Jadual keretapi laju KTX ke Daegu adalah pada jam 9 pagi. Maka saya bergerak lebih awal kerana tak familiar sangat dengan jalan-jalan di Seoul nih. Apatah lagi dengan subway mereka yang berselirat, maka perjalanan perlu dirancang dengan baik dan penuh informasi. Kalau tak, merata lah anda pegi jawabnya.
Saya tiba awal di Seoul Train Station, lebih kurang jam 8 pagi. Awal giler. Terima kasih atas panduan mantap yang diberikan oleh Cikgu Zubaidah dan juga Cikgu Razak. Senang saya nak ikut. Memudahkan.
Naik sahaja tren, terus saya tidur. Hahahaha.
Sampai di Daegu, terus ke Dongdaegu Station yang terletak bersebelahan dengan stesyen keretapi KTX. Kemudian terus balik ke rumah. Walaupun akan sibuk dengan latihan muzikal yang semakin ketat jadual, tapi masih ambik masa untuk memasak stok bekalan makanan yang baru dihantar dari Malaysia.
TQ Cik Siti Mariam dan juga Puan Rosnarizah yang bersusah payah berusaha untuk memastikan bekalan sampai kepada saya di Korea ini. Terima kasih banyak-banyak atas jasa baik anda berdua! Anda membuatkan saya sangat gembira menjalani hari-hari terakhir di Korea dengan makanan Malaysia nih.
Sesi latihan muzikal bermula pada jam 2 petang. Memang agak memenatkan. Apatah lagi saya baru tiba dari Seoul pada tengahari, makan tengahari dan terus ke sesi latihan. Dengan baki latihan hanya ada beberapa hari saja lagi, maka saya pun tak kisah lah sangat. Sedikit lagi dah nak sampai ke penghujungnya.
0 Ulasan