About Me

80 Hari di Korea : Hari 46 (Majlis Perkahwinan Korea)

Hari ini kami menerima jemputan kahwin daripada seorang rakan guru daripada sekolah yang sama, Daegu Girls Commercial High School. Cikgu Chae Sol A yang cantik lawa, comel cute nih akan melangsungkan perkahwinan dengan seorang ahli farmasi, kawan lama seuniversiti dengan beliau. Maka ke sana dengan pengetua dengan menggunakan kereta pengetua.




Majlis dilangsungkan di dewan perkahwinan. Di dewan tersebut ada 6 lagi majlis perkahwinan yang sama juga sedang berlangsung. Kami ke kaunter yang menempatkan nama pengantin, dan diberikan kupon untuk makanan nanti. Ramai jugak rakan-rakan guru yang turut serta bersama meraikan majlis tersebut.









Sebelum berarak ke dewan utama, pengantin ada sesi fotografi terlebih dahulu di bilik menunggu. Memang cantik betul cikgu sekolah saya tu hari nih. Hehehe. Sekali seumur hidup kan nak melawa melawa macam nih. Jadi kami pun ambil peluang untuk bergambar dengan beliau.





Selesai bergambar di sana, kami bergerak ke dewan utama untuk majlis. Majlis berlangsung dengan sangat cepat. Sinonim dengan Korea yang memang nak cepat dan pantas bagi semua perkara. Majlis dimulakan dengan perarakan masuk pengantin. Kemudiaan upacara bacaan ikrar perkahwinan dan restu daripada ibubapa kedua-dua belah pengantin. 







Paling menarik sebab pelajar kelas Cikgu Chae Sol A nih kemudiannya membuat persembahan istimewa untuk guru kelas mereka ini. Memang sweet sangat! Hadirin pun suka sangat tengok persembahan cute budak-budak nih.





Acara selesai lebih kurang 30 minit sahaja. Kemudian semua tetamu dan jemputan akan bergerak ke dewan makan yang menyediakan makanan secara buffet. 

Menjadi adat orang Korea adalah memberikan sejumlah wang kepada pasangan pengantin sebagai tanda terima kasih dan juga tahniah atas perkahwinan. Bagi tetamu yang tidak hadir, tetapi juga turut memberikan wang, mereka akan dikirimkan dengan hadiah yang senilai dengan harganya.




Satu lagi kelainan pada majlis kahwin orang Korea adalah, mereka akan adakan majlis perkahwinan terlebih dahulu. Kemudian baru berdaftar dengan undang-undang. Tak seperti orang Malaysia yang akan mendaftar dulu, kemudian baru melangsungkan majlis perkahwinan. 


Selesai semua acara, kami pun terus balik ke rumah. Berehat.




Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Wahhh.. bertuahnya cikgu dapat join majlis ni. bukan semua orang berpeluang ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu.. kebetulan pula ada majlis kahwin. sekurangnya boleh juga tengok camna majlis kahwin orang Korea

      Padam
  2. biasa tgok dalam tv je hehe.. untung cikgu berpeluang dpt tgok live.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu lah.. beruntung jugak dapat merasa banyak pengalaman dok sini

      Padam