About Me

80 Hari di Korea : Hari 34 (Jom Belajar Masak Makanan Malaysia)

Tak sabar juga nak ajar pelajar-pelajar Korea ini memasak pada hari nih. Cikgu kelas memasak mereka, dah banyak kali asyik datang tanya masakan Malaysia. Jadi, seperti yang dipelajari semasa orientasi KOMTEP di IPG Bahasa Antarabangsa, maka kami pun bercadang nak masak Kuih Keria. 





Ramuan Kuih Keria pun senang saja. Saya yang tak reti masak nih pun rasanya boleh buat. Sekadar lenyek ubi keledek yang dah direbus, tambah tepung gandum, buat bulat-bulat cam donut, pastu terus goreng. Ha ha ha. Bunyi macam senang giler kan?

Kelas yang kami gunakan untuk kelas memasak masakan Malaysia nih adalah kelas Grade 3. Asalnya ada 30 orang. Tetapi disebabkan mereka ramai yang dah dapat kerja, maka sekarang nih hanya tinggal lebih kurang 8 orang sahaja. So, lebih senang nak bekerja dan nak mengawal mereka.







Walaupun ada sedikit masalah dari segi nak berkomunikasi dengan mereka, namun banyak perkara dapat dipermudahkan melalui penggunaan teknologi. Powerpoint disediakan, lengkap dengan video yang terus dilayari daripada Youtube. 

Lebih senang pelajar nak faham sebab hanya perlu tengok daripada video. Nasib baik lah sebab di Korea nih, bengkel memasak pun lengkap ada komputer, LCD projektor dengan sambungan internet yang super duper laju. Memang terbaik!









Masa yang diperuntukkan lebih kurang 2 waktu, iaitu 2 jam jugak lah. So, memang masa menyediakan adalah cun-cun dengan masa yang diberikan.  He he he. Nervous juga masa mula-mula siap masak tu. Sebab blom rasa. Tapi lepas rasa, memang ok ler. Sebab sengaja dikurangkan kuantiti tepung gandum supaya taknak keras sangat kuih keria tu. So taktik menjadi! 

Bagi menyerap lebih baik dengan budaya Korea, maka pelajar dibenarkan untuk membuat pelbagai bentuk dan corak kesukaan mereka. Maka keluarlah segala kekreatifan mereka. Ada yang buat bentuk Hello Kitty, bentuk bulat, bentuk Snow Man dan tak lupa juga bentuk Seong Pyeong, makanan tradisi Korea.







Disebabkan rasa pun dah agak ok, maka beberapa orang guru dijemput untuk merasa Kuih Keria tersebut. Antaranya Kim Songsaenim (guru Mentor), Lee Songsaenim (geng kamera), Kyo Jang Songsaenim (Pengetua) dan Kyo Gam Songsaenim (PK1). Harap-harap mereka suka ler! 






Catat Ulasan

0 Ulasan