Latihan civil defense bermula dengan bunyi siren yang panjang. Kemudian bunyi ini disusuli dengan pengumuman daripada guru melalui sistem pembesar suara sekolah. Tak saya pasti apa yang diperkatakan, (Bahasa Korea digunakan sepenuhnya), tetapi saya rasa ler mungkin memaklumkan kepada pelajar akan kecemasan dan apa yang pelajar perlu buat. Pesanan diulang berkali kali. Saya rasa hampir 10 minit juga mendengar pengumuman yang sama.
Bila saya keluar dari bilik guru, kelihatan masih ada sebahagian pelajar yang beratur di kawasan berhampiran tangga. Mereka sedang menunggu giliran untuk menuruni tangga selepas kelas lain. Nampak sangat teratur. Tak ada yang nak bising-bising atau dalam keadaan yang tidak terkawal.
Homeroom teacher (guru kelas) berada di depan bagi mengawal pergerakan pelajar. Termasuk memastikan semua pelajar sudah berada di dalam barisan, sebelum semuanya turun bersama-sama ke ruang lapang atau pun padang sekolah.
Semua beratur dalam barisan mengikut kelas masing-masing. Guru-guru dibekalkan dengan senarai nama pelajar bagi memastikan semua pelajar selamat dan berada di tapak berkumpul. Kyo gam Songsaenim (PK1) membuat beberapa pengumuman lain yang berkaitan dengan langkah keselamatan yang perlu ditekankan oleh pelajar semasa menyelamatkan diri semasa bencana berlaku.
Tiada latihan memadam kebakaran diadakan semasa latihan ini kerana sudah diadakan semasa semester 1 yang lalu. Jemput tengok video pendek bagaimana latihan civil defense diadakan di Korea.
0 Ulasan