Seokmo Island adalah pulau kecil yang terletak di Paju. Kecil sahaja pulau nya. Dan alam sekitarnya merupakan tarikan utama pelancong untuk ke sini. APCEIU menggunakan 2 biji bas bagi membawa kesemua guru dan delegasi yang terlibat dalam program ini. Feri untuk ke Seokmo Island juga mampu untuk memuatkan bas dan lori. Maka perjalanan jadi lebih mudah.
Paling best masa naik feri nih adalah sebab feri akan dikelilingi oleh burung camar laut (seagulls). Lawa kot! Memang terbang dekat gila. Kami ambil peluang untuk bergambar beramai-ramai. Memang sporting aih burung-burung nih.
Dari sana kami dibawa berpusing-pusing ke seluruh pulau. Dan akhirnya dibawa melawat ke sebuah pantai. Kebetulan pula, tengah surut. Maka nampak lah selut dan lumpur nya. Biasa saja di mata saya. Tapi, di mata guru-guru Mongolia, ianya sangat berbeza. Sebab ini adalah kali pertama mereka melihat laut. Mongolia tiada laut. Jadi mereka sangat excited.
Selesai di pantai ini, kami bergerak ke Bomunsa, sebuah tokong Buddha yang terletak di atas sebuah bukit. Senibinanya agak cantik dengan suasana dan persekitaran musim autumn yang sangat cantik.
Kemudian kami menjamu selera di sebuah gerai makan yang cantik dengan hiasan ala Inggerisnya. Memang cantik sungguh hiasan dalaman kedai ini. Makanan saja yang sedikit kurang cantik, sebab rasa ala Korea. Sekadar boleh makan.
Dari sini, kami berpecah kepada 2 lagi kumpulan. Satu kumpulan akan ke Seoul Station, manakala satu lagi kumpulan akan ke APCEIU. Saya bersama rakan-rakan ke APCEIU, kerana akan bermalam lagi beberapa hari di Seoul untuk menunggu hari Ahad. Boring kot kalau dah sampai Seoul, tapi tiba-tiba terus balik ke Daegu. Ambil peluang dan masa untuk bersosial dengan rakan-rakan di Seoul dulu.
2 Ulasan
Saya amat tertarik dengan lawatan tuan selama 80 hari. Bagaimana tuan mengurus lawatan ini dan bagaimana mendapat dana untuk lawatan ini. tq
BalasPadamProgram pertukaran guru ini adalah di bawah anjuran APCEIU UNESCO yang berpusat di Seoul, Korea dengan kerjasama KPM. Dana sepanjang 3 bulan di sini adalah daripda UNESCO.
Padam