About Me

80 Hari di Korea : Hari 50 (Pembentangan Mid Term Review untuk KOMTEP 2015)

Selesai sarapan pagi di Guro Hotel hari ini, saya terus menuju ke bilik pembentangan. Di sana sudah kelihatan ramai rakan-rakan guru Malaysia yang sudah tiba sejak awal pagi. Masing-masing berada di meja dengan guru mentor atau pun guru besar di tempat yang disediakan. Bangga juga bila melihat untuk sekolah saya, pengetua dan guru mentor sanggup untuk berada memberi sokongan bersama kami. Daegu Yeosang, fighting!





Mula-mula, saya ingat semua guru akan berkumpul dan mendengar perkongsian dari sekolah masing-masing. Rupanya guru-guru ini dibahagikan mengikut negara masing. Hanya Malaysia dan Filipina sahaja yang berada dalam dewan yang sama, memandangkan mampu berbahasa Inggeris. Bagi guru Mongolia dan Vietnam, mereka diasingkan mengikut negara masing-masing bagi memudahkan sesi perbincangan dijalankan. 






Tetamu kehormat dari Malaysia, adalah Datuk Dr Amin Senin, iaitu Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan juga Puan Rosnarizah Abdul Halim, iaitu Timbalan Pengarah BPG.


Moderator bagi pembentangan ini adalah pegawai pendidikan daripada Kementerian Pelajaran Filipina. Tak ingat pula saya namanya, sebab asyik fokus dengan pembentangan. Maka bagi memberikan keadilan, pembentangan bagi Malaysia dan Filipina diadakan secara selang seli. Mula-mula pasukan dari Malaysia, kemudiannya pasukan dari Filipina sehingga lah habis semuanya. Saya dan Hanne mendapat giliran ke 7.







Berikut adalah slide presentation yang saya buat untuk pembentangan mid term review ini. Saya bahagikan kepada beberapa bahagian untuk menarik minat penonton. Disebabkan internet di Korea nih pun laju debaboom, maka saya ambil inisiatif untuk cuba hasilkan slaid pembentangan dengan menggunakan Prezi, software online yang sangat menarik untuk digunakan bagi pembentangan seperti ini.

Bahagian pertama adalah memperkenalkan Daegu Girls Commercial High School. Disambung dengan aktiviti sekolah dan aktiviti pendidikan yang kami sertai sepanjang berada di Daegu, Korea ini. Banyak juga. Tapi sekeping gambar mewakili setiap aktiviti.





Pembentangan disambung dengan memfokuskan kepada 1 aktiviti pendidikan yang memberi impak besar kepada kami. Atas nasihat Jay, koordinator APCEIU bagi pasukan Malaysia, maka kami pilih Nangang Festival untuk dihighlightkan semasa sesi pembentangan ini. Bagi Jay, Nangang Festival boleh memberi inspirasi kepada sekolah lain dan juga sangat selaras dengan konsep pengantarabangsaan seperti yang dikehendaki pihak UNESCO.



Maklumbalas dari pasukan lain adalah sangat mengujakan bila melihat kepelbagaian aktiviti pendidikan yang dijalankan di sekolah Daegu Girls Commercial High School ini. Pengetua dan juga Guru Mentor berpuas hati dengan pembentangan kami dan feedback yang mereka terima daripada pihak APCEIU dan juga guru-guru sekolah host yang lain. Tahniah untuk Daegu Yeosang!





Secara keseluruhannya, hasil daripada perkongsian ini, banyak juga perkara yang kami belajar daripada kumpulan lain. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Masing-masing ada rezeki dan masalah yang tersendiri. Apa pun, pengalaman ini memang tak dapat nak dijual beli. 




Selesai di majlis pembentangan ini, kami bergerak ke destinasi seterusnya untuk lawatan bersama pihak APCEIU. Lokasi yang menarik dan unik untuk dilawati. Jom teruskan bacaan anda!





Catat Ulasan

0 Ulasan