Sejak datang ke Daegu Girls Commercial High School nih, saya banyak juga diberi tanggungjawab untuk merakam video aktiviti sekolah. Kiranya jadi videografer rasmi sekolah ler. Bersama-sama dengan team guru yang sangat sporting dan sempoi, Lee Songsaenim dan Kim Songsaenim. Maka saya pun enjoy lah jugak bekerja sebab dapat teammates yang bagus-bagus macam diorang.
Sebagai intro, saya dapatkan dulu aktiviti persiapan pelajar-pelajar. Ada 5 buah kelas yang mengambil bahagian dan dibantu oleh homeroom teacher (guru kelas) dan juga seorang pembantu daripada yayasan tersebut yang datang dari Kota Seoul.
Tahu apa yang paling saya kagum?
Walaupun aktiviti berlangsung pada hari Sabtu, tetapi semua 30 orang pelajar dalam kelas, hadir dan mengambil bahagian! Wah.. tak dapat saya nak bayang kalau aktiviti ini dijalankan di sekolah kita. Kelas tambahan pun jenuh nak merayu supaya datang. Siap umpan nasi lemak dan kuih bagai.
Dan juga pelajar hanya diberi masa selama 2 hari untuk membuat persediaan muzikal ini. Ini termasuk bermula dengan membuat skrip, latihan menyanyi, menari dan berlakon. Serta setting atas pentas! Hebat kan budak-budak nih..
Dalam jam 2 petang camtu, maka acara pun bermula.
Masing-masing kelas cuba mempamerkan persembahan yang terbaik. Banyak juga aksi-aksi lucu yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar ini. Baru saya tahu rupanya berbakat besar juga budak-budak nih.
Dan satu perkara yang saya perasan, pihak sekolah selalu menggunakan aktiviti seni sebegini bagi menarik minat pelajar untuk belajar. Sebab tu boleh tengok banyak sangat aktiviti kesenian yang dijalankan di sekolah. Semua jenis seni, termasuk seni melukis, seni lakonan, seni main alat muzik dan seni nyanyian.
Akhir pertandingan, beberapa orang pelajar dijemput ke atas pentas secara rawak bagi berkongsi perasaan mereka sepanjang aktiviti ini dijalankan. Refleksi daripada pelajar. Satu perkara menarik yang saya rasa boleh dipraktikkan kita di Malaysia. Banyak kesannya kepada pelajar yang menyertai dan juga pelajar lain.
Kyo jang songsaenim kemudiannya menyampaikan hadiah kepada pemenang. Lucu juga bila melihat hadiah hanya dibungkus dengan kertas putih kosong dan juga dilabel dengan menggunakan pen marker sahaja. Tapi mungkin itu adalah budaya mereka. Jom jemput tengok aksi mereka dalam bentuk video plak.
0 Ulasan