About Me

80 Hari di Korea : Hari 50 (Melawat Sempadan Korea Utara)

Selesai pembentangan untuk mid term review, kami dibawa oleh APCEIU-UNESCO ke satu tempat yang menarik, iaitu Odusan Unification Observatory. Odusan Unification Observatory ini terletak di Paju dan lokasinya betul-betul di sempadan Korea Utara dan Korea Selatan. Hanya sebatang sungai sahaja yang membezakan antara 2 negara yang sangat bermusuhan ini.





Jarak antara sempadan Korea Utara dan Korea Selatan tu tak lah jauh sangat. Yang paling jauh adalah sepanjang lebih 2km dan yang paling dekat adalah lebih kurang dalam 400 meter sahaja. Memang sangat dekat. Boleh nampak beberapa bangunan yang dibina di Korea Utara dari tempat kami berdiri.


Tapi menurut pandangan beberapa orang Korea yang kami temui, bangunan-bangunan tersebut hanyalah bangunan kosong bagi memberi propaganda kemakmuran negara Korea Utara. Entah lah. Tapi memang sangat jarang pun nampak kelibat manusia di sana sekalipun ada banyak bangunan. 









Di Odusan Unification Observatory ini jugak menempatkan mini auditorium dan muzium. Beberapa barangan daripada Korea Utara dipamerkan di sini. Barangan kosmetik dari Korea Utara memang kelihatan agak ketinggalan berbanding Korea Selatan yang bergerak jauh lebih maju.













Malah saya dimaklumkan, keadaan pemakanan di Korea Utara yang tidak sebaik di Korea Selatan menyebabkan saiz badan mereka juga sudah jauh berubah walaupun asalnya adalah satu bangsa yang sama. Saiz badan penduduk di Korea Utara kini semakin rendah kerana pemakanan makanan yang tidak berkhasiat. Manakala penduduk Korea Selatan pula seperti yang kita boleh lihat di TV dan drama, sememangnya tinggi-tinggi dan langsing-langsing. 

Tambah menyedihkan pada minggu lepas, baru sahaja diadakan satu pertemuan semula antara penduduk Korea Utara dan Korea Selatan yang telah lama terpisah disuatu lokasi dirahsiakan di Korea Utara. 





Amatlah menyedihkan jika kita menyedari hakikat sebenarnya kedua-dua negara ini adalah sebenarnya adalah satu negara, dengan satu bangsa, satu bahasa dan dengan satu budaya. Politik yang telah memisahkannya kepada dua negara yang bermusuhan. Itu lah kotornya politik.

Sangat menginsafkan!





Di luar Odusan Unification Observatory pula tersergam patung seorang tokoh daripada Korea Utara yang banyak memberi galakan dan pendidikan kepada rakyat Korea Utara akan pentingnya penyatupaduan antara Korea Utara dan Korea Selatan.


Kami bergerak ke MVL Hotel untuk menginap pada malam ini. Esok ada banyak lagi tempat menarik untuk dilawati! 










Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Kalau berkesempatan boleh cuba masuk ke Korea Utara. Korea Utara dah mula buka pintu untuk orang luar.Tapi banyak prosedur la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. woww.. pasti pengalaman berharga dan sangat mencabar tu.. silap haribulan dah tak boleh balik Malaysia.. hehehehe

      Padam