1. Saranghamida
Program guru penyayang nih sangat hampir sama dengan program guru penyayang sekolah di Malaysia. Guru akan berdiri menyambut pelajar di pagar sekolah bagi mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah. Tentu murid akan jadi lebih bersemangat nak datang ke sekolah. Maklumlah sangat-sangat dialukan oleh warga guru.
Guru beratur menyambut pelajar sambil high five dan menyebut 'Saranghamida' |
Berbeza sedikit dengan di Korea. Semua warga guru akan beratur dalam satu barisan, high-five dengan pelajar sambil menyebut 'Saranghamida' yang bermaksud 'I Love You'.
Perbuatannya nampak kecil dan biasa. Tapi rasanya ada impak besar kepada pelajar. Dalam erti kata lain, pengisiannya tu sangat mendalam dan beri kesan kepada jiwa pelajar yang perlukan kasih sayang di rumah, dan juga di sekolah.
2. Homeroom Teacher
Homeroom teacher adalah gelaran kepada guru kelas. Di sini guru kelas memainkan peranan yang sangat besar dalam perkembangan pelajar di dalam kelas dan sekolah. Boleh kata hampir semua perkara dan aktiviti akan membabitkan pelajar dan homeroom teacher. Justeru itu, guru yang terpilih sebagai homeroom teacher juga akan menerima insentif bulanan lebih kurang RM350.
Homeroom teacher akan berada di dalam kelas sebelum pdp bermula pada jam 9 pagi |
Hubungan baik antara guru kelas dan juga pelajar ini digunakan dengan sebaik mungkin bagi membimbing pelajar. Saya sendiri pernah saksikan bagaimana homeroom teacher memujuk pelajarnya yang sedang menangis teresak-esak dalam bilik English. Sekolah dijadikan sepenuhnya tempat untuk mencurah kasih sayang kepada para pelajar.
3. Masa Bergumbira
Selain daripada hubungan rapat antara guru kelas dan pelajar di sekolah, hubungan ini juga berterusan di luar kawasan sekolah. Kebanyakkan guru kelas akan meluangkan masa bersama pelajar pada hujung minggu atau pada sebelah malam untuk melakukan aktiviti bersama.
Homeroom teacher meluangkan masa bergumbira bersama pelajar |
Antaranya adalah aktiviti makan malam bersama, menonton wayang, menonton perlawanan besbol yang menjadi kegilaan orang Korea dan juga menolong warga emas di pusat perlindungan.
Aktiviti bersama seperti ini dah tentu akan memberikan kesan yang lebih kepada pelajar. Apatah lagi mereka berkongsi banyak pengalaman dan kenangan bersama.
4. Sokong Untuk Berubah
Satu lagi perkara yang saya sempat saksikan sendiri adalah pelaksanaan kempen disiplin 'Jangan Merokok' versi Korea. Kempen diadakan pada awal pagi semasa pelajar datang ke sekolah. Sekumpulan pelajar akan memegang banner dan poster anti merokok sambil mengucapkan kata-kata semangat supaya tidak merokok dan berhenti merokok. Ala-ala cheer kepada kawan-kawan mereka.
Cheer setiap pagi bagi kempen anti merokok |
Manakala bagi pelajar yang berjaya berubah dari merokok kepada tidak merokok, pengetua sendiri yang akan ucapkan tahniah kepada mereka dalam bilik Pengetua. Yang bestnya tu lagi, semua pelajar yang terlibat akan diberi coklat, sebagai hadiah ganjaran atas perubahan sikap tersebut.
5. Tiada Denda
Sepanjang saya berada di sekolah ini juga selama 80 hari, saya tidak pernah melihat pelajar didenda atau dihukum. Sebarang masalah disiplin dalam kelas, seperti tidur semasa guru mengajar, datang lambat ditangani dengan cara yang berhemah.
Saya tak pasti pula adakah ini ada kena mengena dengan sistem perundangan mereka. Namun yang saya dapat lihat adalah semua permasalahan ini ditangani dengan penuh kasih sayang dan tanpa menggunakan kekerasan.
Pengetua memotivasikan pelajar dengan memberi coklat sebagai ganjaran berhenti merokok |
Sekadar makluman tambahan, pelajar-pelajar Korea tidak dibiasakan dengan amalan kerja rumah dari sekolah kerana tiada masa. Mana taknya, jam 9 malam pun kadang-kadang masih berada di sekolah untuk kelas tambahan. Sebarang urusan latihan dan kerja rumah disiapkan semasa sesi pdp atau pun di sekolah.
Secara kesimpulannya, dapatlah saya katakan konsep budaya guru penyayang di Korea ini lebih menekankan soal pengisian dan dapatan aktiviti yang dilaksanakan. Bukan sekadar tercongok di pagar sekolah untuk dimasukkan dalam senarai dokumentasi atau atas arahan pihak-pihak tertentu. Sebaliknya menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah bagi memberi kasih sayang kepada pelajar.
