam harddisk tu, sekurang-kurangnya.
Tengah dok bersedih memikir nasib laptop kesayangan tu, Lee Songsaenim mengajak saya untuk membantunya bagi proses shooting bagi video promo sekolah. Yer. Di sekolah saya ini, mereka ada video promo khas yang digunakan semasa mempromosikan sekolah ini kepada pelajar-pelajar perempuan di Middle School.
Jom tengok saya kongsikan sebahagian daripada video promo tersebut. Kot-kot ler ada idea nak buat untuk sekolah anda juga. Selamat mencuba!
0 Ulasan