Bermula daripada hanya berdiri sebagai pak pacak, sekarang saya sudah diberi 4 baris dialog dan juga menari untuk satu lagu. 4 baris dialog dalam Bahasa Korea ok. Walaupun pendek-pendek sahaja baris ayatnya, tapi nak mengingat tu.. adeyhhh...
Seingat saya, banyak kali juga jalan cerita muzikal ini diubah. Semuanya adalah secara spontan oleh pengarah yang sangat berbakat. Memang talented sungguh pengarah saya nih. Kesesuaian pelbagai faktor diambil kira bagi memberikan hasil yang terbaik. Memang syabas lah untuk beliau!
Hari latihan terakhir nih jugak kami perlu mengenakan pakaian sama seperti pakaian yang akan digunakan semasa persembahan nanti. Bagi saya, saya akan kenakan 3 pasang baju yang berbeza untuk 3 scene kemunculan saya.
Scene pertama mengenakan baju Melayu untuk sesi ke parti jualan lukisan. Scene kedua adalah untuk upacara pengkebumian dengan mengenakan trench coat hitam. Dan scene terakhir adalah mengenakan coat hitam bersama dengan bow tie untuk acara lelongan lukisan. Ini jugak adalah scene terakhir dalam muzikal.
Bagi menampakkan kelainan dan antarabangsa nya muzikal kami nih, maka puan pengarah muzikal menggalakkan saya untuk mengenakan pakaian tradisional Malaysia, baju Melayu semasa scene awal pembukaan dan juga semasa scene untuk menari. Bangga juga dapat peluang untuk pamerkan baju tradisional Malaysia di acara pendidikan kat Korea nih!
0 Ulasan