22 Ulasan
Kalau boleh dikongsikan... brp bilangan matapelajaran yang murid-murid korea belajar?
BalasPadamBergantung kepada sekolah. Seperti di sekolah saya ini, hampir 12 subjek juga dipelajari. Tak pasti pulak jika di sekolah rendah bagaimana pula.
PadamDi korea, bagaimana aktiviti keagamaan pelajar disana. Adakah dilakukan dalam waktu persekolahan.
BalasPadamTiada aktiviti keagamaan dijalankan di sini. Malah di sekolah juga tidak diajarkan apa2 subjek agama. Yang ditekankan adalah subjek Etika. Di situ pembentukan budaya dan etika Korea yang membentuk jatidiri yang hebat.
PadamNak tau jgk tentang inovasi kelas Hagwon di korea. Any infos tak?
BalasPadamSaya tak pasti inovasi yang macammana yang tuan maksudkan. Tetapi lawatan ke beberapa sekolah di Korea, banyak sekolah yang menyediakan bilik khas untuk pelajar belajar selepas waktu persekolahan. Bilik khas ini dijaga oleh ibubapa.
Padam1.Bagaimana dengan yuran persekolahan di sana? Mahal tak?
BalasPadam2. Adakah sekolah di sana terlalu mementingkan akademik semata-mata?
3. Birokrasi pihak sekolah bagaimana?contoh: guru nak bawa pelajar keluar perlu isi borang,surat kebenaran dsb..
1. YUran persekolah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
Padam2. Tidak. Perkembangan pelajar secara holistik sangat dititikberatkan. Maka pelbagai aktiviti luar seperti bantu orang tua, join koir, join teater adalah sesuatu kebiasaan di sekolah di sini
3. Birokrasi pada tahap paling minimum. Ada juga pendokumentasian, cuma tak banyak sangat lah kot. Nak bawak pelajar keluar pun tak terlalu protokol sangat yang akhirnya menyusahkan guru dan juga pelajar sendiri.
Konsep Guru penyayang di Korea adalah lebih kurang sama dengan konsep pendidikan dalam islam...sepatutnya konsep tersebut kita boleh buat lebih hebat lagi sekiranya kita balik semula kepada penerapan nilai2 islam dlm pendidikan kita....
BalasPadamSetuju. Mesti kembali kepada ajaran sebenar. Banyak lagi perbuatan mereka yang jauh lebih 'Islam' berbanding kita. Sama2 muhasabah diri.
PadamBerapa purata pelajar dalam setiap kelas ?
BalasPadamBergantung kepada sekolah. Biasanya dalam lingkungan 25- 35. Tetapi kadang2 ada juga sehingga 40 lebih pelajar dalam satu kelas.
PadamMacamana guru mereka mengawal masalah pelajar yag tidak mahu belajar?
PadamAdakah ini budaya hanya di sekolah tersebut atau budaya kseluruhan korea??
BalasPadambergantung kepada kreativiti pelaksanaan sekolah
PadamJadi tujuan cikgu berada/tercongok depan pintu pagar adalah implementation of guru penyayang. Baru ku tahu.ingatkan nak periksa baju sekolah anak, datang lambat, sebab muka cikgunya masam sangat.
BalasPadamSays pernah pergi Korea...cikgu2 diorg suka bawak anak2 murid keluar pergi berkelah.masa kami kat taman tu...tiba-tiba cikgu Dan grup murid2(umur 4-5tahun) dibawa mendekati kami..pastu cikgu tu suruh tunduk Dan ucap selamat dalam bahasa Korea...mungkin sebb tu diorg byk aktiviti luar..utk praktikkan apa yg dipelajari...
BalasPadamBetul tu puan. Pembelajaran diorang adalah melalui amalan. Terus pegi buat, bukan setakat teori, tapi praktikalnya tak ada
PadamDi Malaysia pun ada diamalkan..cth di MRSM ada juga homeroom teacher..anak sy selalu bercerita ttg xtvt homeroom spt jualan, berkelah..kdg2 guru ajak dtg rmh waktu cuti utk menonton bolasepak..
BalasPadamSya dulu..klu tertinggl bus, rela xpergi skolah...sbb klau xpgi xkne dnde..klau lewt kne dende...
BalasPadamDi korea, exam oriented mcm kita ke atau camana?
BalasPadamTerbuka sedikit minda saya...alhamdulillah.. Itulah yg seharusnya diamalkan Serra dipraktikkan kepada pelajar... Apa yg baik, boleh dipertingkatkan lagi dengan cara kita yg tersendiri, ikut budaya kita di Malaysia...
BalasPadam